Showing posts with label Tips penyusuan awal bayi. Show all posts
Showing posts with label Tips penyusuan awal bayi. Show all posts

Saturday, 20 September 2014

Rahsia SUSU IBU Mencurah-curah!!!!

Salam
 
Alhamdullilah sudah 5 bulan saya menyusukan anak saya yang ketiga Ahmad Rahimi.
Hari ni nak cerita pengalaman sendiri perjalanan penyusuan saya bersama ketiga-tiga anak saya yang kesemuanya menyusu badan.
Ramai ibu-ibu di luar sana yang telah tahu & terdedah tentang penyusuan susu ibu. Namun masih ramai yang tidak tahu langkah yang perlu diambil untuk memulakan penyusuan terutama bagi yang bekerja. Ramai juga yang KOMPLEN susu mereka kering, tiada susu dan lain-lain yang menyekat niat mereka untuk menyusu. Di sini saya nak kongsikan beberapa RAHSIA.
 
1. NIAT
Perlu pasangkan niat sejak hamil lagi untuk menyusukan anak anda. Niat tu kena betul2. Jangan hanya di bibir atau hanya ikut-ikut orang sebab sekarang dah jadi TREND menyusukan anak. Sedangkan anda sendiri tak lengkapkan diri dengan secukupnya ilmu tentang penyusuan.
 
2. MAKANAN YANG SEIMBANG
Ibu-ibu yang menyusu perlu makan pada waktu yang UTAMA iaitu  SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM dengan makanan yang seimbang. Ada ibu-ibu yang takut nak makan berat sebab takut GEMUK. Al-maklumlah sudah beranak 3 atau 4 takut badan cepat naik. Maka akhirnya golongan ini terus membiarkan perut mereka kosong tanpa makanan yang berat dan inilah antara sebab kenapa SUSU BOLEH MERUNDUM. Susu ibu terhasil dari sumber makanan yang kita ambil setiap hari. Oleh itu anda perlu prihatian terhadap apa yang anda makan setiap hari
 
3. MINUM AIR MASAK
Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 LITER. Ramai ibu menyusu dah claim mereka minum air banyak. Tapi bila di tanya berapa LITER??? mereka sendiri tak dapat pastikan. Buatlah sukatan setiap hari air yang anda ambil agar mudah untuk memastikan keperluan air adalah cukup dalam badan si Ibu untuk menghasilkan susu. Susu Ibu sendiri dalam bentuk cecair. Maka air adalah SANGAT PENTING. Air membantu menyah toksin dalam badan dan seterusnya membantu susu yang dihasilkan LEBIH BERKUALITI.
 
4. PENGAMBILAN SUPPLEMENT
Berbalik pada Rahsia NO 2. Jika sehari anda makan tidak lengkap, tak makan sayur, tak makan buah, itu telah menunjukkan yang anda tidak melengkapkan keperluan VITAMIN C yang sepatutnya ada dalam tubuh badan. Oleh itu pengambilan supplement adalah sangat wajar dan penting. Pengambilan supplement dapat membantu tubuh badan berada dalam keadaan seimbang. Sebagai contoh, B-Complex membantu tubuh si Ibu berada dalam keadaan tenang & rehat. Susu Ibu mudah terhasil kalau tubuh badan relax, mood happy dan ceria. B-complex bertindak sebagai pemecah gula dalam tubuh untuk memastikan seseorang TIDAK GEMUK dan menghidapi KENCING MANIS. Omega Guard (minyak ikan) membantu memastikan yang diambil dalam diet seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Selain itu, Omega membantu memecahkan lemak dan secara langsung meningkatkan DHA dalam susu IBU. Susu Ibu lebih berkualiti untuk si Manja anda. Alfalfa Complex juga sinonim sebagai PENGGALAK susu yang membantu tubuh si Ibu menghasilkan susu dan ia memang BERKESAN bagi yang telah mencuba. Sebenarnya banyak lagi vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk melengkapkan kekosongan yang tidak diambil dalam pemakanan kita seharian. Jadi janganlah dipandang remeh pengambilan vitamin ini.
 
