Thursday 28 November 2013

Ubat vs Supplement

Mana Yang Lebih Utama??

Salam.


Adakah setiap kali bangun dari tidur kita rasa sihat??
 
Vitamin Shaklee

Atau.... setiap kali kita bangun tidur kita dalam keadaan tidak sihat??
 
SIHAT ATAU SAKIT??
UBAT ATAU SUPPLEMENT??

 
Dua perkara yang berbeza maksudnya. Kita boleh memilih samaada untuk terus menjadi sihat atau berterusan sakit. (Atas usaha kita dan semua dengan izin Allah)
Begitu juga beza antara ubat dan supplement(vitamin). Adakah sepanjang hayat kita perlu bergantung dengan ubat semata-mata untuk sihat?
Hari ini saya nak kupas apa dia Ubat dan apa pula Supplement.
 
UBAT
 
 

  • Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan kita. Ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu kita tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.
  • Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.
  • Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan, kebanyakkannya boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal yang menyebabkan gangguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, gangguan penglihatan gangguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, gangguan penghadaman dan akhirnya kematian.
  • Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ia boleh menganggu satu sama lain dan kebarangkalian menghasilkan kesan-kesan sampingan.
  • Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh.
  • Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorag itu, ia tetap boleh merasai kesan pengambilannya.
  • Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesannya dalam jangka masa pendek beberapa minit atau jam.
  • Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit, tetapi bukannya merawat punca penyakit. Ia hanya menutup kesakitan, disebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada system badan.
  • Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius berbanding dengan orang muda. 
Supplement (Vitamin)


  • Bahan yang berkhasiat dan semulajadi yang penting kepada tubuh badan kita. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.
  • Bahan-bahan berkhasiat yang bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.
  • Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.
  • Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatat mengenainya yang merbahaya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.
  • Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tidak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan jika bahan-bahan berkhasiat ternyata kurang dalam tubuh badan kita.
  • Bahan-bahan berkhasiat yang bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan yang terbaik.
  • Bahan berkhasiat bertindak merawat PUNCA penyakit jika digunakan  dan membantu menampung kekurangan bahan yang tiada dalam tubuh badan. Ia juga dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi  tidak berulang lagi.
  • Orang tua memerlukan lebih banyak kandungan khasiat oleh kerana faktor-faktor kekurangan yang berlarutan begitu lama serta penghadaman yang lemah. 

 
Kesimpulannya,
 
UBAT di makan ketika sakit SAHAJA...
SUPPLEMENT boleh dimakan BILA-BILA MASA SAHAJA...
UBAT mengandungi dadah yang boleh bertindak dengan cepat...
SUPPLEMENT tidak menggunakan dadah, tetapi menggunakan banyak vitamin-vitamin yang sihat untuk melawan penyakit...
 
Pilihan di tangan anda... Buat pilihan yang bijak.. Syukurlah dengan nikmat kesihatan yang tiada bandingannya..
 
Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday 26 November 2013

VIVIX Shaklee - Tonik Anti Penuaan


Salam. 


Bila disebut tentang penuaan, kita akan kaitkan dengan tua, kulit kendur, menggeleber dan semua perkara yang berkaitan dengan faktor usia yang semakin meningkat.
Semestinya kaum wanita lah yang paling risau dengan perubahan yang akan mereka tempuh apabila umur semakin meningkat. Kerisauan yang paling utama tentulah berkaitan dengan wajah kerana wanita sangat sinonim dengan kecantikan wajah.
 

Vivix adalah satu penemuan revolusionari dalam anti-penuaan pada tahap sellular. Penyelidikan selama beberapa tahun telah dilakukan sebelum ianya ditemui. Malah jika dilihat di Amerika Syarikat sendiri, VIVIX kini merupakan satu fenomena yang mana setiap orang sangat berusaha untuk memiliki sekurang-kurangnya sebotol VIVIX kerana percayakan kesan yang akan diperolehi dari sebotol VIVIX ini. (Dengan izin Allah jua).
 
Apa beza VIVIX dengan produk-produk lain di pasaran hari ini?
VIVIX mampu menembus sehingga DNA kita untuk membaiki sel dengan lebih mendalam.
 
