Showing posts with label Vitalea Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Vitalea Shaklee. Show all posts

Tuesday, 17 December 2013

Vitalea Shaklee

Kenali Multivitamin Anda

Salam
Multivitamin Shaklee
Multivitamin diperlukan oleh tubuh badan untuk menyokong keperluan zat dan nutrisi pemakanan harian untuk mengekalkan kesihatan yang lebih baik.
Pengambilan multivitamin terbaik membantu menguatkan system imun dan mengalakkan kesihatan untuk jangka masa panjang.
 
Memilih multivitamin yang terbaik adalah sangat penting untuk menyokong diet harian kita kerana makanan di sekeliling kita hari ini dipenuhi dengan makanan yang telah diproses daripada sos, kicap dan makanan segera. Jadi sangat sukar bagi kita untuk mendapatkan 5-9 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
VITALEA SHAKLEE ADALAH MULTIVITAMIN TERBAIK 
Merupakan multivitamin terbaik yang terkenal dan lebih komprehensif kerana mengandungi 23 VITAMIN dan MINERAL kritikal dalam jumlah yang seimbang untuk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata dan system imun dalam jangka masa panjang.
 
KENAPA PERLU MEMILIH VITALEA SHAKLEE????
 

Memang tidak dapat dinafikan, pelbagai jenis multivitamin di pasaran hari ini. Tetapi mengapa kita perlu memilih Vitalea Shaklee sebagai multivitamin pilihan yang terbaik? Lihat gambar di atas mengenai kandungan vitamin dan mineral yang terkandung dalam multivitamin Shaklee berbanding jenama yang lain.
  • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
  • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang yang sihat
  • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot dan fungsi saraf
  • 2 kali lebih Beta karotena untuk membentk Vitamin A yang lebih biopatent
  • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
  • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
  • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
  • 10 kali lebih biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga
 Kebaikan Multivitamin Vitalea Shaklee
Multivitamin terbaik Vitalea Shaklee juga menggunakan system penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee bagi meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrient penting untuk kesihatan keseluruhan sel.
Vitalea Shaklee juga telah menjalani 349 ujian kualiti yang paling ketat untuk menjamin measlian dan keberkesanan produk.
 
Siapa Yang Memerlukan Vitalea Shaklee??
  • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh untuk jangka panjang
  • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
  • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
  • Remaja yang sedang membesar
  • Wanita yang mementingkan kesejahteraan dan kesihatan mereka
  • Semua peringkat usia lelaki dewasa
  • Wanita yang menopous
  • Wanita hamil
  • Wanita dalam berpantang
Boleh tonton video mengenai penyerapan Vitalea terhadap tubuh badan seseorang..
 
Memilih Mutivitamin yang baik dan betul amat penting bagi menjamin kesejahteraan dan kesihatan berpanjangan. Shaklee mengeluarkan supplement yang berkualiti dan terbaik dan semestinya HALAL..
 
Salam Sayang
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 12 November 2013

Set Berpantang Shaklee - Mana Pilihan Anda??

" Saya sudah 37 minggu, tapi tidak tahu Set Berpantang mana yang perlu dipilih"... 


Salam
Menjadi lumrah ibu-ibu apabila sudah hampir saat-saat melahirkan kita sibuk dengan persiapan untuk membeli kelengkapan bayi.. Set Berpantang juga tidak kurang pentingnya terutama untuk si ibu di kala tempoh berpantang.



Set Bersalin Shaklee
Memori terindah sewaktu mendakap bayi
Ramai antara kita yang merasakan tempoh berpantang merupakan saat yang sungguh membosankan.. Mana taknya banyak perkara yang tidak boleh dilakukan dan banyak juga makanan yang tidak boleh disentuh dalam waktu ini. Oleh itu, set berpantang yang sesuai dan terbaik menjadi perkara penting agar kita dapat menjalani tempoh berpantang ini dengan baik, sihat dan ceria.


Di sini terdapat 3 set Berpantang Shaklee yang disediakan khas untuk ibu-ibu selepas melahirkan.
 
