Sunday 23 June 2013

Taman Margasatwa Ragunan - Kebun Binatang.


Salam..
Salam Nishfu Sya'ban buat semua umat Islam...
 
 

Inilah destinasi kami sekeluarga hari ni.. Taman Margasatwa Ragunan, Jakarta Selatan @ di sini dipanggil Kebun Binatang.. Kira macam zoo lah ni..
Bila sebut 'Margasatwa' teringat pulak lagu sifu M.nasir. Tanya sama itu Hud Hud..
 
Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh..
 
Oklah, serba sedikit tentang kebun binatang Margasatwa ini. Lokasinya terletak di daerah Ragunan,Pasar Minggu Jakarta Selatan Indonesia. Luasnya 140 hektar dan yang TERBESAR di Indonesia..
Kami bertolak dari rumah jam 10 pagi. Taman Margasatwa kira-kira 10 minit sahaja dari apartment kami.. Tak jauh mana. Setibanya kami di sani, ingatkan antara yang terawal, tapi rupa-rupanya lautan manusia yang telah membanjiri Margasatwa ini.. Al maklumlah, di Jakarta sekarang tengah cuti persekolahan.. Memang banyaklah rombongan sekolah dan tak kurang juga ibu bapa yang membawa anak-anak mereka berjalan.
 
 Antara Family Day yang diadakan di sini
 
 
Harga tiket sangat murah. Dewasa Rp 4000, dan kanak-kanak Rp 3000 sahaja.. Lebih kurang
 RM 1.30 untuk dewasa & RM 1.00 untuk kanak-kanak.
Pada awalnya kami agak blur, sebab tak tahu tempat mana nak dituju dahulu, kerana lautan manusia yang terlalu ramai membanjiri taman ini.. Akhirnya kami terus ke arah "Tram" yang disediakan.. MasyaAllah, nak naik Tram pun punyalah ramai orang.. Mereka tak beratur, siapa cepat, dia naik dulu.. Alhamdullilah, Tram yang disediakan agak banyak untuk memenuhi keperluan manusia di taman ini..Macam dah tak nampak binatang dah kat sini, ramainya manusia dan yang berjual beraneka makanan dan permainan pun tak kurang banyaknya..
 
Sementara menunggu Tram sampai
 
Gembira dapat naik Tram
 
Tram mengelilingi Taman Margasatwa lebih kurang 7 minit.. Setelah selesai menaiki Tram, kami bergerak ke arah Satwa Show iaitu persembahan burung kakak tua & beruang matahari..
Satwa Show
 
Cuaca di sini baik, tak terlalu panas. Jerebu pun kurang..Alhamdullilah..
Setelah selesai show, Adam & Ammar dah menunjukkan tanda-tanda kehausan dan penat.. Mungkin tak puas tengok binatang atau belum jumpa sesuatu yang betul-betul menarik perhatian mereka. Kami pun berhenti minum di kedai yang berdekatan. Nak makan memang tak berani, sebab kedai-kedai di sini kebanyakannya tak terjamin kebersihannya..
 
 Ini betul-betul menarik perhatian Adam & Ammar 
 
Menunggang kuda memang menarik perhatian kami.. Tapi seperti biasa, kena beratur lah nak beli tiket dan menunggu kuda sampai.. Tapi sangat puas hati apabila kuda yang dinaiki mengelilingi Taman Margasatwa.. Rasa macam zaman dolu-dolu pulak.. Kami meneruskan perjalanan melihat gajah, orang utan, ular dan macam-macam binatang yang lain..
 
 Dah penat tengok binatang, kita lawan Choo-Choo Train ye...



 Adam & Ammar peminat nombor SATU Thomas & Friends..

Ready to go.. Bye Mama & Papa...Berani plak Si Ammar tu...
 

 Inilah antara daya tarikan di sini...



Si Gajah yang cute
 
Ada perkhidmatan tunggang Gajah di sini. Tapi kami tak sempat naik sebab Ammar dah ngantok sangat. Mungkin ada masa kami akan datang lagi ke taman ini.. Kalau boleh nak datang hari biasa, supaya orang tak ramai.. hehe..
 
Masa untuk makan..
 Kita layan masakan padang pulak.. Pagi Sore antara yang popular di Jakarta
 
Jemput makan ye.. 
 
Masakan padang amat terkenal di sini.. Apabila kami sampai, pelayan menghidangkan lebih kurang 20 jenis lauk pauk yang pelbagai.. Daripada ayam, ikan, udang, sotong, sambal, sayur,
ulam-ulaman dll..
Tapi kalau tak nak kena charge mahal, kita hanya ambil lauk yang kita nak sahaja. Ini kerana, kalau kita ambil walaupun sedikit satu jenis lauk tu, dia tetap akan kira jugak..
So far, makanan nasi padang Pagi Sore memang sedap.. Lain kali boleh datang lagi..
 
Sampai di sini dulu perjalanan kami hari ini. Lepas ni ada banyak lagi destinasi menarik yang akan dikongsikan bersama...
 
 
Salam Sayang..
 
 













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...