Thursday 19 December 2013

Kalsium Untuk Ibu Hamil & Menyusukan Bayi

"Ibu Hamil & Menyusukan, Jangan Abaikan Kalsium..."

Salam

Osteomatrix Shaklee
 Ibu Hamil & Menyusukan Bayi
Osteomatrix Shaklee

"Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan si ibu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap Osteoporosis"
 
Risiko ibu hamil dan menyusukan bayi jika kekurangan KALSIUM adalah sama. Kesihatan kedua-dua wanita ini membawa kesan secara langsung kepada anak yang dikandung dan disusui. Selain memberi kesan kepada anaknya, si ibu juga berisiko menghadapi kesan-kesan kekurangan kalsium. Kita akan bincangkan.
Ibu Hamil
Ibu hamil lazimnya memerlukan 1200 hingga 1300 milligram kalsium seharian iaitu tambahan 300 hingga 500 milligram zat yang diperlukan oleh orang dewasa. Ini bermakna seseorang itu perlu mengambil susu segar sebanyak 1 liter setiap hari. Ramai di kalangan ibu-ibu hamil hari ini kurang mengamalkan pengambilan susu, samaada tidak meminatinya atau mempunyai masalah untuk menerima laktosa.
 
Selain produk tenusu, ibu hamil boleh mengamalkan makanan pejal yang tinggi zat kalsium sebagai contoh sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis. Walaupun ibu hamil telah mengambil pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang disenaraikan.
 
Fungsi KALSIUM untuk Ibu Hamil
  • Membantu kekuatan tulang untuk menanggung berat bayi secara fizikal.
  • Kalsium penting untuk pembekuan darah.
  • Menstabilkan transmisi impuls saraf dan merehatkan otot semasa berlakunya kontraksi.
  • Banyak kajian telah dilakukan dan mendapati bahawa kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi
  • Kalsium dalam badan si ibu diserap oleh bayi semasa memebesar untuk proses pembentukan tulang.
  • Pengambilan kalsium yang cukup boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
Ibu Menyusu
Bagi wanita yang menyusu, penghasilan susu amat memerlukan kalsium yang banyak.  Kalsium merupakan anatara komponen terpenting dalam penghasilan susu ibu.Kalsium yang cukup membantu si ibu mendapat rehat yang lebih berkualiti. Melegakan otot dan saraf si ibu dan mengelakkan dari tekanan. Kalsium menghindari dari gigi mudah rosak dan mendapat sakit tulang. Jika si ibu tidak mendapat cukup kalsium, mereka akan mengalami masalah seperti di atas kerana keperluan kalsium dalam tubuh si ibu telah diberi kepada anak untuk pertumbuhan mereka melalui susu si ibu.
Tanda-tanda kekurangan Kalsium Dalam Badan
  1. Mudah mengalami kekejangan otot atau kebas tangan dan kaki
  2. Sukar tidur (insomnia)
  3. Usus menjadi lemah dan sering sembelit
  4. Sakit pinggang dan kaki
  5. Cepat naik angin dan mudah terkejut
  6. Luka susah sembuh dan darah lambat beku 
  7. Kekurangan kalsium menyebabkan tisu kolagen sukar terbentuk, dan mengakibatkan sakit sendi
  8. Menurunkan kadar metabolisme
  9. Meningkatkan risiko penyakit tekanan darah tinggi dan penyakit jantung
  10. Lemah, tidak berdaya dan cepat letih
  11. Rambut gugur bagi ibu-ibu yang baru bersalin
  12. Gigi mudah mereput
  13. Kuku senang patah
Jika dianalisis kebanyakan kita kurang sedar akan kesan-kesan yang berlaku ke atas diri kita akibat kekurangan kalsium. Rata-ratanya melihat kalsium hanya diperlukan oleh golongan kanak-kanak yang membesar untuk pertumbuhan mereka dan golongan tua bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali golongan usia pertengahan mengambil berat pengambilan kalsium dalam diet harian mereka.
 Antara makanan yang boleh membekalkan sumber kalsium antaranya ialah:
  • produk tenusu seperti keju, susu dan yogurt
  • sayur yang berwarna hijau terang seperti brokoli
  • ikan yang mempunyai tulang lembut seperti sardine dan salmon.
  • produk soya seperti tauhu, tempe, cereal dan jus-jus buah.
Adakah Ostematrix Shaklee Dapat Membantu??
Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral-mineral lain seperti Boron bagi membina matriks tulang yang kuat.
 