SET ASAS
  • Vitalea - Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Oleh kerana ibu banyak kehilangan darah, ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang. Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • B-Complex- Menukarkan makanan kepada tenaga. Menjadikan si ibu yang berpantang kurang letih dan lebih bertenaga. Melawan tekanan / stress. Mencegah anemia.
  • Zinc kompleks - Mempercepatkan pemulihan luka samaada bersalin normal atau pembedahan. Penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnya. Kandungannya banyak terdapat dalam ikan haruan. Selain protin, ikan haruan kaya dengan zinc. Mempertingkatkan system imun. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
  • Sustained Release Vitamin C - Peningkatan system imun. Mencantikkan kulit. Kebiasaanya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam. Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama jeragat. Mempercepatkan pemyembuhan luka jahitan.
SET OPTIMUM
Sama seperti set asas.
Tambahan ESP +.Ostematrix (Kalsium& Magnesium)
  • Ostematrix: - Kalsium yang seimbang, kadar penyerapan 99%. Komponen utama dalam susu ibu selain air dan protein ialah kalsium. Menguatkan tulang. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas yang selalunya si ibu yang melalui pembedahan terdedah untuk menjadi kebas serta kejang. Meringankan stress dan mengimbangi tekanan darah. Mengelakkan sembelit.Melegakan otot dan saraf si ibu.
  • ESP:- Menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat di hasilkan oleh tubuh manusia. Membantu meningkatkan system imun dalam badan. Memberikan tenaga kepada si ibu. Protien diperlukan untuk menghasilkan hormone dalam badan. Penyusuan susu ibu berkaitan dengan 2 hormone iaitu Prolactine & Oxytocin.Protien ialah komponen penting selepas air. Kekurangan protein semasa pantang menyebabkan si ibu mengalami masalah penyusuan.
SET PREMIUM + SLIMMING
Sama seperti SET OPTIMUM


 Tambahan Lecithin & Alfalfa Complex

  • Lecithin:- Mengandungi 13 kebaikan untuk kesihatan manusia. Mengandungi Choline untuk kecerdasan akal. Si ibu yang mengambil lecithin semasa menyusu akan mengalirkan Choline yang sangat baik untuk otak dan kepada bayi yang menyusu. Lecithin membantu memecahkan molekul asid lemak kepada rantaian halus dan memudahkan di emulsi dan membantu menurunkan berat badan.
  • Alfalfa Complex: - Alfalfa ialah tumbuhan yang mengandungi banyak kebaikan dan manfaat dalam kesihatan. Kaya dengan serat, protein, amino asid, klorofil, 15 zat galian, 10 vitamin, 8 enzim & fitokimia. Memerangkap lemak yang telah dicairkan oleh lecithin dan akan di bawa keluar dari badan. Alfalfa juga merupakan galactagogue iaitu herba untuk membanyakkan susu ibu.
Tambahan:
  1. Set bersalin/berpantang Shaklee boleh diambil sejurus selepas bersalin.
  2. Boleh diambil untuk Si Ibu yang bersalin normal atau pembedahan
  3. Membantu Si Ibu pulih dengan cepat dari luka bersalin / luka Episiotomi
  4. Membantu menambah darah dan memberi tenaga.
  5. Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  6. Selamat untuk ibu dan bayi yang mneyusu.
Pilihan di tangan anda. Buatlah pilihan yang tepat dan bijak.. Untuk kebaikan, kesihatan & keceriaan ibu dan anak



 

Happy Confinement and Happy Breastfeeding Mommy...
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday, 1 August 2013

Tips Meningkatkan Berat Badan.

Terlalu kurus?? Berat Tidak Ideal?? Nampak Macam Sakit??

Salam
Kita selalu cerita tentang orang berisi nak kurus, nak berdiet. Hari ni nak cerita orang kurus nak berisi sikit. Bagi sedap sikit badan . Tak delah kalau berjalan rasa macam melayang je badan.
 
