Sunday 30 June 2013

Set Vitamin Ibu Menyusu Shaklee - Perlukah Ibu Menyusu mengambilnya??

Bukankah konsep penyusuan hanya perlukan ransangan dan pengosongan payudara dengan kerap??

Jadi mengapa perlukan vitamin??



Salam
Isu yang sering menjadi perbualan dan tanda tanya, perlukah ibu menyusu mengambil vitamin sedangkan konsep penyusuan telah dipenuhi?
 
Ya, Betul. Konsep penyusuan susu ibu SUPPLY vs DEMAND
Lebih banyak permintaan lebih banyak susu akan dihasilkan
 
 
tingkatkan kesihatan ibu menyusu 
 
Jika tidak menyusukan bayi dengan kerap atau mengepam dengan konsisten 2-3 jam (sewaktu tidak bersama bayi) maka tidak hairanlah makin lama susu si ibu akan berkurangan.
 
Jadi mengapa perlukan supplement atau vitamin jika konsep telah dipenuhi??
  
Hakikatnya, vitamin ibu menyusu bukanlah semata-mata memperbanyakkan susu ibu, TETAPI membantu si ibu untuk meningkatkan kesihatan mereka.
 
  
Ada banyak masalah yang dihadapi oleh si ibu apabila tidak mendapat khasiat, nutrisi daripada pemakanan sehariannya.
 
Antara masalahnya ialah:
  • Asyik penat selepas menyusukan bayi atau selepas mengepam
  • sering stress disebabkan bebanan kerja di pejabat atau kerja di rumah
  • panas baran / mudah naik angin
  • sering tiada mood
  • tidak mampu untuk masak
  • tidak mampu melaksanakan kerja rumah
  • kerap letih apabila bersama suami
  • makan makanan kurang berkhasiat kerana terlalu sibuk

 Bagaimana untuk mengatasi masalah ini?? Dalam masa yang sama dapat meneruskan misi menyusukan si manja sehingga 6 bulan seterusnya mencapai 2 tahun.
 
Sewaktu hamil 9 bulan pun kita mengambil vitamin, samalah juga dengan proses penyusuan. Jika menu seharian si ibu tidak lengkap dengan nutrisi dan zat mineral yang diperlukan oleh tubuh, maka vitamin dapat membantu mengisi ruang kekosongan nutrisi yang diperlukan agar tubuh si ibu lebih bertenaga dan sihat untuk meneruskan perjalanan penyusuan dengan bayi
 
Penyusuan susu ibu berkaitan dengan hormon:
 
Prolactine: Berfungsi untuk memberikan rasa tenang dan gembira sehingga adakalanya mengantuk sewaktu menyusukan bayi
 
Oxytocin: sewaktu bayi menghisap susu, ransangan tersebut akan dihantar kepada otak sehingga hormon tersebut dikeluarkan dan mengalir dalam darah dan kemudian ke payudara menyebabkan otot di sekitar areola berkontarksi dan seterusnya susu dihasilkan.
 
Jika si ibu tidak dapat mengatasi masalah di atas, pastinya proses penyusuan akan terganggu. Pengeluaran hormon juga terganggu. Di sinilah fungsi supplement kepada si ibu kerana manfaat vitamin akan banyak membantu dalam memberikan tenaga, kesihatan yang lebih baik dan ketenangan kepada si ibu.
Secara tidak langsung khasiat vitamin juga dapat disalurkan kepada bayi kerana susu ibu penuh dengan nutrisi yang lengkap.
 


Ibu adalah tonggak sesebuah keluarga yang bahagia. Ibu yang sihat akan ceria, ibu yang ceria dapat melaksanakan tanggungjawab di rumah dengan baik.
 
"Breastfeeding is a wonderful bonding experience between mother and child"
 
Saya doakan semua ibu yang menyusu Berjaya menyusukan anak-anak sehingga 2 tahun...
Amin..
 
Salam Sayang
 
 
 


Berminat dapatkan vitamin Ibu menyusu Shaklee??
PM Fb: Nurhanani Hanani
Page: Motherhood Store

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Friday 28 June 2013

Atasi Masalah Sembelit dengan HERBLAX SHAKLEE

"Dah seminggu saya tidak buang air besar"..Bagaimana merawatnya???

