Showing posts with label B-complex Shaklee. Show all posts
Showing posts with label B-complex Shaklee. Show all posts

Thursday, 2 October 2014

Shaklee Gombak: Kenapa Kulit Bermasalah???


Salam
Semua orang baik perempuan mahupun lelaki inginkan kulit yang bersih dan cantik. Pendek kata. FLAWLESS.
Kulit yang bersih tanpa cela bermaksud kulit yang bebas dari Jerawat, parut, jeragat, kulit berminyak, kulit terlalu kering dan ton kulit yang tidak sekata. Ini semua merupakan kategori kulit yang bermasalah.
Sebelum kita mencerahkan kulit, kita perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah kulit ini.
Kita tengok dulu punca kulit bermasalah:
  • Membersihkan muka terlalu kerap
  • Picit jerawat
  • Makan makanan berminyak
  • Kurang minum air kosong
  • Diet makanan yang tidak seimbang
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Pemakaian alat solek terlalu tebal dan lama
Saya juga merupakan salah seorang yang pernah t mengalami masalah kulit sejak umur 23 tahun. Tetapi setelah mengenali Supplement Shaklee saya yakin bahawa kulit yang sihat bermula dari dalam. Kalau dalaman badan kita sihat, automatik kulit akan bersih dan tidak bermasalah.
Ini merupakan set asas untuk kecantikan
  • B-Complex: membantu mendapatkan ton kulit muka yang lebih sekata, membantu meningkatkan seri wajah, mengurangkan stress dan membantu mengurangkan masalah kelesuan mata,
  • Vitamin C: membentuk dan merangsang pembentukan kolagen dalam kulit, melambatkan penuaan, mengurangkan pigmen yang merupakan faktor pembentukan jeragat.
  • Vitamin E: tinggi anti-oksidan yang membantu melambatkan penuaan, memulihkan dan memudarkan parut-parut lama (boleh juga disapu terus pada bahagian yang bermasalah), mengurangkan kedutan, garis halus & bintik penuaan.
  • ESP: kaya dengan protein yang baik untuk kulit. Protien adalah makanan bagi sel yang membantu memulihkan sel yang bermasalah. Menjadikan kulit lebih cerah, gebu, halus dan berseri. Mengeringkan jerawat dan mengurangkan parut-parut akibat jerawat serta memudarkan jeragat. 
set kecantikan shaklee
Testimoni diri sendiri setelah 4 tahun dengan konsisten mengamalkan SUPPLEMENT SHAKLEE
 
Anda boleh lihat sendiri, dulu kulit saya berminyak di kebanyakan tempat, parut jerawat serta jeragat dan kulit gelap serta kusam. Alhamdullilah Set Kecantikan Shaklee banyak membantu saya menyelesaikan masalah saya ini. Hormon lebih seimbang dan jerawat dah tak keluar lagi. Syukur sangat.
SELAMAT TINGGAL KULIT BERMASALAH
Kalau anda berminat nak mencuba boleh hubungi saya.
Konsultasi percuma untuk anda setelah pembelian produk dengan saya
 
Salam Sayang
 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
  Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Saturday, 20 September 2014

Rahsia SUSU IBU Mencurah-curah!!!!

Salam
 
Alhamdullilah sudah 5 bulan saya menyusukan anak saya yang ketiga Ahmad Rahimi.
Hari ni nak cerita pengalaman sendiri perjalanan penyusuan saya bersama ketiga-tiga anak saya yang kesemuanya menyusu badan.
Ramai ibu-ibu di luar sana yang telah tahu & terdedah tentang penyusuan susu ibu. Namun masih ramai yang tidak tahu langkah yang perlu diambil untuk memulakan penyusuan terutama bagi yang bekerja. Ramai juga yang KOMPLEN susu mereka kering, tiada susu dan lain-lain yang menyekat niat mereka untuk menyusu. Di sini saya nak kongsikan beberapa RAHSIA.
 
1. NIAT
Perlu pasangkan niat sejak hamil lagi untuk menyusukan anak anda. Niat tu kena betul2. Jangan hanya di bibir atau hanya ikut-ikut orang sebab sekarang dah jadi TREND menyusukan anak. Sedangkan anda sendiri tak lengkapkan diri dengan secukupnya ilmu tentang penyusuan.
 