Kenapa Ostematrix?? 
Kerana badan kita bukan sahaja memerlukan tulang yang kuat, tetapi MATRIKS tulang yang kuat seumpama sebuah bangunan untuk membina 'simen' yang mampu menyambung tulang-tulang kalsium tadi.
 
Ramai yang tidak tahu bahawa pil kalsium yang baik dan selamat ialah pil kalsium yang mudah hancur dalam amsa yang singkat. Banyak yang berlaku, pil kalsium yang tidak hancur dalam perut boleh mengakibatkan masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder stone). Jika menghadapi masalah ini pembedahan terpaksa dilakukan. Masalah ini sebenarnya dapat dielakkan jika kita mengambil pil kalsium yang berkualiti dan segera hancur setelah memasuki perut.
 
Ostematrix merupakan tablet kalsium keluaran Shaklee yang selamat dan semulajadi. Dihasilkan dengan piawaian klinikal dan hasil kajian bertahun-tahun, maka terhasil pil kalsium yang berkualiti tinggi dan semestinya HALAL. Mudah hancur sejurus memasuki perut dan membekalkan keperluan kalsium harian 100% menurut piawaian US RDA.

Pastikan anda Ibu Hamil dan Ibu Menyusu yang mementingkan keperluan kalsium untuk kebahagian dan kesihatan anda dan bayi anda. Jangan sesekali mengabaikan kalsium dalam diet harian anda.
Pilihlah Ostematrix Shaklee yang berkualiti dan dapat memenuhi 100% keperluan kalsium harian anda.
 
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

 

Tuesday 17 December 2013

Vitalea Shaklee

Kenali Multivitamin Anda

Salam
Multivitamin Shaklee
Multivitamin diperlukan oleh tubuh badan untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik.
Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan system imun dan mengalakkan kesihatan untuk jangka masa panjang.
 
Memilih multivitamin yang terbaik adalah sangat penting untuk menyokong diet harian kita kerana makanan di sekeliling kita hari ini dipenuhi dengan makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
VITALEA SHAKLEE ADALAH MULTIVITAMIN TERBAIK 
Merupakan multivitamin terbaik yang terkenal dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 VITAMIN dan MINERAL kritikal dalam jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan system imun dalam jangka masa panjang.
 
KENAPA PERLU MEMILIH VITALEA SHAKLEE????
 

Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai jenis multivitamin di pasaran hari ini. Tetapi mengapa kita perlu memilih Vitalea Shaklee sebagai multivitamin pilihan yang terbaik? Lihat gambar di atas mengenai kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam multivitamin Shaklee berbanding jenama yang lain.
  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang yang sihat
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentk Vitamin A yang lebih biopatent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga
 Kebaikan Multivitamin Vitalea Shaklee
Multivitamin terbaik Vitalea Shaklee juga menggunakan system penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee bagi meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrient penting untuk kesihatan keseluruhan sel.
Vitalea Shaklee juga telah menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin measlian dan keberkesanan produk.
 
Siapa Yang Memerlukan Vitalea Shaklee??
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh untuk jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan dan kesihatan mereka
  • Semua peringkat usia lelaki dewasa
  • Wanita yang menopous
  • Wanita hamil
  • Wanita dalam berpantang
Boleh tonton video mengenai penyerapan Vitalea terhadap tubuh badan seseorang..
 
Memilih Mutivitamin yang baik dan betul amat penting bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan. Shaklee mengeluarkan supplement yang berkualiti dan terbaik dan semestinya HALAL..
 