 
Salam
Ramai di kalangan kita yang mengalami masalah pembuangan najis yang tidak lancar. Ada yang dua, hari ada yang tiga hari sehinggakan ada yang mencecah seminggu tidak membuang air besar.. Ini boleh diketegorikan sebagai sembelit. Janga ambil mudah masalah ini, jika tidak dirawat bimbang akan lebih mendatangkan kemudaratan terutama bagi yang sudah berusia.
 
kurangkan sembelit dengan Herblax Shaklee
 
Ada banyak kesan akibat pembuangan najis yang tidak teratur. Secara normalnya, kita perlu membuang najis setiap hari.
 
Apa itu SEMBELIT??
Sembelit boleh disebabkan oleh najis yang keras atau kering memenuhi ruang usus & rektum sehingga menjadi amat ketat dan mengakibatkan najis tidak mampu ditolak keluar.
 
Kesan-kesan Sembelit
  • peranakan jatuh (bagi kaum wanita) kerana otot rahim sudah lemah
  • perut kembung, kejang dan sakit
  • kurang selera makan
  • muntah
  • sakit kepala
Herblax Shaklee dapat membantu masalah sembelit




Kebaikan Herblax Shaklee
  • Membantu pembersihan najis yang tersekat
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampur dalam air panas sebagai minuman teh herba
  • Membantu masalah bau mulut atau bau badan
  • Mengelakkan kembung perut
  • Mencegah penyakit kulit
Ramuan asas produk inu terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat, mengandungi herba semulajadi seperti:

  • Alfalfa leaves: membersihkan usus, darah & hati
  • Senna leaves: merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, mempercepatkan proses detoksifikasi & kurangkan penyerapan lemak.
  • Anise seed : merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan
  • Blue Malva flower: membantu mengimbangi tekstur kulit
  • Barkthorn Bark: melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberi lembapan pada usus.
  • Licorice root : Membantu proses detoksifikasi
  • Rhubarb Root: Herba yang banyak diguna dalam perubatan cina sebagai antibiotic
  • Fennel seed: Membantu mengeluarkan toksin akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol
  • Culver's root: Membantu masalah lebihan air dalam badan dan bagus untuk asthma
Sifatnya menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti berkesan secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.
 
Ia dikategorikan julap lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus.
 
Herblax membantu usus lebih aktif untuk mengerakkan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan berjalan lancar. 



Jangan dipandang remeh masalah sembelit ini. Anda harus atasi dari sekarang agar kita mudarat di kemudian hari.
 
 
Salam Sayang
 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649.
 

Thursday 27 June 2013

TIPS BERJAYA DALAM BREASTFEEDING - PART II

Tools yang diperlukan dalam BF...
 
Salam
Rajinnya Mama Adam Ammar ni tulis blog.. Setiap hari update blog...hehe
Seronok plak menulis blog ni.. Anyway, semoga anda semua tak bosan membaca coretan saya yang tak seberapa. Apa yang penting, saya just nak share sedikit sebanyak ilmu yang saya tahu.. Mudah-mudahan ilmu itu dapat digunakan oleh kalian semua di masa akan datang..
 
 
 
Oklah, berbalik pada tajuk kita hari ini, saya sambung kembali tips menjayakan penyusuan susu ibu..
Ada banyak sebenarnya perkara yang perlu dititikberatkan dalam penyusuan susu ibu. Kepada bakal-bakal ibu, atau ibu yang sedang menyusukan anak bolehlah tengok kembali checklist peralatan yang diperlukan untuk menjayakan penyusuan bersama si kecil..
 
 
  1. Breastpump yang baik & berkualiti
Seperti yang kalian sedia maklum, ada banyak breastpump di pasaran hari ini. Sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu yang sesuai, berbaloi dan yang paling penting dapat mengepam dengan selesa tanpa rasa sakit. Pada pendapat peribadi saya, lihat pada budget kita. Apa yang kita mampu beli. Ada yang mampu manual single pump, ada electric double pump & ada juga freestyle double pump. Mengikut pengalaman saya, dulu memang saya tak banyak buat research masa anak pertama tentang breastpump yang bagus & sesuai untuk saya.. Walaupun ada kawan yang telah mencadangkan certain brand untuk dibeli, tapi masa tu saya lebih fikirkan kemampuan.. Jadi breastpump pertama saya ialah
 
Avent Single Electric Pump


Not bad, pump ni banyak berjasa kepada saya. Saya bertahan menggunakannya sehingga 6 bulan.
Selepas 6 bulan, saya bertukar kepada


