Wednesday 31 July 2013

Ibu Mengandung: Vitamin apa yang sesuai diambil

There's Nothing Better Than Being Called  MOMMY!!

 
Salam
Saya doakan kalian semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat menjalani ibadah puasa dan terus meningkatkan amalan sebanyaknya. InsyaAllah.

Set Vitamin Ibu HAmil Shaklee
I'm Expecting

 
Tidak dinafikan, vitamin merupakan makanan tambahan yang amat diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi oleh si ibu dalam diet seharian mereka. Bagi ibu mengandung terutamanya, ada beberapa vitamin yang disarankan untuk diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup dengan keperluan zat.
 
Vitamin Apa Yang Perlu??
 
 Vitamin yang perlu diambil oleh ibu mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, B-complex, yang lengkap dengan Folik Asid, Vitamin C, Kalsium dan Omega.


Fungsi Setiap Vitamin

 Secara ringkasnya, kepentingan setiap vitamin adalah seperti berikut:
  • Protien: untuk membina sel. Sel terbina daripada protein. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi: demi memastikan sel mendapat semua vitamin yang penting dalam membentuk organ. Zat besi sangat penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-complex: penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C: pembentukan kolagen dan membentuk system antibody
  • Kalsium: pembinaan sel darah merah serta tulang bayi yang sempurna
  • Omega: membantu pembentukan sel otak
 Harus diingat, ada beberapa vitamin yang tidak disarankan diambil semasa mengandung. Antaranya ialah
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
(dapatkan nasihat doctor jika diperlukan).
Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal-awal kehamilan, imunisasi si ibu memang rendah kerana memberi laluan kepada bayi untuk membesar dalam rahim. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksidan boleh menyebabkan risiko keguguran pada janin. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sahaja sejurus selepas si ibu disahkan mengandung bagi menjaga janin dalam kandungan.
 
#credit to Pn Norita Idris
 
Sebelum anda membeli apa jua vitamin, dapatkan nasihat dan konsultasi dari pengedar yang sah agar pengambilan vitamin memberi kesan yang optimum dan terbaik buat anda dan bayi.
 
Set Vitamin Ibu Mengandung untuk tempoh 9 bulan kehamilan
 
 Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday 29 July 2013

Lecithin shaklee

Antara Hot Produk untuk Menurunkan Berat Badan


Salam
Alhamdullilah. Hari ini 20 Ramadhan. Kita dan memasuki 10 malam terakhir di bulan yang mulia ini. Semoga kita dapat meningkatkan amalan kita demi bekalan menuju alam yang kekal abadi..
 
Berbalik pada tajuk hari ini, saya memang teruja dengan permintaan produk ni. Nak tahu apa dia?? Lecithin Shaklee lah jawapannya.. Al maklumlah, nak raya ni, ramailah nak menurunkan berat badan dengan cara yang sihat dan selamat. Apa kata kita berkenalan dulu dengan Si Lecithin ni..

Turun berat badan dengan lecithin Shaklee
Fungsi Lecithin
Lecithin merupakan antara HOT produk untuk menurunkan berat badan. Ia juga adalah keperluan setiap sel dalam badan yang merupakan gabungan kolina, inosite dan asid-asid lemak yang lain.
 
Kandungan Dalam Lecithin
  • Asid Linoleik (Essential Fatty Acid) - amat diperlukan oleh badan tetapi badan kita tidak boleh menghasilkannya. Maka perlu diambil melalui diet seharian.
  • Kolin - komponen neurotransmitter.
  • Asetikolina - membekalkan biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan system saraf.
  • Inositol - sebagai komponen utama membran @ selaput sel dalam tisu di seluruh badan.
 
Sumber Makanan yang tinggi kandungan Lecithin
- Soya
-Telur
 
Lecithin Shaklee dibuat daripada soya yang diproses secara semulajadi
 
 Khasiat Lecithin Shaklee
  1. Membersihkan saluran darah & juga pengemulasi semulajadi bagi lemak dalam darah. Lecithin emulsifier yang sangat POWER!
  2. Mencerdaskan otak dan mengurangkan nyanyuk
  3. Mengawal pengumpulan platlet darah
  4. Mengalakkan penyerapan Vitamin ADEK
  5. Membersihkan saluran darah
  6. Mengalakkan metabolisme lemak
  7. Mencairkan lemak dan menurunkan paras kolestrol
  8. Mengawal kehilangan air oleh kulit
  9. Menjaga kesihatan membran sel
  10. Menjaga kesihatan saraf
  11. Penting dalam penghasilan hormone
  12. Menyihatkan rambut agar sihat dan berkilat
  13. Mencantikkan otot kulit
 Siapa yang memerlukan Lecithin Shaklee
  • Mereka yang ingin kurus termasuk ibu yang menyusu
  • Pesakit diabetes dan buah pinggang
  • Penderita Stroke
  • Mereka yang mempunyai kolestrol yang tinggi
  • Pesakit Gout
  • Mereka yang mengalami masalah sukar tidur
Kesan kekurangan Lecithin
  • Rambut mudah gugur
  • Tidak dapat focus dengan baik terutama kanak-kanak atau anda yang sedang belajar
  • Sering sakit dan mengalami keradangan
Perbezaan Lecithin Shaklee
  • Diekstrak dari kacang soya organic bukan GMO, setiap kapsul 520 mg Lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tepu
Cara Makan Lecithin Shaklee
- 3 biji selepas makan tengahari
- 3 biji selepas makan malam
# selepas makan tau.. Air masak jangan lupa 3 Liter sehari. Lagi banyak minum air lagi bagus. Dapat mengurangkan toksin dalam badan, Kandungan toksin yang tinggi dalam badan, menggangu penyerapan Vitamin.
 
