Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee. Show all posts

Wednesday, 29 October 2014

Bagaimana ESP membantu saya dalam Dunia Penyusuan

Penyusuan bukan sekadar menyusu sahaja, tetapi lebih kepada mencipta BONDING bersama anak..

Salam
Semua ibu sebenarnya mampu untuk menyusukan anak mereka..Jika tahu teknik dan ilmu penyusuan yang mencukupi InsyaAllah penyusuan anda dan bayi akan berjalan baik.
Bercerita berdasarkan pengalaman saya menyusukan 3 orang anak teruna, ESP Shaklee sangat-sangat membantu melancarkan dunia penyusuan saya.
 Kenapa ESP Shaklee???
  • mempercepatkan penghasilan susu ibu
  • membantu badan si Ibu menghasilkan susu yang lebih pekat dan berkrim yang menjadikan bayi cepat kenyang dan kurang meragam
  • Bonus untuk si Ibu - cepat berasa kenyang dan seterusnya membantu dalam penurunan berat badan.
  • membantu mempersiapkan badan si Ibu untuk penyusuan yang lancar sejurus selepas bersalin
  • menjadikan kulit muka dan badan cantik, halus dan berseri
  • membantu menghilang kesan rekahan selepas bersalin
  • memberi tenaga berpanjangan kepada badan dalam proses menghasilkan susu. Tidak mudah berasa letih,
  • meningkatkan sistem imun ibu dan bayi, kurang diserang penyakit.
Beza ESP dengan Soya yang lain???
  • ESP Shaklee ialah soya Non GMO soy iaitu soya yang cukup berkualiti dan dijaga pertumbuhannya secara semulajadi. Pemprosesannya pada suhu yang berkadaran dengan keperluan, tidak terlalu tinggi sehingga merosakkan zat kandungannya.
  • ESP Shaklee mengandungi Isoflavon
  • ESP Shaklee rendah Glisemik Index
  • ESP Shaklee bebas kolestrol dan gula
 
Kenapa Protien Penting Untuk Ibu menyusu???
  • Protien diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan. Penyusuan susu ibu berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolactine & oxytocin. Protien merupakan komponen utama susu selepas air. Kekurangan protein terutama dalam waktu berpantang menyebabkan si ibu sering mengalami kekurangan susu.  Ia juga membantu penyembuhan luka dengan cepat dan menyeluruh.
  • Set Menyusu Shaklee
Semoga menjadi anak yang Soleh..

Bagi anda yang sedang menyusukan atau bakal menyusukan bayi anda, cuba amalkan ESP dan anda pasti berpuas hati dengan hasilnya..
Jangan jadikan penyusuan sesuatu yang membebankan, tetapi jadikan ia pengorbanan kita sebagai seorang ibu untuk melahirkan insan yang berjaya dunia & akhirat..
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
  Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Sunday, 19 October 2014

ESP Shaklee RUGI Kalau Tak Cuba!!!

Salam

Kalau Tanya pada saya antara produk Shaklee yang paling banyak mendapat sambutan dan customer MESTI cuba, jawapannya ialah ESP - Energizing Soy Protien

Masa saya hamil anak pertama, saya begitu teruja minum soya sebab nak dapatkan kulit anak yang putih gebus.. Jadi setiap hari saya akan beli soya Tau fu yang panas di jual di pasar malam untuk dapatkan kulit anak yang gebu dan putih bersih. Tapi kini bila saya dah tahu, rupanya soya yang baik tidak elok dihidangkan dalam keadaan suhu yang tinggi (panas) sebab ia akan menghilangkan segala khasiat dalam soya tersebut.
 Siapa Yang Memerlukan ESP??
  1. Ibu Menyusu
  2. Ibu Hamil
  3. Lelaki /wanita yang ingin menurunkan berat badan secara sihat
  4. Sesiapa sahaja yang ingin kesihatan yang OPTIMUM
  5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan
  6. Mereka yang inin menghilangkan parut-parut di muka atau badan
  7. Mereka yang inginkan kulit yang cantik berseri serta halus mulus
  8. Wanita yang inginkan payudara yang anjal
  9. Sangat sesuai untuk warga emas
Apa Keistimewaan ESP SHAKLEE??
  • ESP Shaklee ialah Non GMO SOY iaitu SOYA yang cukup berkualiti dan dijaga pertumbuhannya secara semulajadi. Pemprosesannya pada suhu yang berkadaran dengan keperluan, tidak terlalu tinggi sehingga merosakkan zat kandungannya.
  • ESP Shaklee mengandungi Isoflavon
  • ESP Shaklee rendah Glisemik Index
  • ESP Shaklee bebas kolestrol dan gula
"Tidak kurang yang bercakap mengenai keburukan soya, tetapi selagi kita tidak mengambil secara berlebihan, InsyaAllah selamat. "
 
"Penyakit ibarat KEMALANGAN.... Manakala pengambilan vitamin ini ibarat tali pinggang keledar kereta. Bila kita memandu dan memakai tali pinggang keledar, mana ada jaminan kita akan selamat. ia cuma satu langkah dan usaha untuk mencegah jika terjadi apa-apa kesannya tidaklah seburuk mangsa yang tidak langsung memakai tali pinggang keledar."
 
"Sama macam makan vitamin.. tiada jaminan kita takkan jatuh sakit.. Tetapi sekurang-kurannya jika Allah beri kita ujian sakit, ia tidak seteruk mereka yang tidak mengamalkan apa-apa vitamin."
 
 
Bulan ni ada promo ESP..Jangan lepaskan peluang bagi anda yang sudah mencuba..
Bagi yang baru nak mencuba, tak rugi kalau grab 1 canister.. lebih pun tak pe. boleh buat stok sebab harga JIMAT...
 