" Kerosakan DNA boleh menyebabkan berlakunya " kesalahan ejaan" dalam pangkalan genetik kita seterusnya  menyumbang kepada penyakit kanser" (petikan kata dari Mommy Lyna dalam blognya)
Oleh itu, kita hendaklah berusaha dari sekarang supaya "kesalahan-kesalahan ejaan" ini tidak berlaku dan seterusnya dapat mengelakkan dari di serang pelbagai penyakit merbahaya seperti kanser.
 
Bahan-bahan yang terkandung di dalam VIVIX Shaklee
 

 

Di dalam kajian makmal, ramuan VIVIX juga telah menunjukkan impak kepada 4 mekanisme penting penuaan pada tahap sellular, iaitu:


 
Vivix juga membantu menjaga dan memulihara:

  • Kesihatan jantung
  • Otak
  • Sistem imunisasi
  • kesihatan sendi
  • Perlindungan antioksidan
  • Peningkatan tenaga pada tahap sellular
  • Kesihatan & kesejahteraan menyeluruh badan
Ayu Raudhah merupakan antara pengguna VIVIX SHAKLEE

 
Tidak rugi menghabiskan wang anda untuk sebotol VIVIX Shaklee sebab kesannya amat baik.
Rawatlah sel kita hari ini sebelum terlambat.
Sayangi kesihatan kita. Sihat lebih baik sebelum sakit
 
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday 20 November 2013

Testimoni Set Berpantang Shaklee

Alhamdullilah... Semakin Sihat & Cergas Walaupun Berpantang...


Salam buat semua pembaca Blog yang dikasihi..
Hari ini nak story sikit tentang Testimoni Set Berpantang Shaklee..
Siapakah yang telah menggunakan set ini?? Tentulah DIRI SAYA sendiri..
Al-maklumlah bila kita dah cuba dengan penuh yakin dan berkesan, Alhamdullilah bolehlah nak share dengan semua orang..
 



Alhamdullilah saya menggunakan set berpantang Shaklee sepenuhnya sewaktu berpantang anak kedua.
 
Antara kebaikan yang saya alami ialah:
  • Selepas 4 jam bersalin saya terus buang air besar.. Sangat terkejut. Sebab bersalin anak pertama (tidak menggunakan set bersalin Shaklee) 4 hari baru buang air besar itupun dengan bantuan ubat doktor untuk melembutkan najis. Najis lembut, tidak perlu meneran.. Sangat selesa.. Dan setiap hari saya akan buang air besar. Kebanyakan wanita berpantang paling takut nak buang air besar sebab takut meneran dan luka jahitan terbuka. Alhamdullilah dengan set berpantang Shaklee masalah SEMBELIT dapat diatasi.
  • Luka jahitan cepat baik. Luka dalaman dan luaran. Selepas seminggu Alhamdullilah, luka jahitan saya telah pulih. Berbanding masa anak pertama. Hampir dua minggu saya masih sakit dan hendak duduk pun rasa tak selesa sebab sakit.
  • Badan lebih bertenaga dan cergas walaupun dalam tempoh berpantang. Saya sendiri dapat rasakan seperti tidak berpantang sebab badan cergas dan bertenaga walaupun tidur tidak cukup di waktu malam sebab maklumlah baby akan bangun 2, 3 jam sekali untuk menyusu. Keesokan harinya saya tetap bertenaga dan masih dapat melayan kerenah anak pertama dalam masa yang sama.
  • Susu lebih banyak, meriah dan pekat. Alhamdullilah menyusukan anak kedua suatu pengalaman yang amat menyeronokkan. Saya juga banyak belajar dari pengalaman pertama menyusukan anak sulung. Alhamdullilah sejak hari kelima berpantang saya sudah mengepam susu untuk di buat stok, EBM. Saya merupakan ibu yang bekerja. Makanya EBM amat perlu untuk dibekalkan ke nursery selepas saya habis berpantang dan bekerja semula. Baby pun tak banyak ragam. Minum susu sikit dan cepat kenyang dan lena. Jadi saya mudah untuk mengepam dan membuat kerja-kerja yang lain.

