Tuesday, 23 July 2013

6 Tips Penyusuan Awal Bayi

Adakah anda tahu bahawa pengalaman penyusuan di hospital selepas bayi dilahirkan boleh memberi kesan kejayaan anda?

Salam.
 
set penyusuan ibu Shaklee
Beberapa tips untuk membantu ibu-ibu mendapatkan permulaaan penyusuan yang baik.

 
1.  Mengikut pengalaman, jika anda bersalin di hospital kerajaan, sejurus selepas melahirkan, anda perlu terus menyusukan bayi. Berbeza dengan hospital swasta. Kedua-dua anak saya bersalin di hospital swasta. Anda perlu meminta supaya bayi diletakkan kulit ke kulit pada dada anda sejurus selepas bayi dilahirkan. Ini dinamakan "Golden Hour." Bayi disarankan agar kekal kulit ke kulit dengan anda sehingga saat pertama anda menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya satu jam pertama selepas bayi dilahirkan.

 
2.Teruskan menyusukan bayi setelah dilahirkan mengikut keperluan bayi. Lagi kerap bayi disusukan pada awal kelahiran, lagi banyak susu anda. Pastikan bayi mendapat Kolostrum. Kolostrum merupakan cecair yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Kolostrum merupakan cecair yang bewarna kuning di dalam botol di sebelah kiri. Manakala botol sebelah kanan merupakan susu ibu yang sudah matang.
 
Apakah sifat cecair EMAS ini?
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak- kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

 
3.Pastikan bayi berada di dalam bilik bersama anda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu baru tidak mendapat tidur yang lena jika menghantar bayi kembali ke nurseri.

 
4.Breastfeeding tidak menyakitkan!! Jika anda merasa sakit, ia selalunya dikaitkan dengan lekapan bayi pada B tidak betul atau ia mungkin boleh menjadi isu dengan mulut bayi atau puting ibu (Inverted Nipple). Minta bantuan jururawat atau doktor agar lekapan bayi pada B si ibu  betul dan penyusuan dapat berlangsung dengan baik.

5.Bagi ibu baru yang pertama kali menyusukan bayi pastinya bimbang bahawa anda tidak mempunyai susu yang cukup. Ingat bahawa perut bayi anda adalah kecil. Sekecil biji guli. Bayi anda akan mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan umurnya. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula apabila anda mendapati berat bayi  tidak memuaskan, maka cara ini hanya akan menyebabkan pengurangan susu ibu. Anda boleh mengambil alternatif dengan mengambil lebih makanan yang tinggi protein untuk mendapatkan susu ibu yang lebih berlemak.

 
6.Kebanyakan hospital tidak menggalakkan penggunaan puting. Puting yang diberikan terlalu awal boleh mengganggu penyusuan. .

 
7. Sebelum anda pulang ke rumah, pastikan anda tahu bagaimana untuk meminta bantuan sekiranya ada masalah berkaitan dengan penyusuan. Berbincang dengan doktor atau berjumpa dengan pakar Laktasi.
Selepas melahirkan, pastinya anda berpantang dengan baik dan betul, Teruskan penyusuan tanpa syarat agar bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Shaklee menyediakan Set Berpantang dan Set Penyusuan untuk ibu-ibu yang memerlukan vitamin untuk menjamin kesihatan yang lebih optimum..
Set Berpantang Shaklee. Badan lebih sihat bertenaga


Set Penyusuan untuk kesihatan ibu dan si comel
 
Berminat mendapatkannya?? Konsultasi percuma dengan setiap pembelian produk.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...