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
  Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Thursday, 2 October 2014

Shaklee Gombak: Kenapa Kulit Bermasalah???


Salam
Semua orang baik perempuan mahupun lelaki inginkan kulit yang bersih dan cantik. Pendek kata. FLAWLESS.
Kulit yang bersih tanpa cela bermaksud kulit yang bebas dari Jerawat, parut, jeragat, kulit berminyak, kulit terlalu kering dan ton kulit yang tidak sekata. Ini semua merupakan kategori kulit yang bermasalah.
Sebelum kita mencerahkan kulit, kita perlu terlebih dahulu menyelesaikan masalah kulit ini.
Kita tengok dulu punca kulit bermasalah:
  • Membersihkan muka terlalu kerap
  • Picit jerawat
  • Makan makanan berminyak
  • Kurang minum air kosong
  • Diet makanan yang tidak seimbang
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Pemakaian alat solek terlalu tebal dan lama
Saya juga merupakan salah seorang yang pernah t mengalami masalah kulit sejak umur 23 tahun. Tetapi setelah mengenali Supplement Shaklee saya yakin bahawa kulit yang sihat bermula dari dalam. Kalau dalaman badan kita sihat, automatik kulit akan bersih dan tidak bermasalah.
Ini merupakan set asas untuk kecantikan
  • B-Complex: membantu mendapatkan ton kulit muka yang lebih sekata, membantu meningkatkan seri wajah, mengurangkan stress dan membantu mengurangkan masalah kelesuan mata,
  • Vitamin C: membentuk dan merangsang pembentukan kolagen dalam kulit, melambatkan penuaan, mengurangkan pigmen yang merupakan faktor pembentukan jeragat.
  • Vitamin E: tinggi anti-oksidan yang membantu melambatkan penuaan, memulihkan dan memudarkan parut-parut lama (boleh juga disapu terus pada bahagian yang bermasalah), mengurangkan kedutan, garis halus & bintik penuaan.
  • ESP: kaya dengan protein yang baik untuk kulit. Protien adalah makanan bagi sel yang membantu memulihkan sel yang bermasalah. Menjadikan kulit lebih cerah, gebu, halus dan berseri. Mengeringkan jerawat dan mengurangkan parut-parut akibat jerawat serta memudarkan jeragat. 
set kecantikan shaklee
Testimoni diri sendiri setelah 4 tahun dengan konsisten mengamalkan SUPPLEMENT SHAKLEE
 
Anda boleh lihat sendiri, dulu kulit saya berminyak di kebanyakan tempat, parut jerawat serta jeragat dan kulit gelap serta kusam. Alhamdullilah Set Kecantikan Shaklee banyak membantu saya menyelesaikan masalah saya ini. Hormon lebih seimbang dan jerawat dah tak keluar lagi. Syukur sangat.
SELAMAT TINGGAL KULIT BERMASALAH
Kalau anda berminat nak mencuba boleh hubungi saya.
Konsultasi percuma untuk anda setelah pembelian produk dengan saya
 
Salam Sayang
 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
  Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Tuesday, 20 May 2014

Pengedar Sah Shaklee Gombak: Turunkan Berat Badan: Pilihan Atau Paksaan?

"Badan dah naik lah.. Macam mana ni??

Salam
Bila badan dah naik, mulalah kita mengelabah kan...
Hehe. lumrah manusia..

Risau, susah tidur mengenangkan berat badan yang dah naik.
Tapi sebelum kita menurunkan berat badan, agak-agaknya KENAPA ye kita nak kuruskan badan???
  • Ada yang turunkan berat badan sebab nak sihat
  • Ada yang turunkan berat badan sebab nak menarik & cantik
  • Ada yang nak menurunkan berat badan sebab berat sekarang menghalang mereka melakukan aktiviti yang disukai
  • Ada yang ingin menurunkan berat badan untuk kelihatan lebih muda
  • Namun tidak kurang juga yang turunkan berat badan kerana terpaksa, mungkin atas nasihat doktor disebabkan faktor kesihatan.
Hakikatnya, biarlah apa pun alasan kita untuk turunkan berat badan, hanya kita sahaja yang tahu niat sebenarnya.
 
Proses menurunkan berat badan tak sama bagi setiap individu.
Ada yang jenis cepat turun, cepat pulak naiknya kalau tak jaga, ada juga yang lambat turun dan susah nak turun padahal dah usaha macam-macam cara.
Jadi kita tak boleh samakan diri kita dengan orang lain.
 
Tak de orang yang sanggup mengubah cara pemakanan dengan sendiri kalau bukan dengan sebab tertentu untuk menurunkan berat badan.
Kadang-kadang teguran pasangan, saudara mara atau kawan-kawan bila badan kita naik boleh menjadi satu motivasi untuk kita menurunkan berat badan.
Apa pun yang kita buat biarlah secara konsisten. Jangan minggu pertama kedua je bersemangat, lepas tu bila tak nampak perubahan dah GIVE UP..
 


Nak tahu lagi TIPS untuk membantu anda menurunkan berat badan??
Shaklee juga menawarkan PROGRAM DIET yang berkhasiat.. Tiada kesan YO-YO. Kejap turun kejap naik.
Lebih selamat & semulajadi. Tiada kesan sampingan.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia.

 Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649.
Shaklee ID : 830451
COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Thursday, 17 April 2014

Atasi GASTRIK dengan SHAKLEE

Anda sedang menderita AKIBAT GASTRIK??