Medela Freestyle Double Pump
 
Woww.. Ini memang yang terbaik buat saya.. Kenapa saya bertukar kepada Medela Freestyle???
Bagi ibu yang bekerjaya seperti saya, masa yang ada untuk mengepam sangat singkat. Kita perlu mengepam sekurang-kurangnya 20-30 minit untuk sebelah B, kalau dua belah hampir sejam masa yang diperlukan untuk mengepam. Itu tak termasuk lagi nak membersihkan pam dan sbgnya..
Jadi saya memikirkan Medela Freestyle adalah yang terbaik kerana ia FREESTYLE!!! Anda tidak perlu memegang pam or botol pam. Wah, sangat selesa. Kadang sampai tak perasan tengah mengepam susu. Sambil mengepam boleh buat buku rekod mengajar atau menanda buku.. hehe.. Jimat masa kan.. Kalau kat rumah sambil mengepam pun boleh iron baju or memasak.. Pada saya, keselesaan itu penting. Ini kerana apabila kita selesa mengepam, hormon kita akan baik, dan susu akan keluar dengan lancar.
 
2.   Bekas Penyimpanan Susu (Storage Bottle / liner)
 
 

Selepas selesai proses mengepam, susu ibu perlu disimpan di dalam bekas yang sesuai. Ada botol, plastik dengan pelbagai jenama. Kalau boleh pilihlah yang ada BPA free, demi keselamatan anak kita. Pastikan bekas penyimpanan ditutup dengan kemas dan sempurna. Takut tumpah pulak susu.. Boleh menangis tau kalau susu tumpah. Yelah, kita mengepam bukan mudah, nak dapat mood baik & tenang agar susu lancar, jadi hargailah susu itu walaupun setitik. Harus diingat juga, selepas selesai setiap sesi mengepam, ibu-ibu perlu melabel masa, tarikh susu yang telah dipam. Ini bertujuan supaya kita menggunakan dahulu susu yang paling awal di pam untuk diberikan kepada bayi sewaktu kita bekerja. Gunakan konsep FIFO (First In First Out)
 
3. Cooler Bag
 

 
 Ini peralatan seterusnya yang perlu ada untuk menyimpan susu ibu dengan lebih sempurna. Cooler bag boleh didapati di mana-mana kedai ibu dan bayi. Adakalanya, cooler bag di sediakan bersama dengan breastpump yang kita beli, adakala perlu di beli berasingan. Kita perlu ada cooler bag kerana susu ibu perlu disimpan dalam suhu yang dingin dan cooler bag biasanya boleh bertahan lebih kurang 8 jam. Jadi bagi ibu yang bekerja, setelah pulang ke rumah perlulah memindahkan susu ibu ke dalam peti ais agar mendapat suhu yang lebih sempurna.

 
4. Peti Ais
 
Saya pasti semua rumah pasti ada peti ais kan. Samaada dua pintu satu pintu atau tiga pintu. Tak kisahlah. Yang penting susu ibu perlu dipindahkan di ruang chiller terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke ruang freezer, bagi mengelakkan perubahan suhu susu yang mendadak. Biasanya tempoh susu di ruang chiller lebih kurang 1-5 hari sebelum dipindah ke ruang freezer.
Bagi yang menggunakan peti ais satu pintu, susu ibu boleh disimpan di bahagian freezer selama 2 minggu sahaja. Selepas itu, susu dah kira expired. Susu yang sudah expired berbau masam dan pastinya memudaratkan buat si kecil.

Bagi mereka yang menggunakan peti ais dua pintu, susu ibu boleh bertahan selama 3 bulan di bahagian freezer. Sewaktu anak pertama saya menggunakan peti ais dua pintu untuk menyimpan susu ibu. Setelah mendapat anak kedua, saya bertukar kepada Deep Freezer.

Mula-mula macam takut tengok deep freezer yang besar gabak ni nak simpan susu ibu. Saya anggap deep freezer ni sebagai motivasi saya untuk terus mengumpul stok susu yang lebih banyak sewaktu pantang. Alhamdullilah selepas pantang saya berjaya mengumpul 250 botol stok EBM untuk anak saya. Opss lupa, deep freezer boleh bertahan selama 6 bulan untuk menyimpan susu ibu.