TESTIMONI SAYA
Percayakah anda bahawa saya dapat kembalikan semula berat badan dan dalam masa yang sama dapat menyusukan anak-anak saya dan bekalan susu saya ALHAMDULILLAH mencukupi dan TERLEBIH-LEBIH..
Saya memang jenis yang kuat makan. Tidak dinafikan. Hampir setiap masa saya takkan biarkan perut saya kosong terutama selepas menyusukan atau mengepam susu di tempat kerja. Dalam pada saya yang kuat makan ini, saya akan pastikan saya sentiasa mengambil supplement saya setiap hari tanpa ragu-ragu. Ini kerana saya nak pastikan lemak dari makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak tepu dan seterusnya boleh menyebabkan KEGEMUKAN. Siapa yang nak nampak gemuk dan besar kan?? Terutaman ibu-ibu yang sudah beranak 2, 3, 4 atau lebih.
Jika anda mengamalkan supplement asas dengan betul dan konsisten saya percaya anda boleh menyusukan anak anda dan dapat bonus badan ramping serta nampak awet muda!!
Inilah antara RAHSIA susu sentiasa mencukupi dan adakalanya mencurah-curah sebab si IBU sentiasa tenang dan HAPPY.
HAPPY BREASTFEEDING MOMMY!!!

Salam Sayang


 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Wednesday, 8 January 2014

10 tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Selamat Datang ke Dunia Penyusuan SUSU IBU...

Salam
Penyusuan Susu Ibu
 

Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai anak samaada satu, dua atau tiga orang mungkin sudah tidak asing dengan penyusuan susu ibu. Namun bagi mereka yang baru atau bakal menjadi ibu, ilmu penyusuan harus di cari sejak si bayi masih dalam kandungan lagi. Persediaan mental fizikal ilmu yang baik dan banyak harus selari dengan niat yang sudah tertanam untuk menyusukan susu ibu kepada si manja anda.
 
Hari ini saya nak share 10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
 
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari, Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika anda sedang memerah, berhenti mengepam. Susukan bayi anda dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu. Percaya kepada konsep BEKALAN & PERMINTAAN. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu yang dihasilkan. kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormone PROLAKTIN banyak dihasilkan ketika ini.

    2. Jangan Tunggu Sehingga Payudara Penuh

Ada sesetengah ibu yang suka menunggu sehingga payudaranya penuh sebagai tanda bahawa bayinya perlu disusukan. Itu satu konsep yang SALAH!! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan labih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain lebih singkat. Ini bermakna, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi ( ketika anda beranggapan bahawa payudara "kosong") bayi akan lebih memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
 
      3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun sesi pemerahan susu. Anda digalakkkan minum 3 Liter air iaitu kira-kira 13 cawan air setiap hari.
 4. Fikir BAYI, Fikir SUSU BANYAK
Ketika anda menyusukan bayi, belailah bayi dengan penuh kasih sayang. Amalan ini dikenali sebagai GROOMING. Langkah ini tanpa disedari akan merangsang penghasilan susu ibu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Sewaktu anda ingin memulakan sesi mengepam, anda bolehlah melihat foto anak anda atau video comel anak anda sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
 
 
5.Berdisiplin
 
Berdisiplin ketika sesi merah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Apabila tiba hujung minggu, kebanyakan ibu-ibu yang bekerja akan kerap "ponteng" sesi pemerahan. Ini kerana masa hujung minggulah waktu yang paling sesuai untuk membuat stok.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan memerah serentak menggunakan pam payudara elektrik. Di samping anak dapat menyusu, kita juga dapat mengumpul stok dengan lebih banyak. Masa pun dapat dijimatkan.
 
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana telah terbukti ia boleh menghasilkan lebih banyak susu. Menggunakan pam hanya 60% - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi selepas sesi pemerahan menggunakan pam jangan terus cuci corong, buatlah perahan susu menggunakan tangan. Sangat-sangat membantu untuk mengosongkan payudara dengan lebih sempurna. Jika menggunakan pam anda mendapat 3-5oz sebelah payudara, menggunakan teknik marmet anda boleh menambah menjadi 4-5oz. Walaupun Nampak sikit, tetapi masih terdapat perbezaannya.
 