Salam
Siapa yang pernah rasa sakit GASTRIK pasti tahu bagaimana sakitnya. Tanda Gastrik seperti sakit pedih ulu hati, sakit belakang, migrain, sakit perut dan sakit pinggang. Pakej lengkap betul kan GASTRIK ni. Pendek kata kalau sekali dan kena GASTRIK semua kerja tak boleh nak buat.

APA ITU GASTRIK??
Tekanan (stress) atau ransangan tindak balas kimia daripada ubat atau makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang mendapat gastritis atau dikenali sebagai GASTRIK.


Vitamin SHAKLEE untuk PESAKIT GASTRIK
  • Energizing Soy Protien (ESP): merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukos secara perlahan-lahan, maka asid perut akan sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelakkan masalah GASTRIK.
  • B-Complex: bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu atasi gastrik anda. B-complex juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh sistem saraf kita.
  • Ostematrix: membantu meneutralkan asid yang telah masuk ke dalam esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Vitamin Shaklee lebih semulajadi dan tiada bahan sintetik, pewarna dan perisa tiruan. Beralih kepada vitamin yang dapat mencegah daripada kita terus bergantung harap kepada PAIN KILLER yang bersifat sementara SAHAJA.
 
Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Tuesday, 21 January 2014

Cara Atasi Jerawat Dan Menghilangkan Parut

Kulit Anda Bermasalah?? Segan Bila Berdepan Dengan Orang Ramai??

Salam
Setiap kita mendambakan kulit yang sihat, bersih tanpa cela. Namun tidak semua dari kita memiliki kulit yang bersih. Pasti anda asyik membelek-belek wajah di cermin & memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi jerawat ini. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat dan ingin menghilangkan parut jerawat, saya akan bincangkan vitamin yang sesuai untuk anda dan yang paling penting tiada kesan sampingan.
Set Kecantikan Shaklee
Bagi yang sedang menghadapi masalah kulit berjerawat ini, jangan terus biarkan masalah anda ini berlarutan. Anda perlu berikhtiar supaya masalah ini dapat diatasi. Antara faktor yang menyebabkan masalah jerawat di kalangan wanita dan tidak kurang pula lelaki, ialah  faktor pemakanan, hormon yang tidak seimbang, kekurangan air dan stress juga boleh mempengaruhi pertumbuhan jerawat ini.


Set Shaklee untuk mengatasi masalah Jerawat:
B-Complex Shaklee:
  1. Membantu mendapatkan ton warna kulit yang lebih sekata
  2. Membantu meningkatkan seri wajah
  3. Membantu mengurangkan stress
  4. Membantu mengurangkan masalah keletihan mata
Sustained Release Vitamin C:
  1. Membantu mencantikkan wajah
  2. Melambatkan penuaan
  3. Menyekat pertumbuhan pigmen
  4. Memberi efek kulit yang lebih sekata, cerah, dan lembap.
  5. Sesuai untuk merawat jerawat di wajah dan tubuh badan.
Vitamin E:
  1. Mengurangkan kedutan, garis halus dan jerawat
  2. Mengurangkan parut jerawat dan bintik penuaan
  3. Membantu memulihkan tekstur kulit wajah
  4. Melambatkan penuaan
  5. Menyeimbangkan hormon dalam badan
  6. Mengurangkan pengeluaran sebum dari kulit wajah
ESP :
  1. Mengurangkan parut jerawat, jeragat, dan membantu proses anti-penuaan
  2. Kulit Nampak lebih halus, gebu dan berseri serta mengatasi masalah kulit kering
  3. Protein yang terbaik sebagai makanan sel dalam tubuh
  4. Membantu membaiki tisu yang rosak dan seimbangkan hormon yang tidak menentu
Adakah saya perlu mengambil semua vitamin di atas??
Jawapannya YA. Jika anda mahu kesan yang terbaik dan maksimum, semua vitamin di atas memang sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan seterusnya mengatasi masalah jerawat anda.

Jika budget saya tidak mengizinkan, apakah Vitamin yang saya perlukan dahulu??
Saya mencadangkan anda mengambil ESP untuk permulaan bagi mengatasi masalah ini




Rawatlah wajah dari dalam kerana bukan sahaja penjagaan wajah di luaran penting, malah dalaman juga tidak kurang pentingnya. Bila kulit sihat pastinya hidup lebih bermakna dan ceria.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday, 20 November 2013

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Alhamdullilah... Semakin Sihat & Cergas Walaupun Berpantang...


Salam buat semua pembaca Blog yang dikasihi..
Hari ini nak story sikit tentang Testimoni Set Berpantang Shaklee..
Siapakah yang telah menggunakan set ini?? Tentulah DIRI SAYA sendiri..
Al-maklumlah bila kita dah cuba dengan penuh yakin dan berkesan, Alhamdullilah bolehlah nak share dengan semua orang..
 



Alhamdullilah saya menggunakan set berpantang Shaklee sepenuhnya sewaktu berpantang anak kedua.
 