4. Sterilizer & Warmer

 

 Ini jenama yang saya gunakan "Little Bean". Harga pun berpatutan, Ada yang kata tidak perlu dua peralatan ini. Terpulang pada pendapat masing-masing. Bagi saya, saya akan menggunakan setiap hari sterilizer ini untuk memastikan semua storage bottle saya dibersihkan dengan sempurna. Jika kekangan masa, anda boleh menggunakannya seminggu sekali bagi memastikan semua botol penyimpanan di nyahkuman. Manakala warmer pula, saya akan bekalkan kepada pihak nursery untuk digunakan apabila mereka ingin memanaskan susu ibu sebelum diberikan kepada bayi. Warmer ini mudah kerana suhu untuk memanaskan susu sudah ditunjukkan di situ, hanya perlu menghidupkan suis dan memutarkan ke arah label botol susu. Apabila lampu sudah terpadam menandakan susu telah siap dipanaskan untuk diberi kepada bayi.

5. Nursing Pillow

Kebiasaanya, nursing pillow ini digunakan bagi menambah keselesaan sewaktu menyusukan bayi. Saya gunakannya sewaktu dalam pantang sehingga bayi berumur 4 bulan. Mungkin ada di kalangan ibu baru yang agak kekok menyusukan bayi, maka nursing pillow ini membantu agar si ibu dan bayi dalam keadaan selesa. Jangan lupa pastikan lekapan bayi pada B adalah betul bagi memastikan pengeluaran susu adalah baik.

6. Nursing Cover
 
Apabila kita berada di luar dan perlu menyusukan bayi, kadangkala tak sempat nak mencari nursing room, maka NIP (nursing in public) lah jawapannya.. Bagi memastikan kita dapat menyusu dengan baik tanpa perlu membuka apa yang tidak sepatutnya, nursing cover dapat membantu.Adjustlah keadaan agar bayi dapat menyusu dengan sempurna menggunakan nursing cover.

7. Buku Panduan Menyusu

Ada banyak buku panduan menyusu di pasaran. Cubalah dapatkannya bagi ibu-ibu yang baru mengenali dunia penyusuan. Bagi ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan, kadangkala putus harapan atas sebab-sebab tertentu, mungkin buku panduan ini dapat membantu anda terus bersemangat di samping menambah pengetahuan yang baru.



 Ini merupakan buku pertama yang saya miliki sewaktu menyusukan anak pertama. Walaupun buku ini nampak simple, tapi segala info penyusuan ada di dalamnya terutama kepada ibu-ibu yang bekerjaya..
 


Buku yang terakhir saya miliki. Dari pengasas Mom Little Ones, Puan Rita Rahayu.
 
Ibu-Ibu juga boleh mengikuti kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu @ forum-forum penyusuan di internet bagi mendapatkan bantuan tentang penyusuan
 
 
Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.. Susu Ibu meruakan susu terbaik di dunia. Jadi kenapa menidakkan hak untuk anak. Selagi ada kudrat, susuilah anak anda kerana terlalu banyak faedah dan maanfaat untuk ibu dan anak.

 
Semoga checklist di atas dapat membantu anda dalam dunia penyusuan. Maaf jika ada kekurangan, saya doakan semua ibu-ibu yang menyusu akan berjaya di dunia & akhirat. AMIN....
 
Salam Sayang
 
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649.

Wednesday 26 June 2013

Vitamin untuk Si manja tersayang : MealShake & Omega Guard Shaklee


 
Salam
Ramai dari kita yang masih tertanya-tanya perlukah anak-anak kita mengambil vitamin??
Perlukah makanan tambahan untuk anak-anak kita??
 
 
 
Pada asasnya, jika anak kita bukan jenis "picky eater" serta mendapat semua nutrient daripada makanan sehariannya, maka makanan tambahan tidak diperlukan. Namun jika sebaliknya, tidak salah kita memberikan makanan tambahan sebagai pelengkap zat-zat penting untuk menyokong tumbesaran dan kesihatan mereka.
 
Kesihatan anak-anak merupakan aset yang paling berharga untuk ibu bapa. Bayangkan jika anak-anak sakit, demam berpanjangan, betapa susahnya hati ibu bapa untuk merawat sakit anak-anak.. Alangkah baiknya jika kita dapat mencegah anak-anak daripada sakit sebelum kita merawat setelah sakit..
 
 
Omega Guard Shaklee - Minyak  Ikan Terbaik Di Dunia
Omega Guard dihasilkan melalui proses penyulingan molekul yang memekatkan asid lemak omega-3 yang bermanfaat dan semulajadi di samping menyingkirkan bahan-bahan berbahaya seperti merkuri dan plumbum yang terdapat di dalam kebanyakan ikan.
 
