Wednesday 30 April 2014

Diet Wanita Hamil

"Ibu Mengandung kena makan 2 kali ganda kerana makan untuk 2 orang, Si Ibu dan bayi dalam kandungan"...

Salam
Seringkali kita dengar kan ayat di atas. Ibu hamil kena makan untuk 2 orang. Kadang-kadang ia mungkin diluahkan sekadar untuk gurauan. namun kalau ikut konsep matematik seakan-akan ada logiknya.
Hakikatnya, macam mana pula diet SEBENAR untuk ibu hamil??
vitamin shaklee wanita hamil

Ramai wanita terutama yang pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan yang boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar. Pada trimester pertama, ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.
 
Tetapi bagi ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi dan si ibu tetap bertenaga sepanjang 3 bulan pertama.
 
Secara amnya alahan dalam jangka masa pendek tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. namun bagi alahan yang sangat teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah semula, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan si ibu akan terjejas.
Si ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan pening, dahaga dan air kencing menjadi sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini anda memerlukan rawatan segera.
 
Bagi mengurangkan penghidratan, si ibu dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, dan ubi serta mengelak makanan yang mengandungi kadar lemak yang tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng.  Makan sedikit tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelakkan perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah teruk.
 
Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik. Ini kerana terdapat beberapa kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun masih ramai wanita yang tidak tahu pengambilan asid folik perlu dilakukan 3 bulan sebelum mengandung. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect (NDT)
Pada Trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menggangap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang paling penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.
 
Kebiasaannya wanita hamil memerlukan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari perlu diperolehi daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Ketika hamil apa yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrient untuk bayi.
Set kehamilan Shaklee Sepanjang kehamilan 9 Bulan
Samaada seseorang wanita hamil atau tidak, diet yang sihat perlu merangkumi semua yang terdapat dalam pyramid makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
 
Jadi jika keperluan setiap hidangan makanan setiap hari tidak mengikut piramid makanan, kita disarankan untuk  mengambil Vitamin / supplement bagi melengkapkan keperluan yang tidak cukup agar si ibu bertenaga dan bayi dapat berkembang dengan sihat.

 
Salam sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia.
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...