Semoga perkongsian ini serba sedikit membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk mendapatkan vitamin yang terbaik dari Shaklee..
 
Salam Sayang..


 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday 23 July 2013

6 Tips Penyusuan Awal Bayi

Adakah anda tahu bahawa pengalaman penyusuan di hospital selepas bayi dilahirkan boleh memberi kesan kejayaan anda?

Salam.
 
set penyusuan ibu Shaklee
Beberapa tips untuk membantu ibu-ibu mendapatkan permulaaan penyusuan yang baik.

 
1.  Mengikut pengalaman, jika anda bersalin di hospital kerajaan, sejurus selepas melahirkan, anda perlu terus menyusukan bayi. Berbeza dengan hospital swasta. Kedua-dua anak saya bersalin di hospital swasta. Anda perlu meminta supaya bayi diletakkan kulit ke kulit pada dada anda sejurus selepas bayi dilahirkan. Ini dinamakan "Golden Hour." Bayi disarankan agar kekal kulit ke kulit dengan anda sehingga saat pertama anda menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya satu jam pertama selepas bayi dilahirkan.

 
2.Teruskan menyusukan bayi setelah dilahirkan mengikut keperluan bayi. Lagi kerap bayi disusukan pada awal kelahiran, lagi banyak susu anda. Pastikan bayi mendapat Kolostrum. Kolostrum merupakan cecair yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Kolostrum merupakan cecair yang bewarna kuning di dalam botol di sebelah kiri. Manakala botol sebelah kanan merupakan susu ibu yang sudah matang.
 
Apakah sifat cecair EMAS ini?
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak- kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

 
3.Pastikan bayi berada di dalam bilik bersama anda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu baru tidak mendapat tidur yang lena jika menghantar bayi kembali ke nurseri.

 
4.Breastfeeding tidak menyakitkan!! Jika anda merasa sakit, ia selalunya dikaitkan dengan lekapan bayi pada B tidak betul atau ia mungkin boleh menjadi isu dengan mulut bayi atau puting ibu (Inverted Nipple). Minta bantuan jururawat atau doktor agar lekapan bayi pada B si ibu  betul dan penyusuan dapat berlangsung dengan baik.

5.Bagi ibu baru yang pertama kali menyusukan bayi pastinya bimbang bahawa anda tidak mempunyai susu yang cukup. Ingat bahawa perut bayi anda adalah kecil. Sekecil biji guli. Bayi anda akan mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan umurnya. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula apabila anda mendapati berat bayi  tidak memuaskan, maka cara ini hanya akan menyebabkan pengurangan susu ibu. Anda boleh mengambil alternatif dengan mengambil lebih makanan yang tinggi protein untuk mendapatkan susu ibu yang lebih berlemak.

 
6.Kebanyakan hospital tidak menggalakkan penggunaan puting. Puting yang diberikan terlalu awal boleh mengganggu penyusuan. .

 
7. Sebelum anda pulang ke rumah, pastikan anda tahu bagaimana untuk meminta bantuan sekiranya ada masalah berkaitan dengan penyusuan. Berbincang dengan doktor atau berjumpa dengan pakar Laktasi.
Selepas melahirkan, pastinya anda berpantang dengan baik dan betul, Teruskan penyusuan tanpa syarat agar bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Shaklee menyediakan Set Berpantang dan Set Penyusuan untuk ibu-ibu yang memerlukan vitamin untuk menjamin kesihatan yang lebih optimum..
Set Berpantang Shaklee. Badan lebih sihat bertenaga


Set Penyusuan untuk kesihatan ibu dan si comel
 
Berminat mendapatkannya?? Konsultasi percuma dengan setiap pembelian produk.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday 22 July 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul

Kenapa saya makan Vitamin ni tak nampak kesannya?? Vitamin ni tak baguslah...

Salam.
Adakalanya kita sering menyalahkan sesuatu perkara oleh kerana kita tidak tahu perkara yang sebetulnya.. Ada sesetengah individu yang mengambil vitamin, tetapi tidak tahu cara memakan vitamin dengan betul. Alhamdullilah, jika anda mendapatkan vitamin dari saya @ Motherhood Store atas setiap pembelian, saya akan menerangkan kepada anda jadual dan tips makan vitamin dengan betul. Tak nak lah kita menyalahkan produk Shaklee hanya kerana cara kita memakan vitamin yang tidak betul.
 
Tips makan Vitamin Shaklee
 
1.  Energizing Soy Protien (ESP)
 Diambil pada waktu pagi sewaktu perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding pada waktu lain. Maka semua asid amino dapat diserap dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin berdiet, boleh diambil antara waktu makan. Contohnya, antara waktu sarapan pagi ke makan tengahari. Ini dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan kerana ESP membantu kita rasa lebih kenyang.
 
 
2. Alfalfa
Jangan diambil bersama dengan Vitamin E @ GLA. Vitamn E akan dihalang oleh Alfalfa dari diserap dengan baik. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah Vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat suka serap lemak. 