2. MAKANAN YANG SEIMBANG
Ibu-ibu yang menyusu perlu makan pada waktu yang UTAMA iaitu  SARAPAN, MAKAN TENGAHARI, MAKAN MALAM dengan makanan yang seimbang. Ada ibu-ibu yang takut nak makan berat sebab takut GEMUK. Al-maklumlah sudah beranak 3 atau 4 takut badan cepat naik. Maka akhirnya golongan ini terus membiarkan perut mereka kosong tanpa makanan yang berat dan inilah antara sebab kenapa SUSU BOLEH MERUNDUM. Susu ibu terhasil dari sumber makanan yang kita ambil setiap hari. Oleh itu anda perlu prihatian terhadap apa yang anda makan setiap hari
 
3. MINUM AIR MASAK
Banyakkan minum air sekurang-kurangnya 3 LITER. Ramai ibu menyusu dah claim mereka minum air banyak. Tapi bila di tanya berapa LITER??? mereka sendiri tak dapat pastikan. Buatlah sukatan setiap hari air yang anda ambil agar mudah untuk memastikan keperluan air adalah cukup dalam badan si Ibu untuk menghasilkan susu. Susu Ibu sendiri dalam bentuk cecair. Maka air adalah SANGAT PENTING. Air membantu menyah toksin dalam badan dan seterusnya membantu susu yang dihasilkan LEBIH BERKUALITI.
 
4. PENGAMBILAN SUPPLEMENT
Berbalik pada Rahsia NO 2. Jika sehari anda makan tidak lengkap, tak makan sayur, tak makan buah, itu telah menunjukkan yang anda tidak melengkapkan keperluan VITAMIN C yang sepatutnya ada dalam tubuh badan. Oleh itu pengambilan supplement adalah sangat wajar dan penting. Pengambilan supplement dapat membantu tubuh badan berada dalam keadaan seimbang. Sebagai contoh, B-Complex membantu tubuh si Ibu berada dalam keadaan tenang & rehat. Susu Ibu mudah terhasil kalau tubuh badan relax, mood happy dan ceria. B-complex bertindak sebagai pemecah gula dalam tubuh untuk memastikan seseorang TIDAK GEMUK dan menghidapi KENCING MANIS. Omega Guard (minyak ikan) membantu memastikan yang diambil dalam diet seharian tidak mendatangkan kemudaratan. Selain itu, Omega membantu memecahkan lemak dan secara langsung meningkatkan DHA dalam susu IBU. Susu Ibu lebih berkualiti untuk si Manja anda. Alfalfa Complex juga sinonim sebagai PENGGALAK susu yang membantu tubuh si Ibu menghasilkan susu dan ia memang BERKESAN bagi yang telah mencuba. Sebenarnya banyak lagi vitamin yang diperlukan oleh tubuh untuk melengkapkan kekosongan yang tidak diambil dalam pemakanan kita seharian. Jadi janganlah dipandang remeh pengambilan vitamin ini.
 
TESTIMONI SAYA
Percayakah anda bahawa saya dapat kembalikan semula berat badan dan dalam masa yang sama dapat menyusukan anak-anak saya dan bekalan susu saya ALHAMDULILLAH mencukupi dan TERLEBIH-LEBIH..
Saya memang jenis yang kuat makan. Tidak dinafikan. Hampir setiap masa saya takkan biarkan perut saya kosong terutama selepas menyusukan atau mengepam susu di tempat kerja. Dalam pada saya yang kuat makan ini, saya akan pastikan saya sentiasa mengambil supplement saya setiap hari tanpa ragu-ragu. Ini kerana saya nak pastikan lemak dari makanan yang saya ambil tidak menjadi lemak tepu dan seterusnya boleh menyebabkan KEGEMUKAN. Siapa yang nak nampak gemuk dan besar kan?? Terutaman ibu-ibu yang sudah beranak 2, 3, 4 atau lebih.
Jika anda mengamalkan supplement asas dengan betul dan konsisten saya percaya anda boleh menyusukan anak anda dan dapat bonus badan ramping serta nampak awet muda!!
Inilah antara RAHSIA susu sentiasa mencukupi dan adakalanya mencurah-curah sebab si IBU sentiasa tenang dan HAPPY.
HAPPY BREASTFEEDING MOMMY!!!

Salam Sayang


 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Monday, 21 April 2014

Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pentingkah Pengambilan Asid Folik kepada Ibu Mengandung?
Salam.
Bcomplex Shaklee
Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan dengan asid folik.
Yang paling merisaukan, ada di kalangan ibu-ibu yang sedang hamil, namun masih tidak mengambil asid folik. Seharusnya asid folik ini diambil 3 bulan sebelum hamil dan diteruskan sehingga minggu ke-12 kehamilan.
 
Mengapakah Saya Perlukan Asid Folik??
Asid Folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan system saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, pengambilan asid folik boleh diteruskan untuk menyokong kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Dan seterusnya di teruskan ke trimester ketiga.
 
Berapakah Jumlah Asid Folik yang Saya Perlukan??

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda MERANCANG untuk hamil. Kemudian diteruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan TIUB NEURAL (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.


Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu seperti yang disarankan oleh doctor untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan untuk menyerap asid folik.
 