Stok susu selepas 3 bulan. 250 botol..Syukur sangat .
(waktu ni tengah menyusun semula dari deep freezer ikut tarikh, First In First Out)


  • Bukan sahaja kesihatan saya lebih baik, malah kesihatan baby juga amat baik dalam tempoh berpantang. Berat baby saya cepat naik dan nurse juga puji sebab walaupun menyusu badan, berat baby naik cukup cantik. Sebab selalunya baby yang menyusu formula akan menjadi lebih tembam berbanding menyusu badan.
  • Mood sentiasa baik sewaktu berpantang. Dengan kata lain set berpantang Shaklee membantu mengelakkan meroyan. Meroyan merupaka keadaan di mana si Ibu berada dalam keadaan kemurungan, berasa sedih, adakala menangis, gelisah. Keadaan ini terjadi disebabkan perubahan hormone selepas bersalin, keletihan dan tekanan. Set berpantang yang terdiri dari vitamin yang sesuai untuk ib selepas bersalin ini, sangat-sangat membantu membekalkan zat nutrisi yang hilang di samping menyeimbangkan semula hormone selepas bersalin.
  • Badan cepat turun. Siapa yang tak suka bila berat badan cepat turunkan?.. Dalam tempoh dua bulan saya dapat kurangkan sebanyak 12 kg daripada berat sewaktu mengandung. Alhamdullilah. Apa yang penting petua saya untuk cepat turun berat, amalkan pengambilan air masak yang banyak di samping terus menyusukan bayi saya ikut demand baby.
Sememangnya Set berpantang Shaklee menjadi pilihan ibu-ibu hari ini. Vitamin ini tidak panas atau merbahayakan ibu dan bayi anda. Boleh terus diambil sejurus selepas bersalin.

# Ingin dapatkan maklumat mengenai penyusuan awal ibu selepas bersalin, teruskan pembacaan
DI SINI
 
Salam Sayang
Mama Adam & Ammar


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday 12 November 2013

Set Berpantang Shaklee - Mana Pilihan Anda??

" Saya sudah 37 minggu, tapi tidak tahu Set Berpantang mana yang perlu dipilih"... 


Salam
Menjadi lumrah ibu-ibu apabila sudah hampir saat-saat melahirkan kita sibuk dengan persiapan untuk membeli kelengkapan bayi.. Set Berpantang juga tidak kurang pentingnya terutama untuk si ibu di kala tempoh berpantang.



Set Bersalin Shaklee
Memori terindah sewaktu mendakap bayi
Ramai antara kita yang merasakan tempoh berpantang merupakan saat yang sungguh membosankan.. Mana taknya banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dan banyak juga makanan yang tidak boleh disentuh dalam waktu ini. Oleh itu, set berpantang yang sesuai dan terbaik menjadi perkara penting agar kita dapat menjalani tempoh berpantang ini dengan baik, sihat dan ceria.


Di sini terdapat 3 set Berpantang Shaklee yang disediakan khas untuk ibu-ibu selepas melahirkan.
 
SET ASAS
  • Vitalea - Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Oleh kerana ibu banyak kehilangan darah, ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang. Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • B-Complex- Menukarkan makanan kepada tenaga. Menjadikan si ibu yang berpantang kurang letih dan lebih bertenaga. Melawan tekanan / stress. Mencegah anemia.
  • Zinc kompleks - Mempercepatkan pemulihan luka samaada bersalin normal atau pembedahan. Penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnya. Kandungannya banyak terdapat dalam ikan haruan. Selain protin, ikan haruan kaya dengan zinc. Mempertingkatkan system imun. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
  • Sustained Release Vitamin C - Peningkatan system imun. Mencantikkan kulit. Kebiasaanya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam. Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama jeragat. Mempercepatkan pemyembuhan luka jahitan.
SET OPTIMUM
Sama seperti set asas.
Tambahan ESP +.Ostematrix (Kalsium& Magnesium)
  • Ostematrix: - Kalsium yang seimbang, kadar penyerapan 99%. Komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein ialah kalsium. Menguatkan tulang. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas yang selalunya si ibu yang melalui pembedahan terdedah untuk menjadi kebas serta kejang. Meringankan stress dan mengimbangi tekanan darah. Mengelakkan sembelit.Melegakan otot dan saraf si ibu.
  • ESP:- Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Membantu meningkatkan system imun dalam badan. Memberikan tenaga kepada si ibu. Protien diperlukan untuk menghasilkan hormone dalam badan. Penyusuan susu ibu berkaitan dengan 2 hormone iaitu Prolactine & Oxytocin.Protien ialah komponen penting selepas air. Kekurangan protein semasa pantang menyebabkan si ibu mengalami masalah penyusuan.
SET PREMIUM + SLIMMING
Sama seperti SET OPTIMUM