Salam Sayang
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday 11 December 2013

Kolostrum Untuk Bayi - Cecair Emas

"Ini Susu Rosak.. Susu Basi..."

Salam
Entry kali ni saya agak excited nak story dengan semua pembaca blog budiman..
Ramai di kalangan ibu-ibu muda yang perlukan ilmu tambahan tentang penyusuan susu ibu jika sudah menyimpan niat menyusukan si comel dengan susu badan sepenuhnya..
  


Dahulu masa melahirkan anak pertama saya agak kurang ilmu tentang penyusuan.
Oleh kerana itu, hari pertama selepas melahirkan anak, ada yang mengatakan, susu pertama yang keluar dari payudara ibu adalah "SUSU ROSAK @ SUSU BASI".. Warnanya kekuningan..
Ya!!! memang betul.. Tetapi itulah KOLOSTRUM
 


Apa itu KOLOSTRUM????
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibody. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan amat kaya dengan Vitamin A

Sebenarnya KOLOSTRUM bukanlah SUSU BASI seperti pandangan beberapa pihak. Malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan. Oleh kerana ia bersifat Laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya Jaundice (Demam Kuning).
 
Antara kebaikan KOLOSTRUM:
  • Dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi.
  • Dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan Vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata bagi bayi. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang menyakininya,
(Al-jathiyah : 4)
  • Kandungan terpenting kolostrum ialah sejenis PROTIEN yang dinamakan SEKRETORI IMMUNOGLOBULIN A (SlgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibody di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam system pertahanan tubuh badan (system immunity) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.
  • SlgA adalah sejenis antibody yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu terdiri daripada SlgA.
  • Kepekatan boleh menigkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Oleh itu, disebabkan beberapa proses yang perlu dilalui oleh SUSU FORMULA, maka tiada kandungan SlgA di dalam SUSU FORMULA. 
Kolostrum biasanya hadir pada hari pertama sehingga ketiga selepas kelahiran bayi. Pengeluaran Kolostrum yang sedikit ini sudah cukup untuk menampung saiz perut bayi pada awal-awal kelahiran.
Bayi hanya memerlukan 60ml-100ml dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran. Purata pengambilan Kolostrum dalam tempoh 24 jam ialah 37ml. Kandungan susu ibu juga akan meningkat dalam tempoh 36 jam berikutnya dan akan terus bertambah seiring dengan keperluan bayi. 
Jangan terus panic ye wahai kaum ibu dengan mengatakan susu tiada di awal kelahiran. Teruskan menyusu bayi anda dengan perasaan gembira dan penuh rasa kesyukuran.
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutama KOLOSTRUM merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu boleh dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran.
Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 
 

Dakap, peluk & susukan lah bayi anda sejurus selepas kelahiran. Biar bayi dapat mengalami kehangatan dalam dakapan ibu buat pertama kali & merasakan KOLOSTRUM yang memberi 1001 kebaikan buat si comel. Berikan yang terbaik buat bayi anda kerana mereka berhak mendapat yang terbaik dari ibunya..
 
Happy Breastfeeding....

Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday 9 December 2013

Tingkatkan Perisai Diri : Nutriferon Shaklee

BOOST YOUR IMMUNITY

Salam
Tingkatkan perisai diri 
 Masih saya ingat sewaktu sedang menyusukan anak sulung saya, Adam Rahimi yang ketika itu berusia 7 bulan, dia mengalami demam, batuk & selsema yang agak teruk. Hampir seminggu demam masih belum kebah dan batuk, selsema berlarutan sehingga anak saya tidak mahu menyusu badan. Saya agak risau ketika itu, semua ubat doctor sudah habis dimakan, namun masih tiada jalan.
Akhirnya saya bertemu dengan Nutriferon Shaklee..
 