Bagi anda yang sedang hamil, ATAU merancang untuk hamil, pengambilan asid folik jangan diambil ENTENG.. Ikut dos yang telah ditetapkan supaya keperluan asid folik mencukupi dalam badan dan dapat mengelakkan kecacatan bayi anda.
 


SET HAMIL SHAKLEE MENGANDUNGI SEMUA KEPERLUAN VITAMIN DAN ZAT YANG DIPERLUKAN OLEH IBU-IBU HAMIL
 
Salam Sayang
 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Thursday, 17 April 2014

Atasi GASTRIK dengan SHAKLEE

Anda sedang menderita AKIBAT GASTRIK??

Salam
Siapa yang pernah rasa sakit GASTRIK pasti tahu bagaimana sakitnya. Tanda Gastrik seperti sakit pedih ulu hati, sakit belakang, migrain, sakit perut dan sakit pinggang. Pakej lengkap betul kan GASTRIK ni. Pendek kata kalau sekali dan kena GASTRIK semua kerja tak boleh nak buat.

APA ITU GASTRIK??
Tekanan (stress) atau ransangan tindak balas kimia daripada ubat atau makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang mendapat gastritis atau dikenali sebagai GASTRIK.


Vitamin SHAKLEE untuk PESAKIT GASTRIK
  • Energizing Soy Protien (ESP): merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukos secara perlahan-lahan, maka asid perut akan sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelakkan masalah GASTRIK.
  • B-Complex: bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu atasi gastrik anda. B-complex juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh sistem saraf kita.
  • Ostematrix: membantu meneutralkan asid yang telah masuk ke dalam esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Vitamin Shaklee lebih semulajadi dan tiada bahan sintetik, pewarna dan perisa tiruan. Beralih kepada vitamin yang dapat mencegah daripada kita terus bergantung harap kepada PAIN KILLER yang bersifat sementara SAHAJA.
 
Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Wednesday, 12 February 2014

Cantik Dengan Vitamin Shaklee

Kecantikan Dalaman Menzahirkan Luaran...

Salam
Set Kecantikan Dalaman Shaklee
Siapa yang tidak menginginkan kulit yang cantik, bersih, mulus, gebu dan tanpa cela. Bukan sahaja wanita mementingkan kecantikan malah kaum Adam juga tidak kurang yang mementingkan kesihatan kulit.
Pada pandangan saya, kesihatan dan kecantikan kulit bermula dari dalam. Walaupun kita menggunakan alat solek yang mahal untuk menutup segala cela, namun hakikatnya kulit masih tidak bersih. Apa kata kita ambil langkah dengan mengambil makanan tambahan untuk membaiki sel kulit kita dari dalam agar kulit lebih bersih dan cantik tanpa perlu bermekap tebal.
 
Ada banyak faktor yang menyebabkan kulit tidak sihat. Antaranya ialah:
  • Faktor pemakanan yang tidak seimbang
  • Keadaan persekitaran yang tidak bersih dan kotor atau pencemaran yang tinggi
  • Sentiasa dalam keadaan STRESS
  • Kurang mengambil air putih
SET KECANTIKAN DALAMAN SHAKLEE
  1. Sustained Release Vitamin C: Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen merupakan sebatian asas untuk otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan yang mampu mengurangkan kedutan dan menghalang otot menjadi lembik dan kendur. Pengambilan Vitamin C setiap hari membantu untuk kulit lebih cerah melambatkan penuaan dan membantu menyekat pembentukan pigmen penyebab utama JERAGAT.
  2. B-Complex : B-Complex Shaklee lengkap dengan 8 KUMPULAN VITAMIN B yang dilengkapi dengan sistem penyerapan Berpaten. Lebih tepat Asid Folik sejenis Vitamin B yang tidak dapat diserap dengan mudah. Keperluan B-Complex ialah untuk mengurangkan STRESS dan tekanan emosi. Nak cantik tak elok STRESS-STRESS, nanti nampak tua dari usia. Di sinilah fungsi B-complex untuk mengawal tekanan. Selain itu, ia membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung & kecacatan spina dan menggalakkan kesihatan kardiovaskular
  3. Vitamin E: Anti oksidan yang kuat. Pengambilan lebih dari 1200IU sehari untuk anti oksidan, berkesan untuk melawan kanser, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas, membaiki masalah oksidasi-katarak & masalah penglihatan. Vitamin E sebagai Anti Penuaan. 1 kapsul Vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedutan, garis halus, acne & bintik penuaan. Ia mampu memulihkan tekstur kulit dan meratakan tona muka lebih sekata. Memulihkan bekas parut, membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh terus disapu pada kulit untuk mengurangkan parut.
 Testimoni Customer SET KECANTIKAN SHAKLEE


 Pengguna Set Kecantikan Shaklee ini bukan sahaja mendapati jerawat semakin berkurangan, malah badan lebih cergas dan sihat. Alhamdullilah.
 