 Tambahan Lecithin & Alfalfa Complex

  • Lecithin:- Mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi Choline untuk kecerdasan akal. Si ibu yang mengambil lecithin semasa menyusu akan mengalirkan Choline yang sangat baik untuk otak dan kepada bayi yang menyusu. Lecithin membantu memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian halus dan memudahkan di emulsi dan membantu menurunkan berat badan.
  • Alfalfa Complex: - Alfalfa ialah tumbuhan yang mengandungi banyak kebaikan dan manfaat dalam kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim & fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lecithin dan akan di bawa keluar dari badan. Alfalfa juga merupakan galactagogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu.
Tambahan:
  1. Set bersalin/berpantang Shaklee boleh diambil sejurus selepas bersalin.
  2. Boleh diambil untuk Si Ibu yang bersalin normal atau pembedahan
  3. Membantu Si Ibu pulih dengan cepat dari luka bersalin / luka Episiotomi
  4. Membantu menambah darah dan memberi tenaga.
  5. Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  6. Selamat untuk ibu dan bayi yang mneyusu.
Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.. Untuk kebaikan, kesihatan & keceriaan ibu dan anak



 

Happy Confinement and Happy Breastfeeding Mommy...
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Sunday 10 November 2013

Vivix Shaklee - Cecair Ajaib...

Vivix...Belum cuba belum tahu...

Salam.
Buat semua pembaca blog saya.. Alhamdullilah atas kesudian kalian untuk terus membaca blog saya.. Semoga kalian mendapat sedikit ilmu yang berguna untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian.
Memandangkan November 2013 merupakan promo VIVIX Shaklee.. Buy 6 FREE 1 maka saya teruja untuk bercerita dengan u all semua tentang kebaikan dan khasiat VIVIX Shaklee ini.. Ada yang mengelarkan Vivix sebagai cecair ajaib kerana kesan yang sangat baik kepada pengguna-pengguna Vivix.
Kebaikan Vivix Shaklee
Ini lah dia Cik Vivix kita...
 
Apa sebenarnya Vivix ini??
  • Memperbaiki DNA: Setiap hari, tubuh kita mengalami kerosakan DNA (salah satunya akibat radikal bebas) yang menyebabkan proses penuaan terjadi begitu cepat. Vivix membantu melambatkan dan melindungi DNA sel tubuh kita dan melambatkan proses tersebut.
  • Memperbaiki tenaga sel: Semakin tubuh kita terdedah kepada penuaan, semakin cepat sel tubuh kita kehilangan tenaga. Ini akan menurunkan fungsi sel. Vivix membantu menguatkan sel tubuh.
  • Membantu meningkatkan fungsi otak, kardiovaskular, Imuniti dan sendi. Semakin tua, semakin kita rasa sakit sana sini, ingatan pun semakin pudar. Vivix membantu mengembalikan keremajaan kita. 

Revolusi Terbaru Shaklee

Vivix merupakan minuman campuran botani yang merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.
Vivix mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.

  • Terdapat empat mekanisme yang membuktikan kebaikan Vivix iaitu ia mengandungi Resveratrol yang kebaikannya sama dengan 3000 gelas arak merah. Vivix juga terbukti 10 kali lebih bertenaga daripada Resveratrol, tidak mengandungi alcohol dan menggunakan bahan semulajadi, tanpa pewarna tiruan serta perasa tambahan. vivix mendapat sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  • Vivix juga berfungsi untuk melindungi dan memperbaiki sel DNA serta memberi kesan positif kepada genetik dan seterusnya mengurangkan sel penuaan.
  • Ia adalah sejenis cecair pekat berwarna merah yang terhasil daripada kandungan anggur muskat dan tubuh-tumbuhan lain.
  • Dengan hanya sesudu sehari, pengguna akan merasai perbezaannya.
  • Vivix kini menjadi perhatian pengguna di seluruh dunia disebabkan kebaikan kandungannya selain mampu melawan pelbagai jenis penyakit.