8. Menyusu / Mengepam lebih lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah oayudara mahupun mengepam. Biakan bayi menyusu sebelah bahagian sehingga dia puas sebelum menawarkannya menyusu di sebelah payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara yang sebelah lagi, dia akan hanya mendapat (foremilk), di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dalam 15 - 20 minit untuk sebelah payudara. Apstikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi @ selepas memerah bagi merangsang otak untuk menghasilkan susu seterusnya dengan lebih banyak. Mengepam lebih lama juga boleh mendapatkan LET DOWN 2-3 kali. Tak percaya cuba buat..
KONSISTEN + DISIPLIN + ISTIQAMAH
 
9. Penyusuan di Waktu Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat baik kerana ia merangsang peningkatan susu ibu. Ini kerana pada waktu malam anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan di waktu malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu ibu.
 
10. Urutan
Teknik urutan yang betul pada payudara akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit pada puting. Untuk itu,anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.
Semoga 10 panduan di atas dapat membantu anda dalam memulakan penyusuan susu ibu dan bagi yang telah menyusu, teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. InsyaAllah.
Selamat menyusu buat semua IBU-IBU TERSAYANG...
 
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday, 11 December 2013

Kolostrum Untuk Bayi - Cecair Emas

"Ini Susu Rosak.. Susu Basi..."

Salam
Entry kali ni saya agak excited nak story dengan semua pembaca blog budiman..
Ramai di kalangan ibu-ibu muda yang perlukan ilmu tambahan tentang penyusuan susu ibu jika sudah menyimpan niat menyusukan si comel dengan susu badan sepenuhnya..
  


Dahulu masa melahirkan anak pertama saya agak kurang ilmu tentang penyusuan.
Oleh kerana itu, hari pertama selepas melahirkan anak, ada yang mengatakan, susu pertama yang keluar dari payudara ibu adalah "SUSU ROSAK @ SUSU BASI".. Warnanya kekuningan..
Ya!!! memang betul.. Tetapi itulah KOLOSTRUM
 


Apa itu KOLOSTRUM????
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibody. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan amat kaya dengan Vitamin A

Sebenarnya KOLOSTRUM bukanlah SUSU BASI seperti pandangan beberapa pihak. Malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan. Oleh kerana ia bersifat Laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya Jaundice (Demam Kuning).
 
Antara kebaikan KOLOSTRUM:
  • Dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi.
  • Dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan Vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata bagi bayi. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang menyakininya,
(Al-jathiyah : 4)
  • Kandungan terpenting kolostrum ialah sejenis PROTIEN yang dinamakan SEKRETORI IMMUNOGLOBULIN A (SlgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibody di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam system pertahanan tubuh badan (system immunity) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.
  • SlgA adalah sejenis antibody yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu terdiri daripada SlgA.
  • Kepekatan boleh menigkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Oleh itu, disebabkan beberapa proses yang perlu dilalui oleh SUSU FORMULA, maka tiada kandungan SlgA di dalam SUSU FORMULA. 
Kolostrum biasanya hadir pada hari pertama sehingga ketiga selepas kelahiran bayi. Pengeluaran Kolostrum yang sedikit ini sudah cukup untuk menampung saiz perut bayi pada awal-awal kelahiran.
Bayi hanya memerlukan 60ml-100ml dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran. Purata pengambilan Kolostrum dalam tempoh 24 jam ialah 37ml. Kandungan susu ibu juga akan meningkat dalam tempoh 36 jam berikutnya dan akan terus bertambah seiring dengan keperluan bayi. 
Jangan terus panic ye wahai kaum ibu dengan mengatakan susu tiada di awal kelahiran. Teruskan menyusu bayi anda dengan perasaan gembira dan penuh rasa kesyukuran.
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutama KOLOSTRUM merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu boleh dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran.
Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 
 

Dakap, peluk & susukan lah bayi anda sejurus selepas kelahiran. Biar bayi dapat mengalami kehangatan dalam dakapan ibu buat pertama kali & merasakan KOLOSTRUM yang memberi 1001 kebaikan buat si comel. Berikan yang terbaik buat bayi anda kerana mereka berhak mendapat yang terbaik dari ibunya..
 