Antara kebaikan yang saya alami ialah:
  • Selepas 4 jam bersalin saya terus buang air besar.. Sangat terkejut. Sebab bersalin anak pertama (tidak menggunakan set bersalin Shaklee) 4 hari baru buang air besar itupun dengan bantuan ubat doktor untuk melembutkan najis. Najis lembut, tidak perlu meneran.. Sangat selesa.. Dan setiap hari saya akan buang air besar. Kebanyakan wanita berpantang paling takut nak buang air besar sebab takut meneran dan luka jahitan terbuka. Alhamdullilah dengan set berpantang Shaklee masalah SEMBELIT dapat diatasi.
  • Luka jahitan cepat baik. Luka dalaman dan luaran. Selepas seminggu Alhamdullilah, luka jahitan saya telah pulih. Berbanding masa anak pertama. Hampir dua minggu saya masih sakit dan hendak duduk pun rasa tak selesa sebab sakit.
  • Badan lebih bertenaga dan cergas walaupun dalam tempoh berpantang. Saya sendiri dapat rasakan seperti tidak berpantang sebab badan cergas dan bertenaga walaupun tidur tidak cukup di waktu malam sebab maklumlah baby akan bangun 2, 3 jam sekali untuk menyusu. Keesokan harinya saya tetap bertenaga dan masih dapat melayan kerenah anak pertama dalam masa yang sama.
  • Susu lebih banyak, meriah dan pekat. Alhamdullilah menyusukan anak kedua suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Saya juga banyak belajar dari pengalaman pertama menyusukan anak sulung. Alhamdullilah sejak hari kelima berpantang saya sudah mengepam susu untuk di buat stok, EBM. Saya merupakan ibu yang bekerja. Makanya EBM amat perlu untuk dibekalkan ke nursery selepas saya habis berpantang dan bekerja semula. Baby pun tak banyak ragam. Minum susu sikit dan cepat kenyang dan lena. Jadi saya mudah untuk mengepam dan membuat kerja-kerja yang lain.

Stok susu selepas 3 bulan. 250 botol..Syukur sangat .
(waktu ni tengah menyusun semula dari deep freezer ikut tarikh, First In First Out)


  • Bukan sahaja kesihatan saya lebih baik, malah kesihatan baby juga amat baik dalam tempoh berpantang. Berat baby saya cepat naik dan nurse juga puji sebab walaupun menyusu badan, berat baby naik cukup cantik. Sebab selalunya baby yang menyusu formula akan menjadi lebih tembam berbanding menyusu badan.
  • Mood sentiasa baik sewaktu berpantang. Dengan kata lain set berpantang Shaklee membantu mengelakkan meroyan. Meroyan merupaka keadaan di mana si Ibu berada dalam keadaan kemurungan, berasa sedih, adakala menangis, gelisah. Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormone selepas bersalin, keletihan dan tekanan. Set berpantang yang terdiri dari vitamin yang sesuai untuk ib selepas bersalin ini, sangat-sangat membantu membekalkan zat nutrisi yang hilang di samping menyeimbangkan semula hormone selepas bersalin.
  • Badan cepat turun. Siapa yang tak suka bila berat badan cepat turunkan?.. Dalam tempoh dua bulan saya dapat kurangkan sebanyak 12 kg daripada berat sewaktu mengandung. Alhamdullilah. Apa yang penting petua saya untuk cepat turun berat, amalkan pengambilan air masak yang banyak di samping terus menyusukan bayi saya ikut demand baby.
Sememangnya Set berpantang Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Vitamin ini tidak panas atau merbahayakan ibu dan bayi anda. Boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

# Ingin dapatkan maklumat mengenai penyusuan awal ibu selepas bersalin, teruskan pembacaan
DI SINI
 
Salam Sayang
Mama Adam & Ammar


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 12 November 2013

Set Berpantang Shaklee - Mana Pilihan Anda??

" Saya sudah 37 minggu, tapi tidak tahu Set Berpantang mana yang perlu dipilih"... 


Salam
Menjadi lumrah ibu-ibu apabila sudah hampir saat-saat melahirkan kita sibuk dengan persiapan untuk membeli kelengkapan bayi.. Set Berpantang juga tidak kurang pentingnya terutama untuk si ibu di kala tempoh berpantang.



Set Bersalin Shaklee
Memori terindah sewaktu mendakap bayi
Ramai antara kita yang merasakan tempoh berpantang merupakan saat yang sungguh membosankan.. Mana taknya banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dan banyak juga makanan yang tidak boleh disentuh dalam waktu ini. Oleh itu, set berpantang yang sesuai dan terbaik menjadi perkara penting agar kita dapat menjalani tempoh berpantang ini dengan baik, sihat dan ceria.


Di sini terdapat 3 set Berpantang Shaklee yang disediakan khas untuk ibu-ibu selepas melahirkan.
 
SET ASAS
  • Vitalea - Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Oleh kerana ibu banyak kehilangan darah, ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang. Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • B-Complex- Menukarkan makanan kepada tenaga. Menjadikan si ibu yang berpantang kurang letih dan lebih bertenaga. Melawan tekanan / stress. Mencegah anemia.
  • Zinc kompleks - Mempercepatkan pemulihan luka samaada bersalin normal atau pembedahan. Penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnya. Kandungannya banyak terdapat dalam ikan haruan. Selain protin, ikan haruan kaya dengan zinc. Mempertingkatkan system imun. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
  • Sustained Release Vitamin C - Peningkatan system imun. Mencantikkan kulit. Kebiasaanya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam. Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama jeragat. Mempercepatkan pemyembuhan luka jahitan.
SET OPTIMUM
Sama seperti set asas.
Tambahan ESP +.Ostematrix (Kalsium& Magnesium)
  • Ostematrix: - Kalsium yang seimbang, kadar penyerapan 99%. Komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein ialah kalsium. Menguatkan tulang. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas yang selalunya si ibu yang melalui pembedahan terdedah untuk menjadi kebas serta kejang. Meringankan stress dan mengimbangi tekanan darah. Mengelakkan sembelit.Melegakan otot dan saraf si ibu.
  • ESP:- Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Membantu meningkatkan system imun dalam badan. Memberikan tenaga kepada si ibu. Protien diperlukan untuk menghasilkan hormone dalam badan. Penyusuan susu ibu berkaitan dengan 2 hormone iaitu Prolactine & Oxytocin.Protien ialah komponen penting selepas air. Kekurangan protein semasa pantang menyebabkan si ibu mengalami masalah penyusuan.
SET PREMIUM + SLIMMING
Sama seperti SET OPTIMUM