 
3.   Ostematrix (Kalsium)
Disarankan diambil sebelum tidur. Jangan diambil bersama iron (Vitalea / Multivitamin with iron Formula)
 
 4.   Sustained Release Vitamin C
Jika demam boleh diambil 2 biji sehari. Patahkan dahulu vitamin sebelum ditelan.
 
5.   Vitalea
Jangan diambil dengan minuman bersusu atau sumber kalsium lain seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix akan menganggu efisiensi penyerapan zat besi dalam Vitalea.
 
6.   Vitamin Larut Lemak ( A, D, E & K)
Vitamin ini perlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Disarankan diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak.
 
7.  Jangan diambil vitamin bersama minuman berkafein atau air berkarbonat kerana akan mengurangkan kadar penyerapan supplement secara efisiensi. Jika hendak minum juga, ambil setengah jam sebelum atau selepas makan vitamin.
 
Travel kit untuk penyimpanan Vitamin
 
 8. Jika anda travel dalam tempoh masa tertentu, jangan abaikan pengambilan vitamin. Sediakan Travel Kit untuk penyimpanan vitamin anda agar vitamin tetap di makan setiap hari walaupun kita travel. Travel Kit ini biasanya di jual di farmasi dalam pelbagai bentuk dan corak pilihan.

9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan.

Semoga tips yang saya kongsikan, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih samar-samar untuk memakan vitamin dengan betul.
 
Berminat mendapatkan vitamin..
 
Salam Sayang
 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tips Mengatasi Morning Sickness Bagi Wanita Hamil

  " Tahniah!!! Puan Hamil 6 Minggu"

 
 
Salam
Alhamdullilah.... Saat kali pertama dikhabarkan hamil, pastinya perasaan gembira yang tidak terkata.. Rasanya nak beritahu satu dunia yang kita bakal bergelar ibu.. Begitulah jua perasaan saya kali pertama hamil.. Syukur atas segala nikmat ALLAH..
Namun, bagi sesetengah ibu yang hamil, morning sickness seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Namun ada juga yang tidak pernah mengalami morning sickness. Namun, janganlah kita stress atau takut untuk menghadapinya fasa ini. Inilah saat terindah yang mesti kita lalui, sebelum bergelar ibu. Morning Sickness biasanya datang pada trimester pertama (3 bulan pertama). Kadang-kala ia boleh berlaku dalam tempoh yang lebih panjang, trimester kedua dan sehingga trimester ketiga. Ia bergantung pada setiap individu, malahan ada yang berlanjutan sehingga saat-saat melahirkan.
 
Vitamin Ibu hamil


Faktor Yang Menyebabkan Morning Sickness
  1. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot system pencernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam system pencernaan dan boleh menyebabkan "angin". Ia juga menghantar isyarat "muntah" kepada otak.
  2. Masalah kelenjar tiroid yang membawa kepada hyperemesis gravidum. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil mengalami muntah yang teruk sehingga badan menjadi kering dan perlu mendapat rawatan di hospital. Banyak sebab hyperemesis gravidum ini. Antaranya ialah masalah tiroid dan mempunyai cyst dalam uterus.
  3. Keperluan nutrisi seorang ibu hamil meningkat. Adakah perlu seorang ibu hamil makan dengan banyak?? Makan banyak itu mungkin betul, tetapi bukan makan nasi perlu bertambah sehingga 3 pinggan. Kita kena faham keperluan badan dengan keperluan perut. Makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang berpada. Badan perlukan nutrisi lebih sewaktu hamil.
Oleh itu, ibu yang hamil memerlukan:
  • Vitamin atau makanan tambahan yang mudah diserap dan diurai oleh tubuh.
  • Zat-zat seperti kalsium, Vitamin B, zat besi, protien dan lain-lain lagi diperlukan sehingga 2 kali ganda lebih semasa hamil.
Ciri-Ciri Vitamin Untuk Ibu Hamil:
  • Vitamin tersebut perlulah diproses secara semulajadi. Mengandungi nutrient penting yang kadangkala tidak dibekalkan oleh klinik. Sebagai contoh, kebanyakan klinik membekalkan asid folik, namun bukan sepenunhya keperluan Vitamin B.
  • Tiada bahan-bahan sintetik terutama pewarna dan perasa tiruan. (Cuba genggam vitamin yang anda ambil sekarang, adakah warnanya melekat pada tangan?? Itu tandanya ada pewarna tiruan!!.
  • Vitamin yang mudah dicerna oleh tubuh dan tiada kesan sampingan.
Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil:

Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

  1. Vitalea With Iron Formula (Vitalea)
  2. B-complex with Folic Acid
  3. Sustained Release Vita-C 500mg
  4. Ostematrix (kalsium)
  5. Energizing Soy Protien (ESP)/ Meal Shake
  6. Omega Guard ( Untuk kandungan 4 bulan ke atas)
 
Kehamilan suatu fasa yang sangat indah. Tempohilah dengan rasa gembira kerana anda bakal bertemu dengan si Comel yang menanti anda sebagai seorang IBU..
 