Khasiat Omega Guard:

  •  Mengandungi minyak ikan
  • Satu hidangan OmegaGuard menyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA
  • DHA & EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, system saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Meningkatkan daya tumpuan dalam pembelajaran
  • Melancarkan system peredaran darah agar lebih teratur

6 Fakta hebat tentang MealShake 

1   .Menyediakan 24 jenis vitamin A-Z, mineral & 'Trace Mineral'
Kekurangan 'trace mineral' akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soy lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak.
( ia juga sesuai untuk mereka yang tidak gemar menelan pil & mereka yang ingin menjaga berat badan)

2.   Membekalkan Nutrient kepada Sel-Sel
Kaya dengan protein ( tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut, organ-organ darah, sel-sel imunisasi dan lain-lain.
( Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan yang lebih berkualiti. Sangat bagus untuk ibu-ibu yang menyusu)

3.   Untuk Tumbesaran
Mengandungi asid Folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang & sel-sel dalam proses membesar.
( Juga sesuai untuk ibu-ibu yang hamil)

4. Anti-oksida
Mengandungi vitamin A, C E, zink dan selenium yang merupakan komponen utama anti oksidan dan untuk anti penuaan.
(Bagus untuk mereka yang ingin kelihatan muda dan menjaga kecantikan)

5.   Pemutihan Kulit
Mengandungi lengkap vitamin B-kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat sekaligus mencerahkan kulit.
( Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang mulus dan cantik berseri)

6.   Detox
Kaya dengan serat yang membantu menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut.
( Sesuai untuk kanak-kanak serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit)
Rasa vanilla yang sangat lazat dan amat digemari oleh kanak-kanak dan orang dewasa. Minuman yang kaya dengan fruktosa semulajadi, nutrient yang perlu untuk badan dan tidak mengandungi pewarna dan gula tiruan.
*credit to Cerita tentang Shaklee Ajee.blogspot.com


 Kita mampu membelikan pakaian, barang permainan yang mahal untuk anak-anak kita. Tidak salah jika kita melaburkan sedikit duit untuk kesihatan, keceriaan & kecerdasan anak-anak kita bukan sahaja untuk hari ini tetapi jangka masa panjang..
Jadi, jangan tangguh lagi, dapatkan hari ini demi anak-anak yang kita sayangi...
 
 
Salam Sayang.
 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649.

Monday 24 June 2013

Khasiat Alfalfa Shaklee


Salam.
Bila saya cerita tentang Shaklee kepada customer, ramai yang terus ingat Alfalfa..Kenapa??
Alfalfa Shaklee merupakan produk PERTAMA sekali yang dicipta oleh Dr. Forrest C Shaklee pada tahun 1950 an.. Huhhh... lama dah Alfalfa ni di dalam Shaklee ye.. Ia merupakan Signature Shaklee Corporation..
Kenapa Alfalfa menjadi produk pertama oleh Dr Shaklee?? Alfalfa merupakan herba tradisional masyarakat orang putih dan mereka menggunakan Alfalfa untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan terutama bagi wanita selepas bersalin. Oleh kerana Alfalfa mempunyai banyak kebaikan kepada kaum hawa, lelaki dan kanak-kanak maka Dr Shaklee merumuskan formula Alfalfa menjadi supplement Alfalfa Shaklee yang sangat memberikan banyak kebaikan kepada seluruh manusia..
 
Kandungan Alfalfa
  • Kaya dengan vitamin & mineral Alfalfa Shaklee yang mengandungi Vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
  • Mengandungi mineral kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan zat Besi.
  • Mengandungi Flourida, Protein, Mineral surih, serat, Asid lemak dan anti oksida
 
 
Keistimewaan Alfalfa Shaklee
  • Sumber terbaik dari daun Alfalfa ( tanpa akar & batang)
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Di sediakan di dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit dengan syarat keperluan air perlu mencukupi.
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet tiruan
  • Membantu melengkapkan zat dan nutrient dalam pemakanan seharian.
 