Happy Breastfeeding....

Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 23 July 2013

6 Tips Penyusuan Awal Bayi

Adakah anda tahu bahawa pengalaman penyusuan di hospital selepas bayi dilahirkan boleh memberi kesan kejayaan anda?

Salam.
 
set penyusuan ibu Shaklee
Beberapa tips untuk membantu ibu-ibu mendapatkan permulaaan penyusuan yang baik.

 
1.  Mengikut pengalaman, jika anda bersalin di hospital kerajaan, sejurus selepas melahirkan, anda perlu terus menyusukan bayi. Berbeza dengan hospital swasta. Kedua-dua anak saya bersalin di hospital swasta. Anda perlu meminta supaya bayi diletakkan kulit ke kulit pada dada anda sejurus selepas bayi dilahirkan. Ini dinamakan "Golden Hour." Bayi disarankan agar kekal kulit ke kulit dengan anda sehingga saat pertama anda menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya satu jam pertama selepas bayi dilahirkan.

 
2.Teruskan menyusukan bayi setelah dilahirkan mengikut keperluan bayi. Lagi kerap bayi disusukan pada awal kelahiran, lagi banyak susu anda. Pastikan bayi mendapat Kolostrum. Kolostrum merupakan cecair yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Kolostrum merupakan cecair yang bewarna kuning di dalam botol di sebelah kiri. Manakala botol sebelah kanan merupakan susu ibu yang sudah matang.
 
Apakah sifat cecair EMAS ini?
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak- kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

 
3.Pastikan bayi berada di dalam bilik bersama anda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu baru tidak mendapat tidur yang lena jika menghantar bayi kembali ke nurseri.

 
4.Breastfeeding tidak menyakitkan!! Jika anda merasa sakit, ia selalunya dikaitkan dengan lekapan bayi pada B tidak betul atau ia mungkin boleh menjadi isu dengan mulut bayi atau puting ibu (Inverted Nipple). Minta bantuan jururawat atau doktor agar lekapan bayi pada B si ibu  betul dan penyusuan dapat berlangsung dengan baik.

5.Bagi ibu baru yang pertama kali menyusukan bayi pastinya bimbang bahawa anda tidak mempunyai susu yang cukup. Ingat bahawa perut bayi anda adalah kecil. Sekecil biji guli. Bayi anda akan mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan umurnya. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula apabila anda mendapati berat bayi  tidak memuaskan, maka cara ini hanya akan menyebabkan pengurangan susu ibu. Anda boleh mengambil alternatif dengan mengambil lebih makanan yang tinggi protein untuk mendapatkan susu ibu yang lebih berlemak.

 
6.Kebanyakan hospital tidak menggalakkan penggunaan puting. Puting yang diberikan terlalu awal boleh mengganggu penyusuan. .

 
7. Sebelum anda pulang ke rumah, pastikan anda tahu bagaimana untuk meminta bantuan sekiranya ada masalah berkaitan dengan penyusuan. Berbincang dengan doktor atau berjumpa dengan pakar Laktasi.
Selepas melahirkan, pastinya anda berpantang dengan baik dan betul, Teruskan penyusuan tanpa syarat agar bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Shaklee menyediakan Set Berpantang dan Set Penyusuan untuk ibu-ibu yang memerlukan vitamin untuk menjamin kesihatan yang lebih optimum..
Set Berpantang Shaklee. Badan lebih sihat bertenaga


Set Penyusuan untuk kesihatan ibu dan si comel
 
Berminat mendapatkannya?? Konsultasi percuma dengan setiap pembelian produk.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...