Wednesday 20 November 2013

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Alhamdullilah... Semakin Sihat & Cergas Walaupun Berpantang...


Salam buat semua pembaca Blog yang dikasihi..
Hari ini nak story sikit tentang Testimoni Set Berpantang Shaklee..
Siapakah yang telah menggunakan set ini?? Tentulah DIRI SAYA sendiri..
Al-maklumlah bila kita dah cuba dengan penuh yakin dan berkesan, Alhamdullilah bolehlah nak share dengan semua orang..
 



Alhamdullilah saya menggunakan set berpantang Shaklee sepenuhnya sewaktu berpantang anak kedua.
 
Antara kebaikan yang saya alami ialah:
  • Selepas 4 jam bersalin saya terus buang air besar.. Sangat terkejut. Sebab bersalin anak pertama (tidak menggunakan set bersalin Shaklee) 4 hari baru buang air besar itupun dengan bantuan ubat doktor untuk melembutkan najis. Najis lembut, tidak perlu meneran.. Sangat selesa.. Dan setiap hari saya akan buang air besar. Kebanyakan wanita berpantang paling takut nak buang air besar sebab takut meneran dan luka jahitan terbuka. Alhamdullilah dengan set berpantang Shaklee masalah SEMBELIT dapat diatasi.
  • Luka jahitan cepat baik. Luka dalaman dan luaran. Selepas seminggu Alhamdullilah, luka jahitan saya telah pulih. Berbanding masa anak pertama. Hampir dua minggu saya masih sakit dan hendak duduk pun rasa tak selesa sebab sakit.
  • Badan lebih bertenaga dan cergas walaupun dalam tempoh berpantang. Saya sendiri dapat rasakan seperti tidak berpantang sebab badan cergas dan bertenaga walaupun tidur tidak cukup di waktu malam sebab maklumlah baby akan bangun 2, 3 jam sekali untuk menyusu. Keesokan harinya saya tetap bertenaga dan masih dapat melayan kerenah anak pertama dalam masa yang sama.
  • Susu lebih banyak, meriah dan pekat. Alhamdullilah menyusukan anak kedua suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Saya juga banyak belajar dari pengalaman pertama menyusukan anak sulung. Alhamdullilah sejak hari kelima berpantang saya sudah mengepam susu untuk di buat stok, EBM. Saya merupakan ibu yang bekerja. Makanya EBM amat perlu untuk dibekalkan ke nursery selepas saya habis berpantang dan bekerja semula. Baby pun tak banyak ragam. Minum susu sikit dan cepat kenyang dan lena. Jadi saya mudah untuk mengepam dan membuat kerja-kerja yang lain.

Stok susu selepas 3 bulan. 250 botol..Syukur sangat .
(waktu ni tengah menyusun semula dari deep freezer ikut tarikh, First In First Out)


  • Bukan sahaja kesihatan saya lebih baik, malah kesihatan baby juga amat baik dalam tempoh berpantang. Berat baby saya cepat naik dan nurse juga puji sebab walaupun menyusu badan, berat baby naik cukup cantik. Sebab selalunya baby yang menyusu formula akan menjadi lebih tembam berbanding menyusu badan.
  • Mood sentiasa baik sewaktu berpantang. Dengan kata lain set berpantang Shaklee membantu mengelakkan meroyan. Meroyan merupaka keadaan di mana si Ibu berada dalam keadaan kemurungan, berasa sedih, adakala menangis, gelisah. Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormone selepas bersalin, keletihan dan tekanan. Set berpantang yang terdiri dari vitamin yang sesuai untuk ib selepas bersalin ini, sangat-sangat membantu membekalkan zat nutrisi yang hilang di samping menyeimbangkan semula hormone selepas bersalin.
  • Badan cepat turun. Siapa yang tak suka bila berat badan cepat turunkan?.. Dalam tempoh dua bulan saya dapat kurangkan sebanyak 12 kg daripada berat sewaktu mengandung. Alhamdullilah. Apa yang penting petua saya untuk cepat turun berat, amalkan pengambilan air masak yang banyak di samping terus menyusukan bayi saya ikut demand baby.
Sememangnya Set berpantang Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Vitamin ini tidak panas atau merbahayakan ibu dan bayi anda. Boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

# Ingin dapatkan maklumat mengenai penyusuan awal ibu selepas bersalin, teruskan pembacaan
DI SINI
 
Salam Sayang
Mama Adam & Ammar


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...