Salam Sayang
 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Sunday 21 July 2013

B-complex Menggemukkan???- Mitos atau Fakta

 

"Sorry, saya takut nak consume B-complex, kerana ia menggemukkan"

B-complex shaklee membantu diet anda
Salam
Alhamdullilah syukur atas segala nikmat kurniaan Allah.
Selalu kan kita dengar ayat di atas.. B-complex menggemukkan, selera makan bertambah. Maka ramai yang takut dengan pengambilannya. Jom, kita check, betul ke B-complex ni boleh menggemukkan..
 
Kadang kala apabila kita ke farmasi kita akan terjumpa dengan vitamin yang di label B-complex tetapi kandungan vitamin B di dalamnya tidak mencukupi sehingga 8 jenis vitamin B.
 
 
 
 


Hubungan antara Vitamin B dengan berat badan
Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan vitamin B-complex. Vitamin B-complex adalah sangat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga.
 
Vitamin B-complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarnya kepada glukos. Vitamin B-complex juga merupakan asas tenaga kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-complex saling bekerjasama dan amat penting untuk kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B secara serentak pada masa yang sama. Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait rapat tetapi ia hanya akan berlaku apabila kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-complex.
 
Vitamin B-complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan Vitamin B iaitu:
  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic Acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic Acid (B-9)
  • Cobalamin (B-12)
  • Biotin
Setiap kumpulan B mempunyai fungsi tertentu. Maka pengambilan 8 kumpulan B yang sempurna dapat melengkapi keperluan tubuh badan seseorang.
 
 
Sesetengah dari kita sering berfikir bahawa pengambilan vitamin B boleh menggemukkan kerana vitamin B akan menyebabkan seseorang cepat lapar. Apabila kita lapar kita akan makan dengan banyak. Mengapa pula ada sesetengah individu yang makan sebanyak mana pun, badan tetap maintain. Ini pula dikaitkan dengan kadar metabolisme yang tinggi. Badan akan cepat mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak disimpan dalam badan.
  
B-complex membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos kepada tenaga. Berat badan bertambah apabila banyak karbohidrat, lemak, gula dalam badan yang di ambil hanya disimpan dalam badan. Kekurangan Vitamin B-complex dalam badan yang berfungsi sebagai pencetus pembakaran glukos atau karbohidrat kepada tenaga tidak diambil dengan sempurna.Maka penambahan berat badan akan berlaku.
 
Apabila keperluan Vitamin B dalam badan sudah mencukupi, InsyaAllah pembakaran glukos kepada tenaga akan berjalan dengan baik dan tidak disimpan dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.
 
Keperluan air juga perlu diambil berat. Air membantu Vitamin B dapat diserap oleh badan dengan optimum.
 
TIPS:
B-complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..
 

 Pengambilan B-complex yang konsisten dapat mmengawal mood lebih baik, mengurangkan stress sepanjang hari.
 
 
Salam Sayang
 
 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday 18 July 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Dah Kenal...Hmmmm...Terus jatuh Cinta..

 
Salam Ramadhan.
Kebelakangan ini banyak terima feedback dari customer yang dah makan vitamin Shaklee, Rata-ratanya amat berpuas hati dengan kesan positif terhadap mereka. Alhamdullilah. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua.. Amin..
Hari ini nak citer sikit, macam mana saya mula-mula mengenali Shaklee dan makan vitamin ni.. Selepas melahirkan anak pertama saya memang sudah menyimpan niat untuk menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Maka banyaklah persiapan yang dilakukan bermula dari kelengkapan penyusuan dan seterusnya ilmu breastfeeding. Alhamdullilah pra pertama penyusuan berjaya ditempuh iaitu 6 bulan pertama menyusu sepenuhnya. Waktu tu memang dah naik kerja, so setiap hari berhempas pulas mengepam susu di tempat kerja untuk simpanan EBM anak di nursery keesokan harinya. Selepas 6 bulan, saya perhatikan susu saya semakin merosot, badan pula makin tak bermaya. Mana taknya, pulun mengepam, balik rumah nak direct feeding baby lagi, nak masak, uruskan rumahtangga dan macam2 lah kerenah birokrasi.. hehe… Mood pun tak menentu je.. setiap kali mengepam asyik fikir susu cukup ke untuk baby ni, akhirnya susu pun makin berkurangan..
Waktu tu saya ada join forum susu ibu.com. Waktu tengah mencari solusi untuk masalah saya ni, saya pun terjumpa dengan izin Allah, orang yang menjual vitamin Shaklee. Vitamin ini katanya dapat membantu tubuh si ibu lebih bertenaga dan dapat mengepam dan menyusukan baby dengan lebih baik. Bermula dengan set trial, saya mengambilnya selama sebulan. Apa yang saya perhatikan, saya lebih bertenaga. Hmmm... Memang best.. Badan tak rasa penat walaupun selepas mengepam atau menyusukan baby. Boleh buat kerja di pejabat, dan sambung pula dengan kerja-kerja di rumah. Alhamdulillah.. Terima Kasih kepada Kak Norita Idris kerana memperkenalkan dengan Shaklee dengan izin Allah. Bertitik tolak daripada itu, saya pun mencuba pelbagai lagi vitamin Shaklee yang dapat meningkatkan tahap kesihatan saya dan keluarga.
 