Kebaikan Nutriferon ShakleeYang Tiada Bandingan
 
Nutriferon merupakan rumusan berpaten yang istimewa yang membantu meningkatkan tahap keimunan badan tanpa penggunaan antibiotik sintetik yang boleh menyebabkan kesan sampingan pada manusia. Jadi Nutriferon amat sesuai untuk semua peringkat usia.
Antara kebaikan Nutriferon adalah:
  • Membantu melawan kanser & tumor otak
  • Membantu mengurangkan ketidakselesaan sewaktu kemoterapi
  • Melindungi dari influenza dan selsema
  • Melambatkan proses penuaan
  • Meringankan stress dan kelesuan
  • Mengurangkan infers & sakit kronik pesakit-pesakit Hepatitis B & C
  • Membantu kesihatan wanita menopous menjadi lebih baik
  • Mengurangkan symptom-symptom ketika pra-haid & sewaktu haid
  • Membantu meningkatkan immune badan pada keadaan cuaca tidak menentu seperti jerebu.
  • Membantu dalam pemulihan penyakit seperti Lepromatus (kusta), Toxoplasmosis (penyakit yang disebabkan oleh parasit)

 
Fakta mengenai Nutriferon Shaklee
  1. Dicipta oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. Satu-satunya supplement yang dicipta oleh pakar imun pada julung kalinya dari Universiti Tokyo pada tahun 1954, Merupakan penemuan terhebat dalam bidang immunologi.
  2. Lebih daripada 40 tahun penyelidikan. Dr. Kojima telah berjaya mencipta Nutriferon Shaklee selepas beberapa kali menjalankan ujikaji dan penilaian terhadap-beribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.
  3. Dr. Kojima telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia.
  4. Nutriferon Shaklee sehingga kini tidak boleh di dapati di mana-mana kedai selain Shaklee yang mana produk ini telah dipatenkan oleh Shaklee.
Nutriferon Shaklee berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanese Honeysuckle dan bunga Safflower. Formula yang digunakan dalam pembuatan Nutriferon adalah 100% semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.
 

Setelah mengetahui segala kebaikan Nutriferon, saya memang mengamalkannya bagi meningkatkan immunity ahli keluarga dan anak-anak saya. Bagi anda yang mempunyai ahli keluarga, anak-anak yang kerap demam, batuk & selsema melebihi tempoh seminggu, amat baik jika diberikan Nutriferon Shaklee ini.
 
 
Salam Sayang
 


 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Friday 6 December 2013

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Alhamdullilah....Congratulations For Your New Born Baby!!!

 Salam
Adab mandikan bayi

 Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas 9 bulan tinggal di alam Rahim. Justeru, ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
 
Antara yang mungkin kita semua kurang memberi perhatian ialah tatacara atau adab memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik..
 
 
Antara Yang Perlu di beri Keutamaan Ialah:

  1.  Seeloknya memandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu ini fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air suam.
  2. Mulakan dengan lafaz 'Bismillah'.
  3. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
  4. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membantu pengaliran darah bayi menjadi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi baru lahir.
  5. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan-lahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga bayi. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
  6. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan bayi, hati berzikir, YA LATIF, YA HADI
  7. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.
  8. Siraman yang terakhir dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi pada usia ini, kerana bimbang ia akan melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
  9. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala bersih dan lembut. Cara mengelap dimulai dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah dan boleh mengakibatkan masalah paru-paru lemah.
 Banyak perkara yang perlu kita pelajari bagi menguruskan bayi yang baru lahir. Terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi IBU BAPA..
 
 
InsyaAllah, banyak lagi tips yang akan saya kongsikan tentang kelahiran bayi baru pada entry akan datang...
 
Salam Sayang.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday 2 December 2013

Omega Guard Shaklee

MINYAK IKAN TERBAIK DUNIA

Salam.
Syukur kita masih mampu bernafas dan dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih baik..Semoga kita sentiasa berdoa hidup bukan sahaja untuk diri sendiri, malah lebih kepada memberi manfaat kepada orang lain..
 
Sumber Omega 3
Sumber OMEGA 3
Apa yang anda faham tentang Omega 3???
Omega 3 adalah asid lemak yang mengandungi EPA & DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement.
 
Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh.
 
Tahap Enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksimum. Tidak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain jika enzim tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
Jadi amat penting memastikan tubuh badan dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrient daripada makanan dapat diserap dengan baik.

 
Kelebihan Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee
  1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diekstrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (seperti : sardine, mackerel, herring dan anchovies)
  2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik
  3. Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan
  4. Sangat berbeza daripada produk Omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu-satunya minyak ikan Omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA.
  5. Satu kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905 mg asid lemak Omega 3, EPA, DHA.
  6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini
  7. Kaedah ultratulen adalah proses penyulingan proprietary 3 molekul untuk mengekstrak Omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenic, cadmium, dioksin & PCB

24 Kebaikan OMEGA 3 Dalam OMEGA GUARD SHAKLEE
  1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormone PMS wanita
  2. Melincinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
  3. Mencegah salur darah dari tersumbat
  4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
  5. Mengekalkan tekanan normal darah
  6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
  7. Mengurangkan sakit kepala
  8. Merendahkan kolestrol
  9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
  10. Mengekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
  11. Mengawal masalah obesity (bagus untuk mereka yang hendak kurus)
  12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
  13. Sangat bagus untuk ibu mengandung - membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin
  14. Meningkatkan perkembangan memori janin dan kanak-kanak
  15. Meningkatkan system imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
  16. Membantu menyihatkan paru-paru
  17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain
  18. Mengurangkan demam, bronchitis, lelah, hepatitis & SLE
  19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
  20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kolon.
  21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
  22. Membantu pancreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
  23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
  24. Mencegah penyakit gout

Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee juga membantu memperbaiki masalah yang berkaitan otak seperti:
  • Mencegah insomnia
  • Mengurangkan tekanan emosi
  • Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
  • Membantu memperbaiki masalah Autism
  • Membantu masalah kanak-kanak hyperactive
  • Mengurangkan masalah schizophrenia
  • Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan
Siapa Yang Memerlukan Omega 3??
  1. Warga Emas
  2. Pesakit jantung
  3. Wanita
  4. Wanita yang telah melahirkan anak
  5. Pesakit darah tinggi
  6. Orang yang kerap lupa
  7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
  8. Pelajar
  9. Ibu menyusu
  10. Ibu Mengandung
  11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang menyeluruh
Omega Guard Shaklee amat baik dimalkan bermula dari sekarang. Anda pasti tidak akan menyesal dengan khasiat Omega 3 yang terkandung di dalamnya.
 
Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday 28 November 2013

Ubat vs Supplement

Mana Yang Lebih Utama??

Salam.


Adakah setiap kali bangun dari tidur kita rasa sihat??
 
Vitamin Shaklee

Atau.... setiap kali kita bangun tidur kita dalam keadaan tidak sihat??
 
SIHAT ATAU SAKIT??
UBAT ATAU SUPPLEMENT??

 
Dua perkara yang berbeza maksudnya. Kita boleh memilih samaada untuk terus menjadi sihat atau berterusan sakit. (Atas usaha kita dan semua dengan izin Allah)
Begitu juga beza antara ubat dan supplement(vitamin). Adakah sepanjang hayat kita perlu bergantung dengan ubat semata-mata untuk sihat?
Hari ini saya nak kupas apa dia Ubat dan apa pula Supplement.
 
UBAT
 
 

  • Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan kita. Ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
  • Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
  • Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkannya boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal yang menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gangguan penglihatan gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.
  • Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ia boleh menganggu satu sama lain dan kebarangkalian menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  • Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
  • Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorag itu, ia tetap boleh merasai kesan pengambilannya.
  • Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa pendek beberapa minit atau jam.
  • Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca penyakit. Ia hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada system badan.
  • Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius berbanding dengan orang muda. 
Supplement (Vitamin)


  • Bahan yang berkhasiat dan semulajadi yang penting kepada tubuh badan kita. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
  • Bahan-bahan berkhasiat yang bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
  • Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  • Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatat mengenainya yang merbahaya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  • Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tidak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan jika bahan-bahan berkhasiat ternyata kurang dalam tubuh badan kita.
  • Bahan-bahan berkhasiat yang bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan yang terbaik.
  • Bahan berkhasiat bertindak merawat PUNCA penyakit jika digunakan  dan membantu menampung kekurangan bahan yang tiada dalam tubuh badan. Ia juga dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi  tidak berulang lagi.
  • Orang tua memerlukan lebih banyak kandungan khasiat oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah. 