20 sebab Mengapa anda perlu mengambil Alfalfa Shaklee

  1. Merawat gangguan pencernaan
  2. Mengawal kolestrol dalam darah
  3. Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  4. Mengurangkan risiko penyakit jantung dan stroke
  5. Bagus untuk pesakit diabetes kerana dapat mengurangkan paras gula dalam darah
  6. Mencegah edema- Pengumpulan air dalam badan
  7. Mengurangkan symptom menopous (bagus sangat untuk wanita 40an)
  8. Merawat asthma dan masalah pernafasan
  9. Merawat masalah sembelit
  10. Menyahkan toksik dalam badan
  11. Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  12. Meningkatkan system pertahanan tubuh
  13. Membantu masalah penghadaman
  14. Membantu memperbanyakkan susu ibu. Dikenali juga sebagai "Milk Booster"
  15. Mengurangkan masalah pada pundi kencing
  16. Mengurangkan masalah gastrik dan masalah gangguan hati
  17. Meningkatkan kesihatan prostat
  18. Bertindak sebagai "kacip Fatimah" bagi wanita terutama yang telah lama berumahtangga
  19. Menghangatkan hubungan SUAMI & ISTERI
  20. Membantu meningkatkan tahap kesihatan kaum Adam
#credit to Atiqah Aziz
 
 Saya pasti ramai di kalangan anda semua tidak kira wanita atau lelaki, pasti inginkan kesihatan yang terbaik dalam hidup anda.. Ramai yang sudah berpuas hati dengan Alfalfa Shaklee. Saya juga begitu.. Apa yang saya coretkan di sini, berdasarkan pengalaman saya dan mereka yang telah mengamalkan Alfalfa..
 
 
Semoga ketemu lagi
Salam Sayang
 
 




These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649.

Sunday 23 June 2013

Taman Margasatwa Ragunan - Kebun Binatang.


Salam..
Salam Nishfu Sya'ban buat semua umat Islam...
 
 

Inilah destinasi kami sekeluarga hari ni.. Taman Margasatwa Ragunan, Jakarta Selatan @ di sini dipanggil Kebun Binatang.. Kira macam zoo lah ni..
Bila sebut 'Margasatwa' teringat pulak lagu sifu M.nasir. Tanya sama itu Hud Hud..
 
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh..
 
Oklah, serba sedikit tentang kebun binatang Margasatwa ini. Lokasinya terletak di daerah Ragunan,Pasar Minggu Jakarta Selatan Indonesia. Luasnya 140 hektar dan yang TERBESAR di Indonesia..
Kami bertolak dari rumah jam 10 pagi. Taman Margasatwa kira-kira 10 minit sahaja dari apartment kami.. Tak jauh mana. Setibanya kami di sani, ingatkan antara yang terawal, tapi rupa-rupanya lautan manusia yang telah membanjiri Margasatwa ini.. Al maklumlah, di Jakarta sekarang tengah cuti persekolahan.. Memang banyaklah rombongan sekolah dan tak kurang juga ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berjalan.
 
 Antara Family Day yang diadakan di sini
 
 
Harga tiket sangat murah. Dewasa Rp 4000, dan kanak-kanak Rp 3000 sahaja.. Lebih kurang
 RM 1.30 untuk dewasa & RM 1.00 untuk kanak-kanak.
Pada awalnya kami agak blur, sebab tak tahu tempat mana nak dituju dahulu, kerana lautan manusia yang terlalu ramai membanjiri taman ini.. Akhirnya kami terus ke arah "Tram" yang disediakan.. MasyaAllah, nak naik Tram pun punyalah ramai orang.. Mereka tak beratur, siapa cepat, dia naik dulu.. Alhamdullilah, Tram yang disediakan agak banyak untuk memenuhi keperluan manusia di taman ini..Macam dah tak nampak binatang dah kat sini, ramainya manusia dan yang berjual beraneka makanan dan permainan pun tak kurang banyaknya..
 
Sementara menunggu Tram sampai
 
Gembira dapat naik Tram
 
Tram mengelilingi Taman Margasatwa lebih kurang 7 minit.. Setelah selesai menaiki Tram, kami bergerak ke arah Satwa Show iaitu persembahan burung kakak tua & beruang matahari..
Satwa Show
 
Cuaca di sini baik, tak terlalu panas. Jerebu pun kurang..Alhamdullilah..
Setelah selesai show, Adam & Ammar dah menunjukkan tanda-tanda kehausan dan penat.. Mungkin tak puas tengok binatang atau belum jumpa sesuatu yang betul-betul menarik perhatian mereka. Kami pun berhenti minum di kedai yang berdekatan. Nak makan memang tak berani, sebab kedai-kedai di sini kebanyakannya tak terjamin kebersihannya..
 