 Tambahan Lecithin & Alfalfa Complex

  • Lecithin:- Mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi Choline untuk kecerdasan akal. Si ibu yang mengambil lecithin semasa menyusu akan mengalirkan Choline yang sangat baik untuk otak dan kepada bayi yang menyusu. Lecithin membantu memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian halus dan memudahkan di emulsi dan membantu menurunkan berat badan.
  • Alfalfa Complex: - Alfalfa ialah tumbuhan yang mengandungi banyak kebaikan dan manfaat dalam kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim & fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lecithin dan akan di bawa keluar dari badan. Alfalfa juga merupakan galactagogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu.
Tambahan:
  1. Set bersalin/berpantang Shaklee boleh diambil sejurus selepas bersalin.
  2. Boleh diambil untuk Si Ibu yang bersalin normal atau pembedahan
  3. Membantu Si Ibu pulih dengan cepat dari luka bersalin / luka Episiotomi
  4. Membantu menambah darah dan memberi tenaga.
  5. Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  6. Selamat untuk ibu dan bayi yang mneyusu.
Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.. Untuk kebaikan, kesihatan & keceriaan ibu dan anak



 

Happy Confinement and Happy Breastfeeding Mommy...
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday, 24 October 2013

Set Mighty 3 GEMS Shaklee

Nak Sihat?? Nak Cergas?? Nak Tenaga Segera??

Meal Shake, ESP, Performance Drink

Assalamualaikum semua.. Selamat bertemu kembali.. Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ini.. Rindu rasanya. Hampir 2 bulan.. Hari ini Puan Nurhanani kembali beraksi...hehe.. (macam ape je bunyinya)..
Oklah. Hari ini saya nk story skit tentang vitamin favourite saya yg tak kan miss minum every morning. Iaitu ESP (Energizing Soy Protien), PD (Performance drink) & MS (Meal Shake)
Gambar kat atas ni mmg power kan.. Semua orang nak sihat, cergas and kalau boleh nak jadi macam super women. Al-maklumlah sebagai isteri dan ibu dan bekerjaya lagi kita kadangkala cepat sgt letih dan capek (bahasa Indo) setelah seharian bekerja. Set mighty 3 GEMS ini membantu anda untuk kekal cergas menguruskan kerja pejabat kemudian menguruskan kerja-kerja rumah.
Apa kata kita check out  kebaikan & manfaat setiap vitamin dalam Set Mighty 3 GEMS ini..
 
ESP (Energizing Soy Protien)
  • ESP memberikan tenaga segera di samping memberi khasiat kalsium dan B-complex.
  • Protien berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dapat membantu mengekalkan otot, membaiki tisu dan fungsi enzim dan hormone yang teratur
  • Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
  • Membantu menyokong system imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • Sesuai untuk ibu menyusu, ibu mengandung, lelaki dan perempuan serta warga tua.
PD (Performance Drink)
  • Membantu meningkatkan daya tahan badan dan membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting, memberi tenaga pada otot dan paras bendalir yang diperlukan bagi penghidratan yang wajar.
  • Ia bukan Milk Booster @ minuman penambah susu, sebalikya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar kita kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.
  • Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan dengan kestabilan gula dalam darah.
  • Budak demam elok diberikan PD kerana biasanya budak demam tiada selera makan dan minum maka PD membantu mencegah dehydration.
MS (Meal Shakes)
  • Minuman berasaskan susu ini digemari kanak-kanak kerana berperisa vanilla.
  • Ia membekalkan multivitamin & mineral dalam setiap hidangan yang baik untuk tumbesaran anak kita.
  • Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting yang perlu untuk tubuh.
  • Kaya dengan kalsium dan fibre serta protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Pemakanan yang praktikan kerana penyediaan mudah dan bagus utk mereka yang "always on the go". Kandungannya lengkap dan membekalkan nutrient keperluan harian.
Mighty 3 GEMS

 Tak rugi jika anda memiliki dan mengamalkan Mighty 3 GEMS ini. Saya sudah mengamalkannya hampir 3 tahun. Meal Shakes juga saya berikan kepada anak-anak saya, Alhamdullilah kesihatan lebih bermakna.. Laburlah sedikit wang untuk diri sendiri dan orang-orang yang tersayang. Mencegah lebih baik dari merawat..
 
Semoga bertemu kembali di lain entry
Wasalam
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday, 31 July 2013

Ibu Mengandung: Vitamin apa yang sesuai diambil

There's Nothing Better Than Being Called  MOMMY!!

 
Salam
Saya doakan kalian semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat menjalani ibadah puasa dan terus meningkatkan amalan sebanyaknya. InsyaAllah.

Set Vitamin Ibu HAmil Shaklee
I'm Expecting

 
Tidak dinafikan, vitamin merupakan makanan tambahan yang amat diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi oleh si ibu dalam diet seharian mereka. Bagi ibu mengandung terutamanya, ada beberapa vitamin yang disarankan untuk diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup dengan keperluan zat.
 
Vitamin Apa Yang Perlu??
 
 Vitamin yang perlu diambil oleh ibu mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, B-complex, yang lengkap dengan Folik Asid, Vitamin C, Kalsium dan Omega.