 
Kesimpulannya,
 
UBAT di makan ketika sakit SAHAJA...
SUPPLEMENT boleh dimakan BILA-BILA MASA SAHAJA...
UBAT mengandungi dadah yang boleh bertindak dengan cepat...
SUPPLEMENT tidak menggunakan dadah, tetapi menggunakan banyak vitamin-vitamin yang sihat untuk melawan penyakit...
 
Pilihan di tangan anda... Buat pilihan yang bijak.. Syukurlah dengan nikmat kesihatan yang tiada bandingannya..
 
Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday 26 November 2013

VIVIX Shaklee - Tonik Anti Penuaan


Salam. 


Bila disebut tentang penuaan, kita akan kaitkan dengan tua, kulit kendur, menggeleber dan semua perkara yang berkaitan dengan faktor usia yang semakin meningkat.
Semestinya kaum wanita lah yang paling risau dengan perubahan yang akan mereka tempuh apabila umur semakin meningkat. Kerisauan yang paling utama tentulah berkaitan dengan wajah kerana wanita sangat sinonim dengan kecantikan wajah.
 

Vivix adalah satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap sellular. Penyelidikan selama beberapa tahun telah dilakukan sebelum ianya ditemui. Malah jika dilihat di Amerika Syarikat sendiri, VIVIX kini merupakan satu fenomena yang mana setiap orang sangat berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya sebotol VIVIX kerana percayakan kesan yang akan diperolehi dari sebotol VIVIX ini. (Dengan izin Allah jua).
 
Apa beza VIVIX dengan produk-produk lain di pasaran hari ini?
VIVIX mampu menembus sehingga DNA kita untuk membaiki sel dengan lebih mendalam.
 
" Kerosakan DNA boleh menyebabkan berlakunya " kesalahan ejaan" dalam pangkalan genetik kita seterusnya  menyumbang kepada penyakit kanser" (petikan kata dari Mommy Lyna dalam blognya)
Oleh itu, kita hendaklah berusaha dari sekarang supaya "kesalahan-kesalahan ejaan" ini tidak berlaku dan seterusnya dapat mengelakkan dari di serang pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser.
 
Bahan-bahan yang terkandung di dalam VIVIX Shaklee
 

 

Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX juga telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting penuaan pada tahap sellular, iaitu:


 
Vivix juga membantu menjaga dan memulihara:

  • Kesihatan jantung
  • Otak
  • Sistem imunisasi
  • kesihatan sendi
  • Perlindungan antioksidan
  • Peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • Kesihatan & kesejahteraan menyeluruh badan
Ayu Raudhah merupakan antara pengguna VIVIX SHAKLEE

 
Tidak rugi menghabiskan wang anda untuk sebotol VIVIX Shaklee sebab kesannya amat baik.
Rawatlah sel kita hari ini sebelum terlambat.
Sayangi kesihatan kita. Sihat lebih baik sebelum sakit
 
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday 20 November 2013

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Alhamdullilah... Semakin Sihat & Cergas Walaupun Berpantang...


Salam buat semua pembaca Blog yang dikasihi..
Hari ini nak story sikit tentang Testimoni Set Berpantang Shaklee..
Siapakah yang telah menggunakan set ini?? Tentulah DIRI SAYA sendiri..
Al-maklumlah bila kita dah cuba dengan penuh yakin dan berkesan, Alhamdullilah bolehlah nak share dengan semua orang..
 