 Ini betul-betul menarik perhatian Adam & Ammar 
 
Menunggang kuda memang menarik perhatian kami.. Tapi seperti biasa, kena beratur lah nak beli tiket dan menunggu kuda sampai.. Tapi sangat puas hati apabila kuda yang dinaiki mengelilingi Taman Margasatwa.. Rasa macam zaman dolu-dolu pulak.. Kami meneruskan perjalanan melihat gajah, orang utan, ular dan macam-macam binatang yang lain..
 
 Dah penat tengok binatang, kita lawan Choo-Choo Train ye...



 Adam & Ammar peminat nombor SATU Thomas & Friends..

Ready to go.. Bye Mama & Papa...Berani plak Si Ammar tu...
 

 Inilah antara daya tarikan di sini...



Si Gajah yang cute
 
Ada perkhidmatan tunggang Gajah di sini. Tapi kami tak sempat naik sebab Ammar dah ngantok sangat. Mungkin ada masa kami akan datang lagi ke taman ini.. Kalau boleh nak datang hari biasa, supaya orang tak ramai.. hehe..
 
Masa untuk makan..
 Kita layan masakan padang pulak.. Pagi Sore antara yang popular di Jakarta
 
Jemput makan ye.. 
 
Masakan padang amat terkenal di sini.. Apabila kami sampai, pelayan menghidangkan lebih kurang 20 jenis lauk pauk yang pelbagai.. Daripada ayam, ikan, udang, sotong, sambal, sayur,
ulam-ulaman dll..
Tapi kalau tak nak kena charge mahal, kita hanya ambil lauk yang kita nak sahaja. Ini kerana, kalau kita ambil walaupun sedikit satu jenis lauk tu, dia tetap akan kira jugak..
So far, makanan nasi padang Pagi Sore memang sedap.. Lain kali boleh datang lagi..
 
Sampai di sini dulu perjalanan kami hari ini. Lepas ni ada banyak lagi destinasi menarik yang akan dikongsikan bersama...
 
 
Salam Sayang..
 
 













Wednesday 19 June 2013

Set Breastfeeding Shaklee.. Apa anda perlu tahu...


Salam..
Saya doakan semoga kalian sihat & sentiasa dilindungi yang maha Esa..
Sepanjang pengalaman saya menyusukan kedua-dua anak saya, pengambilan vitamin amat membantu untuk mendapatkan tubuh badan yang cergas seterusnya mood yang baik bagi memastikan badan saya dapat menghasilkan susu dengan baik. Namun, harus diingat, pengambilan vitamin hanya "tools" yang membantu perjalanan penyusuan. Kekerapan stimulation, pengambilan air yang cukup, pengambilan makanan yang berkhasiat, tempoh mengepam yang konsisten apabila di tempat kerja perlu dititikberatkan.. Jangan salahkan vitamin pulak jika anda tidak mendapat hasil yang diinginkan setelah mengambil vitamin..
 
Ini merupakan basic set untuk ibu yang menyusu.
 

Set di atas lebih dikenali sebagai Set B.
Apa dia Set B???
Set ini mengandungi B-complex, Vitalea (multivitamin), Vit C dan Alfalfa.
Siapa yang perlu Set B??
Set ini sesuai untuk ibu yang tidak mempunyai masalah penyusuan. Ia lebih kepada untuk memperkayakan susu ibu dengan zat & nutrisi. Fungsi setiap vitamin ialah:
Vitalea with iron formula untuk pertumbuhan & pembesaran secara lengkap & menyeluruh,
B-complex: untuk keperluan pertumbuhan otak & emosi
Vit C: focus kepada meningkatkan sistem imun badan
Alfalfa: sebagai perangsang membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu di samping membantu mengurangkan masalah eczema sekiranya bayi mengalami masalah tersebut.
 
Seterusnya, jika anda mengalami masalah pengambilan kalsium yang mencukupi dalam diet harian anda, Ostematrix jawapannya. Set ini dikenali sebagai Set E. Ia merupakan Set B & tambahan Ostematrix.
Ostematrix merupakan formula lengkap kalsium, magnesium & vitamin D.
 
Siapa yang perlu mengambil set ini?
Ibu yang sering mengalami susu merudum setiap kali PMS. Set ini membantu ibu lebih cergas, bertenaga walaupun kurang tidur selain kalsium yang amat diperlukan oleh bayi untuk pembentukan tulang serta gigi si kecil.
 