Basic Set Shaklee- naikkan berat badan


 
Setiap orang mengalami masalah yang tidak sama. Namun semua itu pasti ada jalan penyelesaiannya. Pilihan di tangan kita. Bagi mereka yang terlalu kurus ada beberapa faktor yang menyebabkan situasi ini.
Antaranya:
  • Faktor Genetik
  • Terlalu Stress
  • Kurang Makanan Berkhasiat
  • Kurang Minum Air
  • Kurang Berehat / tidur
  • Gangguan Metabolisme tubuh (metabolisme terlalu tinggi)
  • Kurang bersenam
Di sini saya mencadangkan beberapa vitamin khusus untuk menambahkan berat badan.
 
 
Meal Shakes:
Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya dengan kalsium, fiber dan protein. Berperisa Vanilla dan boleh ditambah dalam minuman kegemaran harian kita. Protien amat penting dalam proses menambah berat badan kerana pengambilan protein boleh mengisi keperluan tubuh. Protien juga adalah asas kepada pemakanan tubuh badan samaada nak tambah berat badan, nak kurus atau nak cantik, semuanya perlukan protein. Antara lain juga, protein membantu penyerapan yang lebih baik ke atas vitamin lain yang kita ambil. Protien membantu dalam membuang sel mati dan menggantikannya dengan sel yang lebih sihat dan cantik. Sel yang sihat membantu penyerapan vitamin lain dalam tubuh badan dengan lebih efisyen dan baik.
 

Vitalea (Multivitamin with Iron Formula)
Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin penting bersama dengan zat besi yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah, membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit ini terjadi kerana kekurangan iodin dan ini memang terdapat di dalam Vitalea Shaklee). Vitamin sangat penting dalam diet harian kita. Jika kita kurang makan, tetapi dengan pengambilan Vitalea ini dapat membantu badan rasa lebih bertenaga, tidak mudah lesu, mudah pitam dan mempunyai tekanan darah yang rendah.
 
B-complex
Vitamin yang sangat penting bagi memperbaiki peredaran darah dalam badan dan meratakan tona warna pada kulit wajah. Ia mengandungi 8 jenis vitamin B yang sangat penting untuk keperluan tubuh. Di samping membantu mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, ia juga menggalakkan kesihatan system kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan emosi / stress dan meningkatkan system pertahanan badan.
 
 
Tips Menaikkan Berat Badan
  1. Ambil makanan yang lebih seimbang. Lebihkan makanan tinggi protein seperti telur, daging dan susu. Makan ikut masa, jangan skip meal. Elakkan makan makanan yang tinggi lemak, minyak dan kolestrol tinggi kerana ini penyumbang penyakit yang lebih parah.
  2. Makan vitamin secara konsisten. Jangan lupa pengambilan air yang cukup juga penting. Baru badan sihat dan cergas sepanjang hari.
  3. Luangkan sedikit masa untuk aktiviti senaman atau riadah. Orang kurus pun perlu bersenam ye. Ini bagi membantu otot-otot menjadi lebih sihat, cantik dan bentuk badan lebih cantik dan mantap. Apa yang paling penting kena konsisten. InsyaAllah akan menampakkan hasilnya.
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday, 31 July 2013

Ibu Mengandung: Vitamin apa yang sesuai diambil

There's Nothing Better Than Being Called  MOMMY!!

 
Salam
Saya doakan kalian semua pembaca blog saya dalam keadaan sihat menjalani ibadah puasa dan terus meningkatkan amalan sebanyaknya. InsyaAllah.

Set Vitamin Ibu HAmil Shaklee
I'm Expecting

 
Tidak dinafikan, vitamin merupakan makanan tambahan yang amat diperlukan oleh badan untuk mengisi ruang-ruang kosong yang tidak dapat dipenuhi oleh si ibu dalam diet seharian mereka. Bagi ibu mengandung terutamanya, ada beberapa vitamin yang disarankan untuk diambil semasa mengandung demi memastikan bayi dalam kandungan membesar dengan sihat dan cukup dengan keperluan zat.
 
