"Sorry, saya takut nak consume B-complex, kerana ia menggemukkan"
Salam
Alhamdullilah syukur atas segala nikmat kurniaan Allah.
Selalu kan kita dengar ayat di atas.. B-complex menggemukkan, selera makan bertambah. Maka ramai yang takut dengan pengambilannya. Jom, kita check, betul ke B-complex ni boleh menggemukkan..
Kadang kala apabila kita ke farmasi kita akan terjumpa dengan vitamin yang di label B-complex tetapi kandungan vitamin B di dalamnya tidak mencukupi sehingga 8 jenis vitamin B.
Hubungan antara Vitamin B dengan berat badan
Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan vitamin B-complex. Vitamin B-complex adalah sangat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga.
Vitamin B-complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarnya kepada glukos. Vitamin B-complex juga merupakan asas tenaga kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-complex saling bekerjasama dan amat penting untuk kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B secara serentak pada masa yang sama. Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait rapat tetapi ia hanya akan berlaku apabila kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-complex.
Vitamin B-complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan Vitamin B iaitu:
- Thiamin (B-1)
- Riboflavin (B-2)
- Niacin (B-3)
- Pantothenic Acid (B-5)
- Pyridoxine (B-6)
- Folic Acid (B-9)
- Cobalamin (B-12)
- Biotin
Setiap kumpulan B mempunyai fungsi tertentu. Maka pengambilan 8 kumpulan B yang sempurna dapat melengkapi keperluan tubuh badan seseorang.
Sesetengah dari kita sering berfikir bahawa pengambilan vitamin B boleh menggemukkan kerana vitamin B akan menyebabkan seseorang cepat lapar. Apabila kita lapar kita akan makan dengan banyak. Mengapa pula ada sesetengah individu yang makan sebanyak mana pun, badan tetap maintain. Ini pula dikaitkan dengan kadar metabolisme yang tinggi. Badan akan cepat mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak disimpan dalam badan.
B-complex membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos kepada tenaga. Berat badan bertambah apabila banyak karbohidrat, lemak, gula dalam badan yang di ambil hanya disimpan dalam badan. Kekurangan Vitamin B-complex dalam badan yang berfungsi sebagai pencetus pembakaran glukos atau karbohidrat kepada tenaga tidak diambil dengan sempurna.Maka penambahan berat badan akan berlaku.
Apabila keperluan Vitamin B dalam badan sudah mencukupi, InsyaAllah pembakaran glukos kepada tenaga akan berjalan dengan baik dan tidak disimpan dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.
Keperluan air juga perlu diambil berat. Air membantu Vitamin B dapat diserap oleh badan dengan optimum.
TIPS:
B-complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..
Pengambilan B-complex yang konsisten dapat mmengawal mood lebih baik, mengurangkan stress sepanjang hari.
Salam Sayang
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
No comments:
Post a Comment