Cecair Vivix- rasa seperti berry.. Sangat sedap..


Testimoni Vivix Shaklee - pesakit tyroid
#credit to Pn Norita Idris

# Perhatian: Vivix tidak sesuai untuk mereka di bawah 18 tahun, ibu yang menyusu dan wanita mengandung kerana ia mengubah DNA.
 
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday 6 November 2013

Sebab Anda Kurang Merasakan Keintiman

"Hampir 15 Tahun Berkahwin... Saya Sudah Tidak Merasakan Keintiman Apabila Bersama"

 
 
Salam
Set keintiman suami isteri
 
Adakala topik sebegini agak sensitive untuk dibicarakan secara terbuka. Namun kita bukanlah mahu mencari salah sesiapa. Adalah menjadi lumrah apabila sudah lama berkahwin setiap pasangan kurang merasakan keintiman saat bersama.
Mari kita lihat punca atau penyebab kurangnya rasa keintiman dalam rumahtangga.
 
  • Kurang Lubrikasi - keadaan ini terjadi selalunya disebabkan kurang aktiviti "foreplay" tetapi ia lebih dikaitkan dengan kekurangan hormone selepas menopaus, selepas berpantang atau semasa menyusu badan. Kurang lubrikasi yang lebih jarang ialah kesan sampingan dari pemakanan ubat seperti anti-stress, pil darah tinggi, ubat selsema, sedatif dan sesetengah pil perancang.
  • Jangkitan Kuman - Jangkitan bakteria pada pundi kencing dan faraj boleh menyebabkan kesakitan semasa hubungan seks.
  • Alahan pada alat pencegah kehamilan dan krim - seperti kondom, krim pelincir, krim haruman faraj dan sebagainya boleh menyebabkan inflamasi disekitar faraj dan rasa sakit setiap kali menggunakannya.
  • Vaginismus - iaitu kekejangan otot keliling faraj yang berlaku di bawah sedar juga boleh menyukarkan penetrasi dan seterusnya kesakitan semasa hubungan seks.
  • Masalah sakit puan - Termasuk endometriosis, radang pelvis, rahim jatuh, fibroid dan ovarian cyst
  • Masalah kecacatan konjenital pada system peranakan - sesetengah wanita dilahirkan dengan selaput dara yang tebal, faraj yang sempit dan sebagainya yang boleh menjadi punca kesakitan teruk semasa seks.
  • Radang dan Iritasi selepas pembedahan - Radang dan iritasi selepas pembedahan dan jahitan pada bahagian genital boleh menjurus kepada rasa sakit dan sengal semasa seks.
  • Parut Pembedahan - Parut dari pembedahan histerektomi dan kesan kemoterapi boleh menyebabkan sakit semasa seks.
  • Faktor Emosi - Emosi kerap memainkan peranan dan boleh menjurus kepada sakit semasa seks. Rasa cemas, murung dan rendah diri terhadap keadaan fizikal tubuh badan boleh menyebabkan kurang rasa erotik dan seterusnya sakit semasa seks. Tekanan perasaan menyebabkan otot faraj tegang dan seterusnya penetrasi sukar dilakukan.

Set Keintiman Suami Isteri

Antara khasiat Alfalfa Complex bagi hubungan keintiman suami isteri:
  1. Mengandungi phytoestrogens yang menyebabkan ia mempunyai khasiat seperti kacip Fatimah untuk merapatkan bahagian intim wanita.
  2. Membantu meningkatkan libido
  3. Meningkatkan keinginan untuk bersama
  4. Membantu mengurangkan masalah keputihan
  5. Merawat masalah kekeringan vagina


Khasiat Vitamin E Complex Shaklee untuk meningkatkan keintiman suami isteri:
  • Peranan Vitamin E kepada Suami:
  1. Lebih bertenaga
  2. Ereksi yang lebih lama
  3. Lebih cepat terangsang
  4. Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
  • Peranan Vitamin E kepada Isteri
  1. Lebih bertenaga
  2. Ereksi yang lebih lama
  3. lebih cepat terangsang
  4. Untuk menstabilkan hubungan seks / kewanitaan terutama bagi ibu yang menyusukan bayi yang mempunyai kandungan prolactin ( hormone menyusu) yang lebih tinggi. Vitamin E juga membantu seorang isteri menstabilkan hormonnya sekaligus meningkatkan citarasa seksual.