Laburkan sedikit wang bulanan kita untuk makanan tambahan yang terbaik dari SHAKLEE.
Apa yang paling penting, ini bukan Vitamin Sintetik, malah Vitamin Semulajadi yang kesannya untuk jangka masa panjang.
 
Salam Sayang
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday, 3 February 2014

Cyst Ovari Dan GLA Complex Shaklee

Testimoni Cyst : Cyst Mengecut Selepas Penggunaan GLA Complex Shaklee

Salam

Cyst Ovari
Ovari sista adalah kumpulan cecair yang dikelilingi oleh dinding yang sempit di dalam ovari. Ovari sista menjadi mimpi buruk bagi kaum wanita terutama di waktu subur untuk mengandungkan anak. Sementara sebahagian besar ovari sista merupakan kejadian semulajadi, sesetengahnya boleh berubah menjadi kanser.
 
Apakah Cyst Ovari?

Cyst Ovari berkemungkinan berukuran sekecil kacang pea atau lebih besar dari buah oren. Sesetengah cyst ovary menimbulkan masalah seperti pendarahan dan kesakitan. Pembedahan mungkin diperlukan untuk menghilangkan cyst ovari yang berukuran lebih besar dari 5cm diameter.
 
Kenapa GLA COMPLEX SHAKLEE?
Vitamin GLA COMPLEX Shaklee merupakan sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan untuk membentuk prostaglandin - iaitu bahan berkesan yang merupakan hormon yang membantu badan mengawal atur proses-proses badan yang normal.
 
Minyak benih bunga matahari adalah satu lagi sumber asid-asid lemak Omega-6. Ia mengandungi Vitamin E yang membantu melindungi dinding arteri dan menyokong system imun dengan memelihara integriti sel.
 
GLA (Asid Linolenik Gama) digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan.GLA berfungsi menstabilkan hormon di dalam badan kita. Boleh diambil oleh lelaki dan wanita dan sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, masalah PMS, menopous sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan GLA ini ialah ia mengandungi Vitamin E yang asli.
 

Produk ini tidak bertujuan mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.
 
Berubat merupakan ikhtiar, Allah yang menyembuhkan,
Demikian maksud ayat 80 Assyuara'- "Apabila aku sakit, Allah yang menyembuhkanku"
 
Testimoni Customer saya yang mempunyai cyst


Asalnya customer ini memakai IUD dan mengeluarkan IUD tersebut pada September 2013. Selepas dibuang IUD tersebut, beliau disahkan oleh doktor mengalami cyst sebesar 2cm. Dalam masa yang sama beliau ingin hamil. Alhamdullilah selepas mengamalkan GLA, B-complex & Alfalfa dengan konsisten, CYST TELAH HILANG dan kini beliau TELAH DISAHKAN HAMIL... Alhamdullilah..Syukur atas rezeki Allah.
 
Testimoni ini adalah pengalaman customer saya. Hasil setiap customer adalah berbeza. Anda boleh dapatkan khidmat nasihat dari doktor jika ada masalah yang lain..
 
Untuk Bacaan lanjut mengenai Kebaikan GLA Complex Shaklee, KLIK LINK INI
 
Salam Sayang

 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 21 January 2014

Cara Atasi Jerawat Dan Menghilangkan Parut

Kulit Anda Bermasalah?? Segan Bila Berdepan Dengan Orang Ramai??

Salam
Setiap kita mendambakan kulit yang sihat, bersih tanpa cela. Namun tidak semua dari kita memiliki kulit yang bersih. Pasti anda asyik membelek-belek wajah di cermin & memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi jerawat ini. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat dan ingin menghilangkan parut jerawat, saya akan bincangkan vitamin yang sesuai untuk anda dan yang paling penting tiada kesan sampingan.
Set Kecantikan Shaklee
Bagi yang sedang menghadapi masalah kulit berjerawat ini, jangan terus biarkan masalah anda ini berlarutan. Anda perlu berikhtiar supaya masalah ini dapat diatasi. Antara faktor yang menyebabkan masalah jerawat di kalangan wanita dan tidak kurang pula lelaki, ialah  faktor pemakanan, hormon yang tidak seimbang, kekurangan air dan stress juga boleh mempengaruhi pertumbuhan jerawat ini.