Antara vitamin yang saya amalkan, ESP, B-complex, Vit C, ostematrix, Vitalea, GLA/Vitamin E, Alfalfa, Meal Shake, Performance Drink & Nutriferon (seminggu sekali untuk boost immune system). Bila orang tengok mesti kata " mesti keluar duit ratus-ratus ni nak maintain makan vitamin setiap bulan?" Pada pendapat saya pula, saya lebih rela berhabis beratus ringgit untuk keperluan vitamin ini daripada keluar duit beratus ringgit apabila sudah sakit untuk keperluan ubat di hospital.. Hakikatnya, vitamin Shaklee tidak mahal dan sangat jimat. Ini kerana ada sesetengah vitamin yang boleh digunakan sehingga 3 bulan. Jadi tidak semestinya kita perlu membelanjakan ratusan ringgit pada setiap bulan. Vitamin-vitamin ini juga saya makan bersama suami tercinta. Tak naklah kita sorang je sihat.. Kesihatan suami perlu juga di jaga. Anak-anak juga tidak dilupakan. Saya akan pastikan mereka akan mengambil Meal Shake dan Omega Guard untuk meningkatkan tahap kesihatan.
Keputusan di tangan anda. Kita sahaja yang boleh mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat dan baik. Tidak salah membelanjakan sesuatu untuk kesihatan orang tersayang dan lebih baik di cegah sebelum keadaan menjadi parah.. Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Maka ia selamat digunakan untuk semua peringkat usia.
Keluarga adalah segalanya bagi saya
Jika anda berminat mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee untuk pelbagai kegunaan kesihatan, jangan malu-malu, jangan segan-segan, boleh berhubung dengan saya
  • Facebook: Nurhanani Hanani
  • Page: Motherhood Store
  • Whatsaap: 017-7724649
Salam Sayang
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday 11 July 2013

Cara Minum ESP Shaklee Dengan Betul & Berkesan


Salam.
Alhamdullilah, telah 2 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Pastinya bulan ini kita berusaha meningkatkan ibadah kepada yang maha Esa dengan ganjaran yang berlipat kali gandanya.. Mudah-mudahan segala usaha kita diterima Allah ..Amin.
 
Berbalik pada topik kita hari ini, saya nak ceritakan tentang ESP Shaklee yang sangat tinggi permintaannya. Boleh dikatakan hamper setiap bulan ada saje customer saya yang order ESP. Buat pengetahuan semua ESP ni memang produk best Seller dan ON Demand. Bagi yang sudah mencuba, pastinya jatuh cinta dan berpuas hati dengan hasil dari penangan ESP ni.
Bagi yang masih baru dalam dunia Shaklee, jom saya kenalkan dengan ESP ni.
 
ESP Shaklee-best seller
Satu Canister ini boleh tahan dalam 2 bulan. Ia berbentuk serbuk


 APA DIA ESP??
  •  Energizing Soy Protien (ESP) adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Satu-satunya kandungan dalam ESP hanya kacang soya non-GMO ( tidak diubah secara genetik). Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi.
  • Kacang soya ini diproses diproses di bawah suhu yang rendah.
  • Setiap 1 kg ESP adalah dari 30kg kacang soya. (menarik!!)
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ESP juga merupakan produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sendiri dan ia sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua atau muda, wanita atau lelaki.
  • Kandungan protein dalam kacang soya adalah 2 x ganda daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu.
  • ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang lebih rendah dan mudah diserap oleh badan.
  • Ia juga adalah makanan yang berindeks glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
Kebaikan dan Manfaat ESP
  1. Kulit lebih cantik berseri dan awet muda
  2. Menghilangkan parut. Parut terjadi kerana kekurangan protein untuk membantu membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel yang telah mati.
  3. Memberikan tenaga dan badan yang lebih sihat, kurangkan keletihan.
  4. Membantu menurunkan berat badan. Bagus untuk mereka yang sedang berdiet kerana cepat berasa kenyang jika mengambil ESP.
  5. Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan sebagai Milk Booster.
  6. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu hamil di tahap yang optimum.
  7. Membantu menganjal dan mengembalikan kecantikan payudara.
  8. Membantu meningkatkan fungsi prostat lelaki.
  9. Meningkatkan memori
Ramai di kalangan customer yang bertanyakan cara untuk minum ESP.  ESP ni dalam bentuk serbuk, seharusnya dibancuh dengan air suam / milo/ juice dll. Jom saya terangkan.
 
CARA MINUM ESP
  • ESP dengan air suam: Boleh dibancuh seperti biasa dengan air suam.
  • ESP  + fresh milk ( kotak / susu tepung). Saya pernah cuba. Memang lazat & berkrim.Yummy!
 
 
  • ESP + Milo
  • ESP + Twister Oren
  • ESP + Anmum
  • ESP + buah-buahan kegemaran dan diblend bersama.
  • ESP + Horlicks
  • ESP + Meal Shake + Performance Drink ( ini memang favourite saya) Set Tripple Gem. Memberikan tenaga berpanjangan terutaman di bulan puasa. Amat bagus untuk ibu hamil dan menyusu.
Cadangan Sukatan & Waktu Minum
 
  • 1 sudu besar ESP + air kegemaran ( 1 atau 2 kali sehari pagi dan malam)
  • untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan, minum ESP antara waktu makan supaya lebih kenyang.
TIPS
  •  Jangan membancuh ESP dengan air panas, minuman berkafein atau bikarbonat kerana akan merosakkan nutrisi di dalam ESP
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana akan membebankan ginjal
  • Gunakan shaker untuk mengoncang ESP untuk lebih mudah larut.
 