Fungsi Setiap Vitamin

 Secara ringkasnya, kepentingan setiap vitamin adalah seperti berikut:
  • Protien: untuk membina sel. Sel terbina daripada protein. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi: demi memastikan sel mendapat semua vitamin yang penting dalam membentuk organ. Zat besi sangat penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-complex: penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C: pembentukan kolagen dan membentuk system antibody
  • Kalsium: pembinaan sel darah merah serta tulang bayi yang sempurna
  • Omega: membantu pembentukan sel otak
 Harus diingat, ada beberapa vitamin yang tidak disarankan diambil semasa mengandung. Antaranya ialah
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
(dapatkan nasihat doctor jika diperlukan).
Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal-awal kehamilan, imunisasi si ibu memang rendah kerana memberi laluan kepada bayi untuk membesar dalam rahim. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksidan boleh menyebabkan risiko keguguran pada janin. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sahaja sejurus selepas si ibu disahkan mengandung bagi menjaga janin dalam kandungan.
 
#credit to Pn Norita Idris
 
Sebelum anda membeli apa jua vitamin, dapatkan nasihat dan konsultasi dari pengedar yang sah agar pengambilan vitamin memberi kesan yang optimum dan terbaik buat anda dan bayi.
 
Set Vitamin Ibu Mengandung untuk tempoh 9 bulan kehamilan
 
 Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday, 22 July 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul

Kenapa saya makan Vitamin ni tak nampak kesannya?? Vitamin ni tak baguslah...

Salam.
Adakalanya kita sering menyalahkan sesuatu perkara oleh kerana kita tidak tahu perkara yang sebetulnya.. Ada sesetengah individu yang mengambil vitamin, tetapi tidak tahu cara memakan vitamin dengan betul. Alhamdullilah, jika anda mendapatkan vitamin dari saya @ Motherhood Store atas setiap pembelian, saya akan menerangkan kepada anda jadual dan tips makan vitamin dengan betul. Tak nak lah kita menyalahkan produk Shaklee hanya kerana cara kita memakan vitamin yang tidak betul.
 
Tips makan Vitamin Shaklee
 
1.  Energizing Soy Protien (ESP)
 Diambil pada waktu pagi sewaktu perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding pada waktu lain. Maka semua asid amino dapat diserap dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin berdiet, boleh diambil antara waktu makan. Contohnya, antara waktu sarapan pagi ke makan tengahari. Ini dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan kerana ESP membantu kita rasa lebih kenyang.
 
 
2. Alfalfa
Jangan diambil bersama dengan Vitamin E @ GLA. Vitamn E akan dihalang oleh Alfalfa dari diserap dengan baik. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah Vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat suka serap lemak. 


 
3.   Ostematrix (Kalsium)
Disarankan diambil sebelum tidur. Jangan diambil bersama iron (Vitalea / Multivitamin with iron Formula)
 
 4.   Sustained Release Vitamin C
Jika demam boleh diambil 2 biji sehari. Patahkan dahulu vitamin sebelum ditelan.
 
5.   Vitalea
Jangan diambil dengan minuman bersusu atau sumber kalsium lain seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix akan menganggu efisiensi penyerapan zat besi dalam Vitalea.
 
6.   Vitamin Larut Lemak ( A, D, E & K)
Vitamin ini perlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Disarankan diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak.
 
7.  Jangan diambil vitamin bersama minuman berkafein atau air berkarbonat kerana akan mengurangkan kadar penyerapan supplement secara efisiensi. Jika hendak minum juga, ambil setengah jam sebelum atau selepas makan vitamin.
 
Travel kit untuk penyimpanan Vitamin
 
 8. Jika anda travel dalam tempoh masa tertentu, jangan abaikan pengambilan vitamin. Sediakan Travel Kit untuk penyimpanan vitamin anda agar vitamin tetap di makan setiap hari walaupun kita travel. Travel Kit ini biasanya di jual di farmasi dalam pelbagai bentuk dan corak pilihan.

9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan.

Semoga tips yang saya kongsikan, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih samar-samar untuk memakan vitamin dengan betul.
 
Berminat mendapatkan vitamin..
 
Salam Sayang
 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tips Mengatasi Morning Sickness Bagi Wanita Hamil

  " Tahniah!!! Puan Hamil 6 Minggu"

 
 
Salam
Alhamdullilah.... Saat kali pertama dikhabarkan hamil, pastinya perasaan gembira yang tidak terkata.. Rasanya nak beritahu satu dunia yang kita bakal bergelar ibu.. Begitulah jua perasaan saya kali pertama hamil.. Syukur atas segala nikmat ALLAH..
Namun, bagi sesetengah ibu yang hamil, morning sickness seolah-olah tidak dapat dipisahkan. Namun ada juga yang tidak pernah mengalami morning sickness. Namun, janganlah kita stress atau takut untuk menghadapinya fasa ini. Inilah saat terindah yang mesti kita lalui, sebelum bergelar ibu. Morning Sickness biasanya datang pada trimester pertama (3 bulan pertama). Kadang-kala ia boleh berlaku dalam tempoh yang lebih panjang, trimester kedua dan sehingga trimester ketiga. Ia bergantung pada setiap individu, malahan ada yang berlanjutan sehingga saat-saat melahirkan.
 