Set Shaklee untuk mengatasi masalah Jerawat:
B-Complex Shaklee:
  1. Membantu mendapatkan ton warna kulit yang lebih sekata
  2. Membantu meningkatkan seri wajah
  3. Membantu mengurangkan stress
  4. Membantu mengurangkan masalah keletihan mata
Sustained Release Vitamin C:
  1. Membantu mencantikkan wajah
  2. Melambatkan penuaan
  3. Menyekat pertumbuhan pigmen
  4. Memberi efek kulit yang lebih sekata, cerah, dan lembap.
  5. Sesuai untuk merawat jerawat di wajah dan tubuh badan.
Vitamin E:
  1. Mengurangkan kedutan, garis halus dan jerawat
  2. Mengurangkan parut jerawat dan bintik penuaan
  3. Membantu memulihkan tekstur kulit wajah
  4. Melambatkan penuaan
  5. Menyeimbangkan hormon dalam badan
  6. Mengurangkan pengeluaran sebum dari kulit wajah
ESP :
  1. Mengurangkan parut jerawat, jeragat, dan membantu proses anti-penuaan
  2. Kulit Nampak lebih halus, gebu dan berseri serta mengatasi masalah kulit kering
  3. Protein yang terbaik sebagai makanan sel dalam tubuh
  4. Membantu membaiki tisu yang rosak dan seimbangkan hormon yang tidak menentu
Adakah saya perlu mengambil semua vitamin di atas??
Jawapannya YA. Jika anda mahu kesan yang terbaik dan maksimum, semua vitamin di atas memang sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan seterusnya mengatasi masalah jerawat anda.

Jika budget saya tidak mengizinkan, apakah Vitamin yang saya perlukan dahulu??
Saya mencadangkan anda mengambil ESP untuk permulaan bagi mengatasi masalah ini




Rawatlah wajah dari dalam kerana bukan sahaja penjagaan wajah di luaran penting, malah dalaman juga tidak kurang pentingnya. Bila kulit sihat pastinya hidup lebih bermakna dan ceria.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday, 20 November 2013

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Alhamdullilah... Semakin Sihat & Cergas Walaupun Berpantang...


Salam buat semua pembaca Blog yang dikasihi..
Hari ini nak story sikit tentang Testimoni Set Berpantang Shaklee..
Siapakah yang telah menggunakan set ini?? Tentulah DIRI SAYA sendiri..
Al-maklumlah bila kita dah cuba dengan penuh yakin dan berkesan, Alhamdullilah bolehlah nak share dengan semua orang..
 



Alhamdullilah saya menggunakan set berpantang Shaklee sepenuhnya sewaktu berpantang anak kedua.
 
Antara kebaikan yang saya alami ialah:
  • Selepas 4 jam bersalin saya terus buang air besar.. Sangat terkejut. Sebab bersalin anak pertama (tidak menggunakan set bersalin Shaklee) 4 hari baru buang air besar itupun dengan bantuan ubat doktor untuk melembutkan najis. Najis lembut, tidak perlu meneran.. Sangat selesa.. Dan setiap hari saya akan buang air besar. Kebanyakan wanita berpantang paling takut nak buang air besar sebab takut meneran dan luka jahitan terbuka. Alhamdullilah dengan set berpantang Shaklee masalah SEMBELIT dapat diatasi.
  • Luka jahitan cepat baik. Luka dalaman dan luaran. Selepas seminggu Alhamdullilah, luka jahitan saya telah pulih. Berbanding masa anak pertama. Hampir dua minggu saya masih sakit dan hendak duduk pun rasa tak selesa sebab sakit.
  • Badan lebih bertenaga dan cergas walaupun dalam tempoh berpantang. Saya sendiri dapat rasakan seperti tidak berpantang sebab badan cergas dan bertenaga walaupun tidur tidak cukup di waktu malam sebab maklumlah baby akan bangun 2, 3 jam sekali untuk menyusu. Keesokan harinya saya tetap bertenaga dan masih dapat melayan kerenah anak pertama dalam masa yang sama.
  • Susu lebih banyak, meriah dan pekat. Alhamdullilah menyusukan anak kedua suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Saya juga banyak belajar dari pengalaman pertama menyusukan anak sulung. Alhamdullilah sejak hari kelima berpantang saya sudah mengepam susu untuk di buat stok, EBM. Saya merupakan ibu yang bekerja. Makanya EBM amat perlu untuk dibekalkan ke nursery selepas saya habis berpantang dan bekerja semula. Baby pun tak banyak ragam. Minum susu sikit dan cepat kenyang dan lena. Jadi saya mudah untuk mengepam dan membuat kerja-kerja yang lain.