Banyak sebenarnya khasiat ESP ini bukan sahaja untuk diri sendiri, malah seisi keluarga boleh menggunakannya. Jadi, jangan tunggu lagi!! Dapatkan ESP sekarang... Berminat boleh berhubung dengan saya untuk konsultasi percuma dengan setiap pembelian. 
Selamat berpuasa.
 
Salam Sayang
 

 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday 8 July 2013

GLA Complex Shaklee


Apa Anda Perlu Tahu Tentang GLA Complex

 
Salam.
Bulan promosi GLA Complex kembali. Ramai yang masih tertanya-tanya disebalik khasiat dan manfaat GLA Complex ini.
Ayuh, kita lihat sama-sama.
 
GLA - Gamma-linelonic acid. Ia mengandungi sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk prostaglandin iaitu bahan berkesan yang berupa hormon yang membantu badan mengawal atur proses badan yang normal. Minyak benih bunga matahari adalah salah satu sumber asid lemak Omega-6.
Manfaat dan khasiat GLA
 


15 manfaat GLA Complex yang anda perlu tahu



  1. Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
  2. Membantu meningkatkan kesuburan
  3. Melegakan PMS (sindrom pra-haid)
  4. Membantu dalam menangani monopous
  5. Menguatkan kuku dan rambut
  6. Menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
  7. Membantu menangani eczema
  8. Melegakan symptom akibat atritis reumotoid
  9. Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
  10. Menguatkan imuniti badan
  11. Melambatkan proses penuaan
  12. Mengurangkan blood-cot yang boleh menyebabkan serangan jantung
  13. Mengawal kencing manis dan darah tinggi
  14. Mengawal kolestrol
  15. Untuk fungsi saraf
Testimoni yang berpuas hati dengan GLA Complex









# sumber: ummierna.blogspot.com


 
Khasiat GLA dapat membantu menyelesaikan masalah anda. Jadi jangan tunggu lagi. Produk berkualiti yang harus anda miliki.
 
Salam Sayang
 
 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Sunday 7 July 2013

Puri Santi Spa- Garden Of Relaxation


Salam
Hari ini off topic sikit lah.. Selalu citer bab vitamin, supplements. Ni nak cite tentang Spa yang saya pergi di Jakarta Selatan. Dah 2 kali saya berkunjung ke Spa ini. Alhamdullilah memang sangat besttt. Yelah, mana ada Spa yang tak seronok kan. Especially bagi kaum wanita. Saya antara yang suka berkunjung ke Spa. Kalau sesibuk mana pun, try cari masa untuk ke sini. Yang penting, nak memanjakan diri dan relax, setelah seharian penat bekerja di rumah atau di pejabat. Ini lah masanya..
 
Jakarta selatan

 Spa yang terletak di Jalan Antasari, Cipete, Jakarta Selatan
 
Puri Santi Spa beroperasi setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 8 malam. Terletak tidak jauh dari apartment saya, lebih kurang 15 minit, (kalau tak jem lah). Banyak perkhidmatan yang disediakan anataranya massage (ni memang best), ada aromatheraphy, traditional, back & shoulder massage, Puri Santi Signature massage. Kalau bab scrub pulak, ada macam-macam jenis scrub, Chocolate & Rose Petal Scrub, Coffe Scrub, Papaya Scrub dan lain-lain buah-buahan yang ada.. hehe. 
Selain itu ada juga facial, mengikut jenis kulit masing-masing, Yang paling saya suka Re-hydrating Facial. Ia mengembalikan kulit kita agar lebih lembap dan nampak bermaya. 
Ada juga Pedicure Manicure, dan  Hair Treatment.
Harga yang ditawarkan agak berpatutan. Kira setaraf lah dengan perkhidmatan yang tip top ni... Semua therapist adalah terlatih.
Kalau anda berkunjung ke Jakarta selatan, singgahlah ke Puri Santi Spa. Pasti anda berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan.
 






 
 Bagi kaum wanita tak kira bekerjaya atau duduk di rumah, pada saya tidak salah kalau sekali-sekala anda berkunjung ke Spa, memanjakan dan reward untuk diri sendiri. Kadang-kadang kita perlukan masa untuk diri kita. Inilah salah satu cara yang boleh kita lakukan. Bila keluar je dari Spa mesti rasa lain, kembali ceria dan bertenaga.. hehe.
 
Oklah sampai di sini dulu. Kita jumpa di lain entry..Selamat berhujung minggu
 
Salam Sayang
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Saturday 6 July 2013

Kenapa Berat Lambat Turun Atau Susah Nak turun??


Saya dah cuba macam-macam... Tapi susah betul nak dapat berat Ideal...

Salam
Ayat di atas selalu kita dengan kan, bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan. Sape tak nak cantik kan, slim ala ala model. Tapi janganlah kurus sangat. Wanita terutamanya, antara yang prihatin isu ini. Kadang boleh jadi super sensitive tau, bila kita sebut bab kurus vs gemuk
Tips turun berat badan
 
 Ramai yang menghadapi masalah dalam proses penurunan berat badan. Oklah, tak payah berleter panjang, jom kita tengok beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan dalam ber diet.
 