Vitamin Ibu hamil


Faktor Yang Menyebabkan Morning Sickness
  1. Progesteron menyebabkan otot menjadi lebih relaks, termasuk otot system pencernaan. Makanan akan berada lebih lama dalam system pencernaan dan boleh menyebabkan "angin". Ia juga menghantar isyarat "muntah" kepada otak.
  2. Masalah kelenjar tiroid yang membawa kepada hyperemesis gravidum. Keadaan ini menyebabkan ibu hamil mengalami muntah yang teruk sehingga badan menjadi kering dan perlu mendapat rawatan di hospital. Banyak sebab hyperemesis gravidum ini. Antaranya ialah masalah tiroid dan mempunyai cyst dalam uterus.
  3. Keperluan nutrisi seorang ibu hamil meningkat. Adakah perlu seorang ibu hamil makan dengan banyak?? Makan banyak itu mungkin betul, tetapi bukan makan nasi perlu bertambah sehingga 3 pinggan. Kita kena faham keperluan badan dengan keperluan perut. Makan lebih kerap tapi dalam kuantiti yang berpada. Badan perlukan nutrisi lebih sewaktu hamil.
Oleh itu, ibu yang hamil memerlukan:
  • Vitamin atau makanan tambahan yang mudah diserap dan diurai oleh tubuh.
  • Zat-zat seperti kalsium, Vitamin B, zat besi, protien dan lain-lain lagi diperlukan sehingga 2 kali ganda lebih semasa hamil.
Ciri-Ciri Vitamin Untuk Ibu Hamil:
  • Vitamin tersebut perlulah diproses secara semulajadi. Mengandungi nutrient penting yang kadangkala tidak dibekalkan oleh klinik. Sebagai contoh, kebanyakan klinik membekalkan asid folik, namun bukan sepenunhya keperluan Vitamin B.
  • Tiada bahan-bahan sintetik terutama pewarna dan perasa tiruan. (Cuba genggam vitamin yang anda ambil sekarang, adakah warnanya melekat pada tangan?? Itu tandanya ada pewarna tiruan!!.
  • Vitamin yang mudah dicerna oleh tubuh dan tiada kesan sampingan.
Vitamin Shaklee untuk Ibu Hamil:

Set Vitamin Shaklee Untuk Ibu Hamil

  1. Vitalea With Iron Formula (Vitalea)
  2. B-complex with Folic Acid
  3. Sustained Release Vita-C 500mg
  4. Ostematrix (kalsium)
  5. Energizing Soy Protien (ESP)/ Meal Shake
  6. Omega Guard ( Untuk kandungan 4 bulan ke atas)
 
Kehamilan suatu fasa yang sangat indah. Tempohilah dengan rasa gembira kerana anda bakal bertemu dengan si Comel yang menanti anda sebagai seorang IBU..
 
Salam Sayang
 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday, 18 July 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Dah Kenal...Hmmmm...Terus jatuh Cinta..

 
Salam Ramadhan.
Kebelakangan ini banyak terima feedback dari customer yang dah makan vitamin Shaklee, Rata-ratanya amat berpuas hati dengan kesan positif terhadap mereka. Alhamdullilah. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua.. Amin..
Hari ini nak citer sikit, macam mana saya mula-mula mengenali Shaklee dan makan vitamin ni.. Selepas melahirkan anak pertama saya memang sudah menyimpan niat untuk menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Maka banyaklah persiapan yang dilakukan bermula dari kelengkapan penyusuan dan seterusnya ilmu breastfeeding. Alhamdullilah pra pertama penyusuan berjaya ditempuh iaitu 6 bulan pertama menyusu sepenuhnya. Waktu tu memang dah naik kerja, so setiap hari berhempas pulas mengepam susu di tempat kerja untuk simpanan EBM anak di nursery keesokan harinya. Selepas 6 bulan, saya perhatikan susu saya semakin merosot, badan pula makin tak bermaya. Mana taknya, pulun mengepam, balik rumah nak direct feeding baby lagi, nak masak, uruskan rumahtangga dan macam2 lah kerenah birokrasi.. hehe… Mood pun tak menentu je.. setiap kali mengepam asyik fikir susu cukup ke untuk baby ni, akhirnya susu pun makin berkurangan..
Waktu tu saya ada join forum susu ibu.com. Waktu tengah mencari solusi untuk masalah saya ni, saya pun terjumpa dengan izin Allah, orang yang menjual vitamin Shaklee. Vitamin ini katanya dapat membantu tubuh si ibu lebih bertenaga dan dapat mengepam dan menyusukan baby dengan lebih baik. Bermula dengan set trial, saya mengambilnya selama sebulan. Apa yang saya perhatikan, saya lebih bertenaga. Hmmm... Memang best.. Badan tak rasa penat walaupun selepas mengepam atau menyusukan baby. Boleh buat kerja di pejabat, dan sambung pula dengan kerja-kerja di rumah. Alhamdulillah.. Terima Kasih kepada Kak Norita Idris kerana memperkenalkan dengan Shaklee dengan izin Allah. Bertitik tolak daripada itu, saya pun mencuba pelbagai lagi vitamin Shaklee yang dapat meningkatkan tahap kesihatan saya dan keluarga.
 
Antara vitamin yang saya amalkan, ESP, B-complex, Vit C, ostematrix, Vitalea, GLA/Vitamin E, Alfalfa, Meal Shake, Performance Drink & Nutriferon (seminggu sekali untuk boost immune system). Bila orang tengok mesti kata " mesti keluar duit ratus-ratus ni nak maintain makan vitamin setiap bulan?" Pada pendapat saya pula, saya lebih rela berhabis beratus ringgit untuk keperluan vitamin ini daripada keluar duit beratus ringgit apabila sudah sakit untuk keperluan ubat di hospital.. Hakikatnya, vitamin Shaklee tidak mahal dan sangat jimat. Ini kerana ada sesetengah vitamin yang boleh digunakan sehingga 3 bulan. Jadi tidak semestinya kita perlu membelanjakan ratusan ringgit pada setiap bulan. Vitamin-vitamin ini juga saya makan bersama suami tercinta. Tak naklah kita sorang je sihat.. Kesihatan suami perlu juga di jaga. Anak-anak juga tidak dilupakan. Saya akan pastikan mereka akan mengambil Meal Shake dan Omega Guard untuk meningkatkan tahap kesihatan.
Keputusan di tangan anda. Kita sahaja yang boleh mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat dan baik. Tidak salah membelanjakan sesuatu untuk kesihatan orang tersayang dan lebih baik di cegah sebelum keadaan menjadi parah.. Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Maka ia selamat digunakan untuk semua peringkat usia.
Keluarga adalah segalanya bagi saya
Jika anda berminat mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee untuk pelbagai kegunaan kesihatan, jangan malu-malu, jangan segan-segan, boleh berhubung dengan saya
  • Facebook: Nurhanani Hanani
  • Page: Motherhood Store
  • Whatsaap: 017-7724649
Salam Sayang
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday, 11 July 2013

