Tuesday 2 July 2013

Penyusuan Di Bulan Ramadhan

Selamatkah menyusu bayi jika saya berpuasa??

Adakah cukup susu saya untuk bayi jika saya berpuasa??


Salam.
 
penyusuan susu ibu
 
 
Tidak lama lagi bulan Ramadhan akan menjelang tiba. Bulan yang penuh barakah dan sangat mulia untuk umat islam menjalankan ibadah.
Penyusuan juga satu ibadah.
 
Daripada Anas Bin Malik Al-ka'bi, bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah SWT telah meringankan bagi musafir dalam ibadat puasa dan separuh dari solat dan bagi wanita hamil dan menyusui (ia meringankan ) puasa."

Hakikatnya, puasa tidak memberi kesan negatif kepada penyusuan.
Ibu yang menyusu masih boleh berpuasa seperti biasa selagi masih mengikut konsep penyusuan yang betul maka tiada masalah susu berkurangan atau sebagainya.
Konsep Demand vs Supply perlu dititikberatkan dalam penyusuan ini. Si ibu perlu konsisten memastikan payudara dikosongkan samaada secara penyusuan terus dengan bayi atau mengepam dengan konsisten sewaktu tidak bersama bayi.
 
Di sini saya titipkan beberapa tips untuk ibu-ibu yang masih baru dalam dunia penyusuan, bagaimana untuk menyusu sewaktu berpuasa.
 
1. Pengambilan Air
 

 
 Ambil perhatian terhadap pengambilan air sewaktu berbuka dan sahur. Jangan pandang ringan pengambilan air.. Ini perkara utama. Elakkan dehidrasi. Minum 2-3 L air dari waktu berbuka sehingga waktu bersahur. Jika si ibu kurang minum air, maka penghasilan susu akan terganggu. Minuman air bergaram mengembalikan keseimbangan bendalir dalam badan yang terhidrat Hal ini disebabkan garam penting dalam mengembalikan kandungan sodium & potassium dalam tubuh. Saya mencadangkan pengambilan "Performance drink. Performance drink merupakan minuman campuran elektrolit OPTY-LYTE proprietary dengan campuran unik yang dapat memberikan tenaga segera dan berkesan bagi menyokong hidrasi optimum.
tips penyusuan
 
 2.  Jangan abaikan sahur 
Jangan tinggal waktu bersahur. Makan makanan yang kaya protein. Kurangkan makanan bergoreng dan berminyak kerana boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil. Lambatkan waktu bersahur kerana disamping mendapat pahala bersahur si ibu dapat menikmati waktu bersahur dengan lebih sempurna.

3.   Elakkan minuman berkarbonat dan kafein

 
Si ibu digalakkan minum air yang banyak sewaktu berbuka dan bersahur. Tetapi hindari pengambilan minuman berkarbonat yang tinggi kandungan gula. Sama juga halnya dengan minuman berkafein. Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu jika di ambil berlebihan.
 
4.  Penyusuan terus dan mengepam secara konsisten
Bagi ibu yang bekerja, anda digalakkan meneruskan sessi mengepam seperti biasa, 2-3 jam sekali.
Kerapkan penyusuan terus kepada bayi di waktu malam. Digalakkan juga mengepam sambil menyusu (Tandem Pumping) di waktu malam kerana waktu ini penghasilan susu amat banyak.
 
5. Segerakan Waktu Berbuka
Jika anda ibu yang bekerja, adakala perjalanan ke rumah mengambil masa yang lama ditambah pula dengan "jem". Sediakan kurma dan air untuk anda berbuka di dalam kereta. Ini bagi membekalkan tenaga selepas seharian berpuasa.
 
6. Kurangkan stress
Hindari dari tertekan disebabkan bebanan kerja di pejabat atau rumah. Tenangkan fikiran agar penyusuan dapat berjalan dengan baik. Kurangkan membuat kerja yang terlalu berat bagi mengelakkan keletihan yang terlampau.
 
7.   Pengambilan Vitamin
Vitamin yang baik dapat menyokong penyusuan susu ibu. Badan si ibu lebih bertenaga walaupun berpuasa. Jika si ibu terlalu letih, mana mungkin penyusuan dapat diteruskan
 


 
8.   Niat dan Berdoa
Apa pun yang kita lakukan, mulakanlah dengan niat dan doa yang baik..Penyusuan susu ibu merupakan amalan yang mulia. Tanamkan dalam diri dan fikiran bahawa susu kita sentiasa cukup untuk bayi. InsyaAllah, segalanya akan berjalan baik dan lancar.
 
 
Selamat menyambut bulan Ramadhan, selamat berpuasa dan selamat menyusukan bayi comel anda..

Salam Sayang
 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...