1.   Kekurangan pengambilan Air Kosong
 
kurus dengan set Shaklee 
 


Ramai di kalangan kita kurang untuk minum air kosong. Air di sini bukan air  manis ye. Kopi, teh, berkarbonat.. No No No.. Bukan minuman bergula. Tetapi air kosong.. Lagi besar badan kita, lagi tinggi BMI kita lagi banyak air kosong yang perlu diminum. As simple as that.
Jika BMI anda dalam kategori OBES, anda perlu minum 6 Liter air dalam sehari. Apabila kita banyak minum air kosong maka banyaklah body fat akan hilang. Seronok kan.
Ayat yang selalu kita dengar: " Malaslah nak minum air banyak, nanti asyik ke tandas je"
Memang itulah point nya banyak ke tandas. Bila kita selalu membuang air kecil, dari situlah bermulanya proses penurunan berat badan / penurunan lemak bawah badan kita. Mudah je. Minum air, body fat turun, berat pun turun. Tapi, janganlah pulak kita minum air 6 Liter sehari dalam masa sejam, sebab nak cepat. Pengambilan air dalam sehari biarlah seimbang. Sebagai contoh:
 
6-10 a.m : 2L
10 - 2 p.m: 2L
2 - 7p.m : 2L
7- 9 p.m : 2L

Ini hanya contoh. Anda boleh menyusun waktu pengambilan air mengikut kesesuaian masing-masing.

2.   Pengambilan Makanan Ringan / Junk Food

Cantik je tersusun kan... Tapi inilah yang merosakkan diet kita

Pada saya, junk food ni atau makanan ringan ini merupakan silent killer untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Kenapa??? Sebab ia berlaku tanpa kita sedar. Memanglah kekadang tu kita ni nak mengunyah, saya pun termasuk sama. Terutama waktu menonton tv, bersembang. Sekali- sekala tidak mengapa but not everyday, just in a small quantity. Tapi bagi mereka yang sedang ber diet dan masih belum mencapat target berat ideal, just say NO to junk food and unhealthy snacking.
 
Macam mana nak menyelesaikannya??
Tukar kepada healthy snack. Contohnya, buah-buahan, yogurt dan lain-lain makanan berkhasiat..


Memanglah mula-mula tu rasa tak biasa, rasanya tak sesedap junk food kan, tapi lama-lama bila dah banyak kali makan dan jadikan rutin, mesti sedap.. InsyaAllah..

3.   Konsisten
 
Ini adalah kunci segalanya.. Konsisten. Bukan sahaja dalam penurunan berat badan , malah apa sahaja yang kita lakukan perlulah konsisten dan istiqamah, barulah Nampak hasilnya.. Nak kurus bukanlah mudah, Bukan cakap hari ini esok dah kurus. Bukan sehari, dua hari, seminggu. Tidak.. Perlu serius. Ulang, ulang, ulang dan ulang. Benda yang sama jika kita buat berulang kali, hasilnya akan kita capai satu hari nanti. Sebagai contoh pengambilan air. Kalau kita perlu mengambil air 6 L sehari maka lakukan setiap hari. Jangan hari pertama 6L (sebab bersemangat), hari kedua 5 L (sebab sibuk) hari ketiga 3L (sebab travel, susah nak minum air) hari keempat back on track 6 L. Jadi kalau tak turun jugak berat, jangan salahkan sesiapa. Sebab kita sendiri tak konsisten. Badan pun boleh confius dengan kita.
 
4.   Senaman
Honestly, saya pun bukan yang rajin bersenam. Tapi memandangkan ada banyak kebaikan bila bersenam, so saya dah mulakan. "Sibuk, tak de masa lah..." Luangkan lebih kurang 20 minit dalam sehari untuk beriadah. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan, antaranya:
  • Berenang
  • Jogging
  • Aerobik
  • Berbasikal

Mungkin ada banyak senaman ringkas lain yang boleh dibuat dalam proses menurunkan berat badan, Apa yang penting, KONSISTEN ye.. Jangan hari ni buat, esok tak buat. Supaya kita dapat lihat hasilnya nanti.
 
5.   Jangan Berlapar
Ramai antara kita yang dalam proses ber diet, terus skip makan setiap hari. Anda perlu makan seperti biasa, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pilih makanan yang lebih banyak protein, vitamin dan fibre berbanding lemak dan karbohidrat. Ini kerana badan masih memerlukan tenaga untuk membakar kalori dan lemak.  Hindari minuman manis. Protien juga boleh memberi sumber tenaga selain karbohidrat. Jadi jangan tahan lapar. Menurut pakar kesihatan, Kevin Zahri kalau nak turun berat badan 70% ialah diet yang kita makan 30% senaman. Maka lihatlah nisbah ini. Diet dalam pemakanan penyumbang utama dalam menentukan berjaya atau tidak kita dalam menurunkan berat badan.
 
6.   Makan Lewat Malam
Makan selepas 8 malam menyebabkan kita mendapat banyak kalori dan indeks masa tubuh yang tinggi. Jika kita nak makan juga, pilih makanan yang kurang gula dan rendah lemak.
 
7. Kurang Tidur
Tidur yang kurang dari 5 jam sehari menyebabkan berat sukar untuk turun. Semakin kurang tidur semakin tinggi nafsu untuk makan. Oleh itu, dapatkan tidur secukupnya untuk memperbaiki organisme badan.
 
