Malas Nak Minum Air.. Nanti Asyik Nak Ke Tandas Jee..
Salam.
Pernyataan di atas seringkali kita dengar bila kita perlu meminum air kosong atau air masak kosong
.
Ada sesetengah pihak yang menganggap perkara ini remeh dan ada yang memandangnya tidak penting. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak meminum air kosong kerana mungkin rasanya yang tidak enak atau malas untuk ke tandas jika perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.
Hakikatnya banyak manfaat dan kebaikan yang akan diperolehi jika kita meminum air kosong.
- Membantu menguruskan badan
- Meningkatkan kesuburan
- Melancarkan system pencernaan
- Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkab kanser
- Perawatan bagi kecantikan
- Tubuh lebih segar dan sihat
- Menyihatkan jantung
- Ubat bagi penyakit strok
- Seimbangkan suhu badan
- Mencegah keletihan dan pening kepala
Air berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air dalam badan kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini menyebabkan berlakunya SEMBELIT atau sukar membuang air besar kerana terlalu kering.
Bagaimana Menyukat Pengambilan Air Seharian Kita??
Di sini saya berikan panduan untuk anda menyukat pengambilan air dalam satu hari.
- Bangun dari tidur minum segelas air
- Selepas ke tandas minum segelas air
- Minum segelas air sebelum masuk tidur
- Minum segelas air setiap satu jam
- Minum segelas air setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi (bagi ibu-ibu yang menyusu)
- Bawa air kosong walau di mana kita berada dan ke mana kita pergi
InsyaAllah pada penghujung hari kita dapat minum lebih kurang 2 -3 Liter air sehari. Mudah kan??
Jika anda merasakan sukar untuk meminum air kosong kerana tiada rasa atau meloyakan, boleh cuba cara ini. Tambahkan hirisan lemon ke dalam air kosong untuk meningkatkan kesegaran dan rasa yang lebih enak dan nyaman. Saya sendiri mengamalkan pengambilan air kosong dengan lemon. Kita juga sedia maklum banyak khasiat lemon kepada badan kita. Jadi apa tunggu lagi. Amalkan pengambilan air kosong yang konsisten bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.
Sejujurnya saya memang mengamalkan pengambilan air kosong 3 liter sehari. Ada yang bertanya bagaimana saya mengekalkan tubuh badan walaupun selepas melahirkan?? Ada yang berkata faktor genetik dan ada pula mengatakan tahap metabolisme yang tinggi.
Pada pendapat saya, jika kita ingin mendapatkan tahap metabolisme yang tinggi, meminum air masak yang banyak amat membantu. Ini kerana air masak kosong tidak mengandungi kalori, gula dan lemak dan mampu mengurangkan berat badan. Jangan lupa apabila kita ke tandas kerana meminum air kosong, ini merupakan petanda baik, kerana system perkumuhan kita berjalan lancar di samping membuang toksin dalam badan. Apabila toksin di dalam badan sudah berkurangan maka mudah segala khasiat vitamin yang kita makan dapat diserap dengan baik ke dalam badan.
Semoga panduan ini dapat menyedarkan kita semua betapa pentingnya AIR KOSONG dalam kehidupan seharian kita.
Mulakan hari ini bagi yang tidak gemar minum air kosong.. SUKAT SUKAT SUKAT pengambilan air kosong kita seharian.. Semoga anda semua lebih sihat dan bertenaga menjalani kehidupan seharian. Amin
Salam Sayang
# Sudi-sudikan LIKE PAGE saya: www.facebook.com/MotherhoodStore
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451