Thursday, 4 July 2013

Set Vitamin untuk Ibu Menyusu - Shaklee

Salam
Setiap ibu-ibu punya impian untuk menyusukan bayi masing-masing sehingga 2 tahun. Namun sejauh manakah kita telah mengambil langkah dalam merealisasikan impian tersebut. Ada juga yang hanya meletakkan matlamat sehingga 6 bulan exclusive Bf jika berjaya lanjutkan sehingga 1 tahun kemudian sehinggalah 2 tahun. Nampak mudah kan.. Hanya ibu-ibu yang sudah melaluinya sahaja yang tahu pengalaman manis ini..
 
Menambah susu ibu dengan vitamin Shaklee
 

Hari ini saya nak menceritakan tentang khasiat dan kebaikan set vitamin khusus untuk ibu-ibu yang menyusu.
Vitamin bukanlah semata-mata untuk menambahkan susu si ibu. Tetapi yang paling utama, fungsi vitamin untuk membantu tubuh si ibu agar lebih cergas bertenaga yang adakalanya tidak mendapat cukup nutrisi dalam diet sehariannya.
 
1.Vitalea (Multivitamin)
 
- Dilengkapi 12 vitamin, 7 galian dan zat besi. Apabila umur bayi mencecah 6 bulan, si ibu digalakkan mengambil sumber zat besi yang banyak dalam makanan anak. contohnya ikan bilis. Bagi si ibu yang menyusu pula, vitalea telah lengkap dengan iron bagi membantu tumbesaran anak. Ada doktor yang mencadangkan ibu menyusu perlu memastikan pengambilan zat besi dalam setiap menu harian agar si ibu tidak mudah pitam atau pening selepas memerah susu atau menyusukan bayi. Zat besi penting dalam pembentukan sel darah merah. Walaubagaimanapun multivitamin beserta formula zat besi ini tidak disarankan diambil bersama dengan minuman susu kerana ia akan mengurangkan efisiensi penyerapan zat besi oleh badan.

2.   B-complex
-  Sangat penting dalam membentuk metabolisme karbohidrat, lemak, protein, anti stress  (sebagai penenang), membantu meningkatkan sistem pertahanan badan, menukarkan makanan ( glukos)  kepada tenaga dan membantu si ibu sentiasa berfikiran positif dan mendapat mood yang lebih baik.
Pengambilan pil perancang memerlukan pengambilan vitamin b-complex yang konsisten kerana pengambilan pil perancang memusnahkan zat vitamin B yang sedia ada dalam badan si ibu. Vitamin B juga dapat menjadikan wajah lebih cantik berseri dan tidak kusam.

3.   Vitamin C
-   Vitamin ini sangat penting untuk menjaga salur darah sebagai anti oksida dan membantu meningkatkan antibodi si ibu. Apabila antibody si ibu meningkat, secara tidak langsung antibodi dalam susu ibu juga meningkat dan sangat baik untuk melindungi anak yang menyusu. Jika si ibu atau anak demam, tingkatkan pengambilan vitamin C kepada 2 biji sehari. Bagi ibu-ibu yang mengalami puting melecet atau luka berdarah, vitamin C dapat membantu mengatasi masalah ini. Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik, seterusnya kulit makin bersih, cerah dan cantik.

4.   Alfalfa
-   Supplement yang penting untuk Boost penghasilan susu kerana mempunyai 1001 khasiat. Disamping membantu memekatkan susu, susu juga lebih berlemak. Namun pengambilan alfalfa bagi setiap individu adalah berbeza. Ada yang mengambil 2 biji sehari telah dapat mempercepatkan penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu, namun tidak kurang juga yang perlu mengambil sehingga 4-6 biji sehari bagi membantu meghasilkan susu dengan lebih cepat. Alfalfa juga dapat membantu system perkumuhan (lawas) dan pembuangan angin dalam badan. Bayi akan susah kembung jika si ibu mengambil alfalfa. Pengambilan vitamin ini perlu pengambilan air yang seimbang dengan kuantiti alfalfa yang diambil. The more we take, the more we have to drink.

5.   Energizing Soy Prtoien (ESP)
-   Protien diperlukan untuk menghasilkan hormon dalam badan. Penyusuan susu ibu berkait rapat dengan 2 hormon iaitu prolactine & oxytocin. Protien merupakan komponen utama susu selepas air. Kekurangan protein terutama dalam waktu berpantang menyebabkan si ibu sering mengalami kekurangan susu.  Ia juga membantu penyembuhan luka dengan cepat dan menyeluruh.
 
6.   Ostematrix ( Calcium)
-   Komponen selepas air dan protein ialah kalsium. Membantu si ibu mendapat rehat yang lebih berkualiti. Melegakan otot dan saraf si ibu dan mengelakkan dari tekanan. Kalsium menghindari dari gigi mudah rosak dan mendapat sakit tulang. Si ibu yang tidak mendapat cukup kalsium akan mengalami masalah seperti di atas kerana keperluan kalsium dalam tubuh si ibu telah diberi kepada anak untuk pertumbuhan mereka melalui susu si ibu.
 

 
 
 



Ibu yang sihat dan ceria pasti dapat menyusukan anak dengan sempurma. Jika si ibu telah berazam memberikan susu ibu, teruskan... Walaupun adakalanya kita putus asa, bangkit dan yakinlah kita telah berikan yang terbaik untuk zuriat kita...
 
Salam Sayang
 
 
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...