8. Makan Dalam Pinggan Besar
 
Memanglah nampak remeh je. Hanya pinggan. Tapi ini juga antara faktor menyebabkab kita akan berpotensi mengambil makanan yang banyak. Gunakan pinggan yang kecil. Pinggan kecil akan memberikan ilusi bahawa makanan yang di ambil sudah cukup. Mulai hari ini, tukar style makan kita ye, kalau nak dapat berat ideal. 
 
 Memandangkan bulan puasa yang dah tak lama lagi, elok sangatlah kalau nak start ber diet. Puasa juga dapat merehatkan organ badan di samping mencuci usus agar lebih sihat.
 
Ini antara set diet Shaklee untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
 
Semoga panduan tadi dapat menjadi inspirasi untuk anda yang ingin menurunkan berat badan, Saya doakan semoga anda Berjaya..
 
Salam Sayang
 
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday 4 July 2013

Set Vitamin untuk Ibu Menyusu - Shaklee

Salam
Setiap ibu-ibu punya impian untuk menyusukan bayi masing-masing sehingga 2 tahun. Namun sejauh manakah kita telah mengambil langkah dalam merealisasikan impian tersebut. Ada juga yang hanya meletakkan matlamat sehingga 6 bulan exclusive Bf jika berjaya lanjutkan sehingga 1 tahun kemudian sehinggalah 2 tahun. Nampak mudah kan.. Hanya ibu-ibu yang sudah melaluinya sahaja yang tahu pengalaman manis ini..
 
Menambah susu ibu dengan vitamin Shaklee
 

Hari ini saya nak menceritakan tentang khasiat dan kebaikan set vitamin khusus untuk ibu-ibu yang menyusu.
Vitamin bukanlah semata-mata untuk menambahkan susu si ibu. Tetapi yang paling utama, fungsi vitamin untuk membantu tubuh si ibu agar lebih cergas bertenaga yang adakalanya tidak mendapat cukup nutrisi dalam diet sehariannya.
 
1.Vitalea (Multivitamin)
 
- Dilengkapi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Apabila umur bayi mencecah 6 bulan, si ibu digalakkan mengambil sumber zat besi yang banyak dalam makanan anak. contohnya ikan bilis. Bagi si ibu yang menyusu pula, vitalea telah lengkap dengan iron bagi membantu tumbesaran anak. Ada doktor yang mencadangkan ibu menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam setiap menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah susu atau menyusukan bayi. Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil bersama dengan minuman susu kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

2.   B-complex
-  Sangat penting dalam membentuk metabolisme karbohidrat, lemak, protein, anti stress  (sebagai penenang), membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan ( glukos)  kepada tenaga dan membantu si ibu sentiasa berfikiran positif dan mendapat mood yang lebih baik.
Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan vitamin b-complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat menjadikan wajah lebih cantik berseri dan tidak kusam.

3.   Vitamin C
-   Vitamin ini sangat penting untuk menjaga salur darah sebagai anti oksida dan membantu meningkatkan antibodi si ibu. Apabila antibody si ibu meningkat, secara tidak langsung antibodi dalam susu ibu juga meningkat dan sangat baik untuk melindungi anak yang menyusu. Jika si ibu atau anak demam, tingkatkan pengambilan vitamin C kepada 2 biji sehari. Bagi ibu-ibu yang mengalami puting melecet atau luka berdarah, vitamin C dapat membantu mengatasi masalah ini. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik, seterusnya kulit makin bersih, cerah dan cantik.

4.   Alfalfa
-   Supplement yang penting untuk Boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Disamping membantu memekatkan susu, susu juga lebih berlemak. Namun pengambilan alfalfa bagi setiap individu adalah berbeza. Ada yang mengambil 2 biji sehari telah dapat mempercepatkan penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu, namun tidak kurang juga yang perlu mengambil sehingga 4-6 biji sehari bagi membantu meghasilkan susu dengan lebih cepat. Alfalfa juga dapat membantu system perkumuhan (lawas) dan pembuangan angin dalam badan. Bayi akan susah kembung jika si ibu mengambil alfalfa. Pengambilan vitamin ini perlu pengambilan air yang seimbang dengan kuantiti alfalfa yang diambil. The more we take, the more we have to drink.

5.   Energizing Soy Prtoien (ESP)
-   Protien diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan. Penyusuan susu ibu berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolactine & oxytocin. Protien merupakan komponen utama susu selepas air. Kekurangan protein terutama dalam waktu berpantang menyebabkan si ibu sering mengalami kekurangan susu.  Ia juga membantu penyembuhan luka dengan cepat dan menyeluruh.
 
6.   Ostematrix ( Calcium)
-   Komponen selepas air dan protein ialah kalsium. Membantu si ibu mendapat rehat yang lebih berkualiti. Melegakan otot dan saraf si ibu dan mengelakkan dari tekanan. Kalsium menghindari dari gigi mudah rosak dan mendapat sakit tulang. Si ibu yang tidak mendapat cukup kalsium akan mengalami masalah seperti di atas kerana keperluan kalsium dalam tubuh si ibu telah diberi kepada anak untuk pertumbuhan mereka melalui susu si ibu.
 

 
 
 



Ibu yang sihat dan ceria pasti dapat menyusukan anak dengan sempurma. Jika si ibu telah berazam memberikan susu ibu, teruskan... Walaupun adakalanya kita putus asa, bangkit dan yakinlah kita telah berikan yang terbaik untuk zuriat kita...
 
Salam Sayang
 
 
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...