Stok susu selepas 3 bulan. 250 botol..Syukur sangat .
(waktu ni tengah menyusun semula dari deep freezer ikut tarikh, First In First Out)


  • Bukan sahaja kesihatan saya lebih baik, malah kesihatan baby juga amat baik dalam tempoh berpantang. Berat baby saya cepat naik dan nurse juga puji sebab walaupun menyusu badan, berat baby naik cukup cantik. Sebab selalunya baby yang menyusu formula akan menjadi lebih tembam berbanding menyusu badan.
  • Mood sentiasa baik sewaktu berpantang. Dengan kata lain set berpantang Shaklee membantu mengelakkan meroyan. Meroyan merupaka keadaan di mana si Ibu berada dalam keadaan kemurungan, berasa sedih, adakala menangis, gelisah. Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormone selepas bersalin, keletihan dan tekanan. Set berpantang yang terdiri dari vitamin yang sesuai untuk ib selepas bersalin ini, sangat-sangat membantu membekalkan zat nutrisi yang hilang di samping menyeimbangkan semula hormone selepas bersalin.
  • Badan cepat turun. Siapa yang tak suka bila berat badan cepat turunkan?.. Dalam tempoh dua bulan saya dapat kurangkan sebanyak 12 kg daripada berat sewaktu mengandung. Alhamdullilah. Apa yang penting petua saya untuk cepat turun berat, amalkan pengambilan air masak yang banyak di samping terus menyusukan bayi saya ikut demand baby.
Sememangnya Set berpantang Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Vitamin ini tidak panas atau merbahayakan ibu dan bayi anda. Boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

# Ingin dapatkan maklumat mengenai penyusuan awal ibu selepas bersalin, teruskan pembacaan
DI SINI
 
Salam Sayang
Mama Adam & Ammar


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 12 November 2013

Set Berpantang Shaklee - Mana Pilihan Anda??

" Saya sudah 37 minggu, tapi tidak tahu Set Berpantang mana yang perlu dipilih"... 


Salam
Menjadi lumrah ibu-ibu apabila sudah hampir saat-saat melahirkan kita sibuk dengan persiapan untuk membeli kelengkapan bayi.. Set Berpantang juga tidak kurang pentingnya terutama untuk si ibu di kala tempoh berpantang.



Set Bersalin Shaklee
Memori terindah sewaktu mendakap bayi
Ramai antara kita yang merasakan tempoh berpantang merupakan saat yang sungguh membosankan.. Mana taknya banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dan banyak juga makanan yang tidak boleh disentuh dalam waktu ini. Oleh itu, set berpantang yang sesuai dan terbaik menjadi perkara penting agar kita dapat menjalani tempoh berpantang ini dengan baik, sihat dan ceria.


Di sini terdapat 3 set Berpantang Shaklee yang disediakan khas untuk ibu-ibu selepas melahirkan.
 
SET ASAS
  • Vitalea - Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Oleh kerana ibu banyak kehilangan darah, ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang. Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • B-Complex- Menukarkan makanan kepada tenaga. Menjadikan si ibu yang berpantang kurang letih dan lebih bertenaga. Melawan tekanan / stress. Mencegah anemia.
  • Zinc kompleks - Mempercepatkan pemulihan luka samaada bersalin normal atau pembedahan. Penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnya. Kandungannya banyak terdapat dalam ikan haruan. Selain protin, ikan haruan kaya dengan zinc. Mempertingkatkan system imun. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
  • Sustained Release Vitamin C - Peningkatan system imun. Mencantikkan kulit. Kebiasaanya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam. Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama jeragat. Mempercepatkan pemyembuhan luka jahitan.
SET OPTIMUM
Sama seperti set asas.
Tambahan ESP +.Ostematrix (Kalsium& Magnesium)
  • Ostematrix: - Kalsium yang seimbang, kadar penyerapan 99%. Komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein ialah kalsium. Menguatkan tulang. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas yang selalunya si ibu yang melalui pembedahan terdedah untuk menjadi kebas serta kejang. Meringankan stress dan mengimbangi tekanan darah. Mengelakkan sembelit.Melegakan otot dan saraf si ibu.
  • ESP:- Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Membantu meningkatkan system imun dalam badan. Memberikan tenaga kepada si ibu. Protien diperlukan untuk menghasilkan hormone dalam badan. Penyusuan susu ibu berkaitan dengan 2 hormone iaitu Prolactine & Oxytocin.Protien ialah komponen penting selepas air. Kekurangan protein semasa pantang menyebabkan si ibu mengalami masalah penyusuan.
SET PREMIUM + SLIMMING
Sama seperti SET OPTIMUM


 Tambahan Lecithin & Alfalfa Complex

  • Lecithin:- Mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi Choline untuk kecerdasan akal. Si ibu yang mengambil lecithin semasa menyusu akan mengalirkan Choline yang sangat baik untuk otak dan kepada bayi yang menyusu. Lecithin membantu memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian halus dan memudahkan di emulsi dan membantu menurunkan berat badan.
  • Alfalfa Complex: - Alfalfa ialah tumbuhan yang mengandungi banyak kebaikan dan manfaat dalam kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim & fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lecithin dan akan di bawa keluar dari badan. Alfalfa juga merupakan galactagogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu.
Tambahan:
  1. Set bersalin/berpantang Shaklee boleh diambil sejurus selepas bersalin.
  2. Boleh diambil untuk Si Ibu yang bersalin normal atau pembedahan
  3. Membantu Si Ibu pulih dengan cepat dari luka bersalin / luka Episiotomi
  4. Membantu menambah darah dan memberi tenaga.
  5. Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  6. Selamat untuk ibu dan bayi yang mneyusu.
Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.. Untuk kebaikan, kesihatan & keceriaan ibu dan anak



 

Happy Confinement and Happy Breastfeeding Mommy...
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday, 1 August 2013

Tips Meningkatkan Berat Badan.