Alhamdullilah saya menggunakan set berpantang Shaklee sepenuhnya sewaktu berpantang anak kedua.
 
Antara kebaikan yang saya alami ialah:
  • Selepas 4 jam bersalin saya terus buang air besar.. Sangat terkejut. Sebab bersalin anak pertama (tidak menggunakan set bersalin Shaklee) 4 hari baru buang air besar itupun dengan bantuan ubat doktor untuk melembutkan najis. Najis lembut, tidak perlu meneran.. Sangat selesa.. Dan setiap hari saya akan buang air besar. Kebanyakan wanita berpantang paling takut nak buang air besar sebab takut meneran dan luka jahitan terbuka. Alhamdullilah dengan set berpantang Shaklee masalah SEMBELIT dapat diatasi.
  • Luka jahitan cepat baik. Luka dalaman dan luaran. Selepas seminggu Alhamdullilah, luka jahitan saya telah pulih. Berbanding masa anak pertama. Hampir dua minggu saya masih sakit dan hendak duduk pun rasa tak selesa sebab sakit.
  • Badan lebih bertenaga dan cergas walaupun dalam tempoh berpantang. Saya sendiri dapat rasakan seperti tidak berpantang sebab badan cergas dan bertenaga walaupun tidur tidak cukup di waktu malam sebab maklumlah baby akan bangun 2, 3 jam sekali untuk menyusu. Keesokan harinya saya tetap bertenaga dan masih dapat melayan kerenah anak pertama dalam masa yang sama.
  • Susu lebih banyak, meriah dan pekat. Alhamdullilah menyusukan anak kedua suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Saya juga banyak belajar dari pengalaman pertama menyusukan anak sulung. Alhamdullilah sejak hari kelima berpantang saya sudah mengepam susu untuk di buat stok, EBM. Saya merupakan ibu yang bekerja. Makanya EBM amat perlu untuk dibekalkan ke nursery selepas saya habis berpantang dan bekerja semula. Baby pun tak banyak ragam. Minum susu sikit dan cepat kenyang dan lena. Jadi saya mudah untuk mengepam dan membuat kerja-kerja yang lain.

Stok susu selepas 3 bulan. 250 botol..Syukur sangat .
(waktu ni tengah menyusun semula dari deep freezer ikut tarikh, First In First Out)


  • Bukan sahaja kesihatan saya lebih baik, malah kesihatan baby juga amat baik dalam tempoh berpantang. Berat baby saya cepat naik dan nurse juga puji sebab walaupun menyusu badan, berat baby naik cukup cantik. Sebab selalunya baby yang menyusu formula akan menjadi lebih tembam berbanding menyusu badan.
  • Mood sentiasa baik sewaktu berpantang. Dengan kata lain set berpantang Shaklee membantu mengelakkan meroyan. Meroyan merupaka keadaan di mana si Ibu berada dalam keadaan kemurungan, berasa sedih, adakala menangis, gelisah. Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormone selepas bersalin, keletihan dan tekanan. Set berpantang yang terdiri dari vitamin yang sesuai untuk ib selepas bersalin ini, sangat-sangat membantu membekalkan zat nutrisi yang hilang di samping menyeimbangkan semula hormone selepas bersalin.
  • Badan cepat turun. Siapa yang tak suka bila berat badan cepat turunkan?.. Dalam tempoh dua bulan saya dapat kurangkan sebanyak 12 kg daripada berat sewaktu mengandung. Alhamdullilah. Apa yang penting petua saya untuk cepat turun berat, amalkan pengambilan air masak yang banyak di samping terus menyusukan bayi saya ikut demand baby.
Sememangnya Set berpantang Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Vitamin ini tidak panas atau merbahayakan ibu dan bayi anda. Boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

# Ingin dapatkan maklumat mengenai penyusuan awal ibu selepas bersalin, teruskan pembacaan
DI SINI
 
Salam Sayang
Mama Adam & Ammar


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday 12 November 2013

Set Berpantang Shaklee - Mana Pilihan Anda??