 Salam Sayang
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday 4 November 2013

Kenali Vitamin C Shaklee- Sustained Release Vita-C 500mg

Kulit Cerah, Cantik, Anjal & Gebu...

Salam
Semua wanita sukakan kecantikan... Siapa tak mahu cantik. Macam-macam cara digunakan untuk kekal cantik dan menawan.
 
Sustained Release Vita-C
 
Sustained Release Vitamin C Shaklee menjadi fenomena suatu ketika sehingga kemunculan semula baru-baru ini setelah hampir setahun tiada di pasaran menjadi rebutan semua orang. Apa yang best sangat Vitamin C Shaklee ni??
Jom kita tengok khasiat dan kebaikannya kepada kesihatan kita..
 
Apa Yang Superb Dengan Vitamin C Shaklee
  • Sebiji Shaklee Vita-C membekalkan dos sebanyak 500mg bersamaan dengan pengambilan 7 1/2 biji Oren. Adakah mampu dalam sehari kita makan 7 1/2 biji buah oren??
Sustained release Vitamin C Shaklee
  • Pastikan Vitamin C anda mempunyai 2 ciri iaitu bersifat pelepasan masa (sustained release ) & dilengkapi dengan bioflavonoid. Vitamin C adalah vitamin larut air  di mana badan kita akan mengeluarkan lebihan vitamin C yang tidak digunakan oleh badan selepas 2-3 jam pengambilannya.
  • Sustaines Release bermakna dos vitamin C tidak dilepaskan sekaligus. Shaklee vitamin C bertindak membekalkan 100mg setiap sejam & sebiji Vitamin C akan kekal selama 5 jam dalam badan kita.
  • Vitamin C juga memerlukan bioflavonoid untuk penyerapan optima ke dalam badan kita. ( Bagusnya produk Shaklee akan digabungkan dengan unsur-unsur penting bagi memastikan vitamin itu dapat berfungsi pada tahap optima)



 
  • Cuba check semula botol vitamin C di rumah kita?? Adakah 2 ciri ini terkandung dalam vitamin C kita?? Jika tidak, nampaknya anda perlu bertukar kepada SUSTAINED RELEASE VITAMIN C SHAKLEE.
Kebaikan Vita-C Shaklee Yang Perlu Anda Tahu
  1. Merangsang pembentukan kolagen
  2. Menghaluskan struktur kulit
  3. Menghalang rekahan tumit, kulit kasar dan kering
  4. Menguatkan tulang
  5. Menyerikan wajah
  6. Membantu merawat jerawat
  7. Melambatkan penuaan-awet muda
  8. Mencerahkan kulit
  9. Menghalang pembentukan pigmentasi
  10. Meningkatkan system imun
  11. Mengatasi dan membantu masalah alergi
  12. Membantu merawat eczema
  13. Membantu mempercepatkan pemulihan masalah selsema
  14. Melawan kanser
  15. Membantu menghapuskan radikal bebas dalam tubuh
  16. Membaiki masalah insomnia
  17. Mengurangkan masalah stress
  18. Mengurangkan paras Kolestrol
  19. Mengelakkan dari masalah gusi berdarah
 
 Setelah mengetahui kebaikan Sustained Release Vitamin C Shaklee, maka tiada lagi suntikan vitamin C atau botox untuk kekal cantik dan awet muda. Hanya sebiji Vitamin C Shaklee anda mampu mendapat pelbagai manfaat bukan sahaja menyerikan wajah malah meningkatkan tahap kesihatan di masa akan datang.
 
Salam Sayang
 
 

 These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...