Terlalu kurus?? Berat Tidak Ideal?? Nampak Macam Sakit??

Salam
Kita selalu cerita tentang orang berisi nak kurus, nak berdiet. Hari ni nak cerita orang kurus nak berisi sikit. Bagi sedap sikit badan . Tak delah kalau berjalan rasa macam melayang je badan.
 
Basic Set Shaklee- naikkan berat badan


 
Setiap orang mengalami masalah yang tidak sama. Namun semua itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Pilihan di tangan kita. Bagi mereka yang terlalu kurus ada beberapa faktor yang menyebabkan situasi ini.
Antaranya:
  • Faktor Genetik
  • Terlalu Stress
  • Kurang Makanan Berkhasiat
  • Kurang Minum Air
  • Kurang Berehat / tidur
  • Gangguan Metabolisme tubuh (metabolisme terlalu tinggi)
  • Kurang bersenam
Di sini saya mencadangkan beberapa vitamin khusus untuk menambahkan berat badan.
 
 
Meal Shakes:
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Berperisa Vanilla dan boleh ditambah dalam minuman kegemaran harian kita. Protien amat penting dalam proses menambah berat badan kerana pengambilan protein boleh mengisi keperluan tubuh. Protien juga adalah asas kepada pemakanan tubuh badan samaada nak tambah berat badan, nak kurus atau nak cantik, semuanya perlukan protein. Antara lain juga, protein membantu penyerapan yang lebih baik ke atas vitamin lain yang kita ambil. Protien membantu dalam membuang sel mati dan menggantikannya dengan sel yang lebih sihat dan cantik. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin lain dalam tubuh badan dengan lebih efisyen dan baik.
 

Vitalea (Multivitamin with Iron Formula)
Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama dengan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah, membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit ini terjadi kerana kekurangan iodin dan ini memang terdapat di dalam Vitalea Shaklee). Vitamin sangat penting dalam diet harian kita. Jika kita kurang makan, tetapi dengan pengambilan Vitalea ini dapat membantu badan rasa lebih bertenaga, tidak mudah lesu, mudah pitam dan mempunyai tekanan darah yang rendah.
 
B-complex
Vitamin yang sangat penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan tona warna pada kulit wajah. Ia mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting untuk keperluan tubuh. Di samping membantu mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, ia juga menggalakkan kesihatan system kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan emosi / stress dan meningkatkan system pertahanan badan.
 
 
Tips Menaikkan Berat Badan
  1. Ambil makanan yang lebih seimbang. Lebihkan makanan tinggi protein seperti telur, daging dan susu. Makan ikut masa, jangan skip meal. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak, minyak dan kolestrol tinggi kerana ini penyumbang penyakit yang lebih parah.
  2. Makan vitamin secara konsisten. Jangan lupa pengambilan air yang cukup juga penting. Baru badan sihat dan cergas sepanjang hari.
  3. Luangkan sedikit masa untuk aktiviti senaman atau riadah. Orang kurus pun perlu bersenam ye. Ini bagi membantu otot-otot menjadi lebih sihat, cantik dan bentuk badan lebih cantik dan mantap. Apa yang paling penting kena konsisten. InsyaAllah akan menampakkan hasilnya.
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday, 31 July 2013

Ibu Mengandung: Vitamin apa yang sesuai diambil

There's Nothing Better Than Being Called  MOMMY!!

 
Salam
Saya doakan kalian semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat menjalani ibadah puasa dan terus meningkatkan amalan sebanyaknya. InsyaAllah.

Set Vitamin Ibu HAmil Shaklee
I'm Expecting

 
Tidak dinafikan, vitamin merupakan makanan tambahan yang amat diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi oleh si ibu dalam diet seharian mereka. Bagi ibu mengandung terutamanya, ada beberapa vitamin yang disarankan untuk diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup dengan keperluan zat.
 
Vitamin Apa Yang Perlu??
 
 Vitamin yang perlu diambil oleh ibu mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, B-complex, yang lengkap dengan Folik Asid, Vitamin C, Kalsium dan Omega.