Cara Minum ESP Shaklee Dengan Betul & Berkesan


Salam.
Alhamdullilah, telah 2 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia. Pastinya bulan ini kita berusaha meningkatkan ibadah kepada yang maha Esa dengan ganjaran yang berlipat kali gandanya.. Mudah-mudahan segala usaha kita diterima Allah ..Amin.
 
Berbalik pada topik kita hari ini, saya nak ceritakan tentang ESP Shaklee yang sangat tinggi permintaannya. Boleh dikatakan hamper setiap bulan ada saje customer saya yang order ESP. Buat pengetahuan semua ESP ni memang produk best Seller dan ON Demand. Bagi yang sudah mencuba, pastinya jatuh cinta dan berpuas hati dengan hasil dari penangan ESP ni.
Bagi yang masih baru dalam dunia Shaklee, jom saya kenalkan dengan ESP ni.
 
ESP Shaklee-best seller
Satu Canister ini boleh tahan dalam 2 bulan. Ia berbentuk serbuk


 APA DIA ESP??
  •  Energizing Soy Protien (ESP) adalah salah satu produk Shaklee yang telah mendapat pengiktirafan di seluruh negara kerana telah menjalani ujian klinikal yang paling banyak. Satu-satunya kandungan dalam ESP hanya kacang soya non-GMO ( tidak diubah secara genetik). Ianya dibuat dari protein tumbuh-tumbuhan yang berkualiti tinggi.
  • Kacang soya ini diproses diproses di bawah suhu yang rendah.
  • Setiap 1 kg ESP adalah dari 30kg kacang soya. (menarik!!)
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan ESP juga merupakan produk tunggal di pasaran yang mengandungi 9 asid amino penting. 9 asid amino penting ini tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan sendiri dan ia sangat sesuai diambil oleh semua golongan tua atau muda, wanita atau lelaki.
  • Kandungan protein dalam kacang soya adalah 2 x ganda daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu.
  • ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang lebih rendah dan mudah diserap oleh badan.
  • Ia juga adalah makanan yang berindeks glisemik rendah yang menghasilkan tenaga berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama.
Kebaikan dan Manfaat ESP
  1. Kulit lebih cantik berseri dan awet muda
  2. Menghilangkan parut. Parut terjadi kerana kekurangan protein untuk membantu membentuk sel baru yang sihat bagi menggantikan sel yang telah mati.
  3. Memberikan tenaga dan badan yang lebih sihat, kurangkan keletihan.
  4. Membantu menurunkan berat badan. Bagus untuk mereka yang sedang berdiet kerana cepat berasa kenyang jika mengambil ESP.
  5. Membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu dan sebagai Milk Booster.
  6. Membantu perkembangan fetus dan memastikan kesihatan ibu hamil di tahap yang optimum.
  7. Membantu menganjal dan mengembalikan kecantikan payudara.
  8. Membantu meningkatkan fungsi prostat lelaki.
  9. Meningkatkan memori
Ramai di kalangan customer yang bertanyakan cara untuk minum ESP.  ESP ni dalam bentuk serbuk, seharusnya dibancuh dengan air suam / milo/ juice dll. Jom saya terangkan.
 
CARA MINUM ESP
  • ESP dengan air suam: Boleh dibancuh seperti biasa dengan air suam.
  • ESP  + fresh milk ( kotak / susu tepung). Saya pernah cuba. Memang lazat & berkrim.Yummy!
 
 
  • ESP + Milo
  • ESP + Twister Oren
  • ESP + Anmum
  • ESP + buah-buahan kegemaran dan diblend bersama.
  • ESP + Horlicks
  • ESP + Meal Shake + Performance Drink ( ini memang favourite saya) Set Tripple Gem. Memberikan tenaga berpanjangan terutaman di bulan puasa. Amat bagus untuk ibu hamil dan menyusu.
Cadangan Sukatan & Waktu Minum
 
  • 1 sudu besar ESP + air kegemaran ( 1 atau 2 kali sehari pagi dan malam)
  • untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan, minum ESP antara waktu makan supaya lebih kenyang.
TIPS
  •  Jangan membancuh ESP dengan air panas, minuman berkafein atau bikarbonat kerana akan merosakkan nutrisi di dalam ESP
  • Jangan ambil lebih dari 3 sudu sehari kerana akan membebankan ginjal
  • Gunakan shaker untuk mengoncang ESP untuk lebih mudah larut.
 
Banyak sebenarnya khasiat ESP ini bukan sahaja untuk diri sendiri, malah seisi keluarga boleh menggunakannya. Jadi, jangan tunggu lagi!! Dapatkan ESP sekarang... Berminat boleh berhubung dengan saya untuk konsultasi percuma dengan setiap pembelian. 
Selamat berpuasa.
 
Salam Sayang
 

 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...