Monday 21 April 2014

Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pentingkah Pengambilan Asid Folik kepada Ibu Mengandung?
Salam.
Bcomplex Shaklee
Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan dengan asid folik.
Yang paling merisaukan, ada di kalangan ibu-ibu yang sedang hamil, namun masih tidak mengambil asid folik. Seharusnya asid folik ini diambil 3 bulan sebelum hamil dan diteruskan sehingga minggu ke-12 kehamilan.
 
Mengapakah Saya Perlukan Asid Folik??
Asid Folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan system saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, pengambilan asid folik boleh diteruskan untuk menyokong kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Dan seterusnya di teruskan ke trimester ketiga.
 
Berapakah Jumlah Asid Folik yang Saya Perlukan??

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda MERANCANG untuk hamil. Kemudian diteruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan TIUB NEURAL (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.


Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu seperti yang disarankan oleh doctor untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan untuk menyerap asid folik.
 
Bagi anda yang sedang hamil, ATAU merancang untuk hamil, pengambilan asid folik jangan diambil ENTENG.. Ikut dos yang telah ditetapkan supaya keperluan asid folik mencukupi dalam badan dan dapat mengelakkan kecacatan bayi anda.
 


SET HAMIL SHAKLEE MENGANDUNGI SEMUA KEPERLUAN VITAMIN DAN ZAT YANG DIPERLUKAN OLEH IBU-IBU HAMIL
 
Salam Sayang
 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...