Fungsi Setiap Vitamin

 Secara ringkasnya, kepentingan setiap vitamin adalah seperti berikut:
  • Protien: untuk membina sel. Sel terbina daripada protein. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi: demi memastikan sel mendapat semua vitamin yang penting dalam membentuk organ. Zat besi sangat penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-complex: penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C: pembentukan kolagen dan membentuk system antibody
  • Kalsium: pembinaan sel darah merah serta tulang bayi yang sempurna
  • Omega: membantu pembentukan sel otak
 Harus diingat, ada beberapa vitamin yang tidak disarankan diambil semasa mengandung. Antaranya ialah
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
(dapatkan nasihat doctor jika diperlukan).
Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal-awal kehamilan, imunisasi si ibu memang rendah kerana memberi laluan kepada bayi untuk membesar dalam rahim. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksidan boleh menyebabkan risiko keguguran pada janin. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sahaja sejurus selepas si ibu disahkan mengandung bagi menjaga janin dalam kandungan.
 
#credit to Pn Norita Idris
 
Sebelum anda membeli apa jua vitamin, dapatkan nasihat dan konsultasi dari pengedar yang sah agar pengambilan vitamin memberi kesan yang optimum dan terbaik buat anda dan bayi.
 
Set Vitamin Ibu Mengandung untuk tempoh 9 bulan kehamilan
 
 Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 23 July 2013

6 Tips Penyusuan Awal Bayi

Adakah anda tahu bahawa pengalaman penyusuan di hospital selepas bayi dilahirkan boleh memberi kesan kejayaan anda?

Salam.
 
set penyusuan ibu Shaklee
Beberapa tips untuk membantu ibu-ibu mendapatkan permulaaan penyusuan yang baik.

 
1.  Mengikut pengalaman, jika anda bersalin di hospital kerajaan, sejurus selepas melahirkan, anda perlu terus menyusukan bayi. Berbeza dengan hospital swasta. Kedua-dua anak saya bersalin di hospital swasta. Anda perlu meminta supaya bayi diletakkan kulit ke kulit pada dada anda sejurus selepas bayi dilahirkan. Ini dinamakan "Golden Hour." Bayi disarankan agar kekal kulit ke kulit dengan anda sehingga saat pertama anda menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya satu jam pertama selepas bayi dilahirkan.

 
2.Teruskan menyusukan bayi setelah dilahirkan mengikut keperluan bayi. Lagi kerap bayi disusukan pada awal kelahiran, lagi banyak susu anda. Pastikan bayi mendapat Kolostrum. Kolostrum merupakan cecair yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Kolostrum merupakan cecair yang bewarna kuning di dalam botol di sebelah kiri. Manakala botol sebelah kanan merupakan susu ibu yang sudah matang.
 
Apakah sifat cecair EMAS ini?
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak- kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

 
3.Pastikan bayi berada di dalam bilik bersama anda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu baru tidak mendapat tidur yang lena jika menghantar bayi kembali ke nurseri.

 
4.Breastfeeding tidak menyakitkan!! Jika anda merasa sakit, ia selalunya dikaitkan dengan lekapan bayi pada B tidak betul atau ia mungkin boleh menjadi isu dengan mulut bayi atau puting ibu (Inverted Nipple). Minta bantuan jururawat atau doktor agar lekapan bayi pada B si ibu  betul dan penyusuan dapat berlangsung dengan baik.

5.Bagi ibu baru yang pertama kali menyusukan bayi pastinya bimbang bahawa anda tidak mempunyai susu yang cukup. Ingat bahawa perut bayi anda adalah kecil. Sekecil biji guli. Bayi anda akan mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan umurnya. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula apabila anda mendapati berat bayi  tidak memuaskan, maka cara ini hanya akan menyebabkan pengurangan susu ibu. Anda boleh mengambil alternatif dengan mengambil lebih makanan yang tinggi protein untuk mendapatkan susu ibu yang lebih berlemak.

 
6.Kebanyakan hospital tidak menggalakkan penggunaan puting. Puting yang diberikan terlalu awal boleh mengganggu penyusuan. .

 
7. Sebelum anda pulang ke rumah, pastikan anda tahu bagaimana untuk meminta bantuan sekiranya ada masalah berkaitan dengan penyusuan. Berbincang dengan doktor atau berjumpa dengan pakar Laktasi.
Selepas melahirkan, pastinya anda berpantang dengan baik dan betul, Teruskan penyusuan tanpa syarat agar bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Shaklee menyediakan Set Berpantang dan Set Penyusuan untuk ibu-ibu yang memerlukan vitamin untuk menjamin kesihatan yang lebih optimum..
Set Berpantang Shaklee. Badan lebih sihat bertenaga


Set Penyusuan untuk kesihatan ibu dan si comel
 
Berminat mendapatkannya?? Konsultasi percuma dengan setiap pembelian produk.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...