Set yang setersnya ialah Set 3M
Set ini mengandungi Set B, Ostematrix & ESP
Siapa yang perlu set ini??
Set ini disyorkan kepada ibu-ibu yang mengalami masalah penyusuan.
Bagi ibu -ibu yang perlu menyimpan stok EBM, ibu yang mahu anaknya tidur lena waktu malam dan ibu yang sedang relaktasi..
Masalah penyusuan yang dimaksudkan di sini ialah ibu-ibu mengalami masalah penghasilan susu walaupun telah melakukan sesi perahan setiap 2 jam & pengambilan air sekurang-kurangnya 3L sehari, maka set ini dapat membantu mana-mana kekurangan dalam zat yang diperlukan oleh badan agar badan ibu tadi dapat berfungsi dengan baik seterusnya menghasilkan susu dengan bagus sekali..
ESP merupakan protein soya yang berkualiti tinggi.
 
Dinasihatkan agar ibu-ibu yang menyusu dan ingin mendapatkan set-set penyusuan di atas, mohon dapatkan konsultasi sebelum membeli agar perjalanan penyusuan anda lebih baik selepas mengambil set-set di atas.
 
 
#credit to Pn Norita Idris
 
Salam Sayang.
 
 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649.

Saturday 15 June 2013

Mudahnya mendapat Air Bersih..


Salam.
Selamat berhujung minggu semua. Wah!! bestkan, hujung minggu, masa untuk bersama family bagi yang bekerja.. Bagi yang tak bekerja macam saya fulltime housewife, waktu ni jugak nak istirahat satu family, bawak anak-anak jalan and of course updated kebaikan Shaklee. Tak seronok kalau sehari tak share kebaikan Shaklee. Sebab Shaklee banyak merubah kesihatan keluarga saya dan juga sahabat-sahabat saya..
Oklah, seperti yang kalian sedia maklum, saya & family dah menginap di Jakarta hampir sebulan lebih.Bila cakap pasal Bandar Jakarta, apa yang terbayang di minda ye?? Macet, (jem), penduduk ramai, (mengikut research saya penduduk Jakarta hampir 28 Juta).. Wow.. terpadat, terlalu ramainya penduduk Jakarta, & paling penting pencemaran sangat tinggi di sini..
 
 
macet, macet, macet...
 
 
Bila cakap pasal pencemaran, pencemaran air yang paling menakutkan. Kenapa?? Sebab setiap hari kita perlukan bekalan air yang mencukupi dan semestinya BERSIH.. Itulah yang paling utama. Waktu mula-mula packing barang dr Malaysia, sy terfikir, saya perlukan water filter yang baik di Jakarta. Tp mungkin terlalu mahal dan tak berbaloi plak kalau beli sampai RM 1K+++ hanya untuk digunakan selama setahun..
 

Pencemaran di Jakarta sangat kritikal..


Get Clean Water Pitcher Shaklee jawapannya..
 
Apa yang anda perlu tahu tentang Get Clean Water Pitcher Shaklee??
 
  • Get Clean Water merupakan system penapisan air multipaten yang baru. Berbanding dengan Jag air yang lain, Get Clean Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plimbum sehingga 99%..
  • Get Clean Water merupakan system penapis jag pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastic yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menapis 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.
  • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, cadmium dan bahan-bahan cemar lain di samping mengekalkan kandungan mineral yang sihat.
  • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin.
  • Hanya beberapa sen seliter air..
  • Air yang lebih sihat dan rasanya enak.
  • Jag air bermeter automatic pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik.
  • Ringan, boleh di bawa kemana-mana( ni paling saya suka)
  • Menjimatkan kos, murah, tanpa perlu dimasak.
Begitu mudah kan jika kita dapat sesuatu yang boleh menjadikan kehidupan kita lebih bermakna walau di mana kita berada.. Jadi sekarang saya ngak risau lagi tentang air bersih di rumah saya.. Yelah, saya surirumah yang bertanggungjawab menjaga kesihatan suami dan anak-anak.. Terima Kasih Shaklee kerana memudahkan kerja saya..
Oklah, sampai sini dulu.. InsyaAllah lain entry saya share kebaikan Shaklee dengan produk yang lain..


Sampai Ketemu lagi
DaDa
Salam Sayang

Mama Nani...


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...