" Saya sudah 37 minggu, tapi tidak tahu Set Berpantang mana yang perlu dipilih"... 


Salam
Menjadi lumrah ibu-ibu apabila sudah hampir saat-saat melahirkan kita sibuk dengan persiapan untuk membeli kelengkapan bayi.. Set Berpantang juga tidak kurang pentingnya terutama untuk si ibu di kala tempoh berpantang.



Set Bersalin Shaklee
Memori terindah sewaktu mendakap bayi
Ramai antara kita yang merasakan tempoh berpantang merupakan saat yang sungguh membosankan.. Mana taknya banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dan banyak juga makanan yang tidak boleh disentuh dalam waktu ini. Oleh itu, set berpantang yang sesuai dan terbaik menjadi perkara penting agar kita dapat menjalani tempoh berpantang ini dengan baik, sihat dan ceria.


Di sini terdapat 3 set Berpantang Shaklee yang disediakan khas untuk ibu-ibu selepas melahirkan.
 
SET ASAS
  • Vitalea - Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Oleh kerana ibu banyak kehilangan darah, ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang. Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • B-Complex- Menukarkan makanan kepada tenaga. Menjadikan si ibu yang berpantang kurang letih dan lebih bertenaga. Melawan tekanan / stress. Mencegah anemia.
  • Zinc kompleks - Mempercepatkan pemulihan luka samaada bersalin normal atau pembedahan. Penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnya. Kandungannya banyak terdapat dalam ikan haruan. Selain protin, ikan haruan kaya dengan zinc. Mempertingkatkan system imun. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
  • Sustained Release Vitamin C - Peningkatan system imun. Mencantikkan kulit. Kebiasaanya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam. Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama jeragat. Mempercepatkan pemyembuhan luka jahitan.
SET OPTIMUM
Sama seperti set asas.
Tambahan ESP +.Ostematrix (Kalsium& Magnesium)
  • Ostematrix: - Kalsium yang seimbang, kadar penyerapan 99%. Komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein ialah kalsium. Menguatkan tulang. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas yang selalunya si ibu yang melalui pembedahan terdedah untuk menjadi kebas serta kejang. Meringankan stress dan mengimbangi tekanan darah. Mengelakkan sembelit.Melegakan otot dan saraf si ibu.
  • ESP:- Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Membantu meningkatkan system imun dalam badan. Memberikan tenaga kepada si ibu. Protien diperlukan untuk menghasilkan hormone dalam badan. Penyusuan susu ibu berkaitan dengan 2 hormone iaitu Prolactine & Oxytocin.Protien ialah komponen penting selepas air. Kekurangan protein semasa pantang menyebabkan si ibu mengalami masalah penyusuan.
SET PREMIUM + SLIMMING
Sama seperti SET OPTIMUM


 Tambahan Lecithin & Alfalfa Complex

  • Lecithin:- Mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi Choline untuk kecerdasan akal. Si ibu yang mengambil lecithin semasa menyusu akan mengalirkan Choline yang sangat baik untuk otak dan kepada bayi yang menyusu. Lecithin membantu memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian halus dan memudahkan di emulsi dan membantu menurunkan berat badan.
  • Alfalfa Complex: - Alfalfa ialah tumbuhan yang mengandungi banyak kebaikan dan manfaat dalam kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim & fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lecithin dan akan di bawa keluar dari badan. Alfalfa juga merupakan galactagogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu.
Tambahan:
  1. Set bersalin/berpantang Shaklee boleh diambil sejurus selepas bersalin.
  2. Boleh diambil untuk Si Ibu yang bersalin normal atau pembedahan
  3. Membantu Si Ibu pulih dengan cepat dari luka bersalin / luka Episiotomi
  4. Membantu menambah darah dan memberi tenaga.
  5. Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  6. Selamat untuk ibu dan bayi yang mneyusu.
Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.. Untuk kebaikan, kesihatan & keceriaan ibu dan anak



 

Happy Confinement and Happy Breastfeeding Mommy...
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...