Vitamin Apa Yang Perlu??
 
 Vitamin yang perlu diambil oleh ibu mengandung adalah protein, multivitamin yang lengkap dengan zat besi, B-complex, yang lengkap dengan Folik Asid, Vitamin C, Kalsium dan Omega.


Fungsi Setiap Vitamin

 Secara ringkasnya, kepentingan setiap vitamin adalah seperti berikut:
  • Protien: untuk membina sel. Sel terbina daripada protein. Tanpa protein, pembinaan dan perkembangan sel boleh terbantut.
  • Multivitamin dengan zat besi: demi memastikan sel mendapat semua vitamin yang penting dalam membentuk organ. Zat besi sangat penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.
  • B-complex: penting untuk pembinaan sel darah, saraf dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala.
  • Vitamin C: pembentukan kolagen dan membentuk system antibody
  • Kalsium: pembinaan sel darah merah serta tulang bayi yang sempurna
  • Omega: membantu pembentukan sel otak
 Harus diingat, ada beberapa vitamin yang tidak disarankan diambil semasa mengandung. Antaranya ialah
  • Vitamin E
  • Alfalfa
  • GLA
  • Vivix
  • Cinch
(dapatkan nasihat doctor jika diperlukan).
Vitamin yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan kerana dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya di awal-awal kehamilan, imunisasi si ibu memang rendah kerana memberi laluan kepada bayi untuk membesar dalam rahim. Pengambilan vitamin yang tinggi antioksidan boleh menyebabkan risiko keguguran pada janin. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sahaja sejurus selepas si ibu disahkan mengandung bagi menjaga janin dalam kandungan.
 
#credit to Pn Norita Idris
 
Sebelum anda membeli apa jua vitamin, dapatkan nasihat dan konsultasi dari pengedar yang sah agar pengambilan vitamin memberi kesan yang optimum dan terbaik buat anda dan bayi.
 
Set Vitamin Ibu Mengandung untuk tempoh 9 bulan kehamilan
 
 Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 23 July 2013

6 Tips Penyusuan Awal Bayi

Adakah anda tahu bahawa pengalaman penyusuan di hospital selepas bayi dilahirkan boleh memberi kesan kejayaan anda?

Salam.
 
set penyusuan ibu Shaklee
Beberapa tips untuk membantu ibu-ibu mendapatkan permulaaan penyusuan yang baik.

 
1.  Mengikut pengalaman, jika anda bersalin di hospital kerajaan, sejurus selepas melahirkan, anda perlu terus menyusukan bayi. Berbeza dengan hospital swasta. Kedua-dua anak saya bersalin di hospital swasta. Anda perlu meminta supaya bayi diletakkan kulit ke kulit pada dada anda sejurus selepas bayi dilahirkan. Ini dinamakan "Golden Hour." Bayi disarankan agar kekal kulit ke kulit dengan anda sehingga saat pertama anda menyusukan bayi atau sekurang-kurangnya satu jam pertama selepas bayi dilahirkan.

 
2.Teruskan menyusukan bayi setelah dilahirkan mengikut keperluan bayi. Lagi kerap bayi disusukan pada awal kelahiran, lagi banyak susu anda. Pastikan bayi mendapat Kolostrum. Kolostrum merupakan cecair yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.
Kolostrum merupakan cecair yang bewarna kuning di dalam botol di sebelah kiri. Manakala botol sebelah kanan merupakan susu ibu yang sudah matang.
 
Apakah sifat cecair EMAS ini?
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak- kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

 
3.Pastikan bayi berada di dalam bilik bersama anda. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa ibu-ibu baru tidak mendapat tidur yang lena jika menghantar bayi kembali ke nurseri.

 
4.Breastfeeding tidak menyakitkan!! Jika anda merasa sakit, ia selalunya dikaitkan dengan lekapan bayi pada B tidak betul atau ia mungkin boleh menjadi isu dengan mulut bayi atau puting ibu (Inverted Nipple). Minta bantuan jururawat atau doktor agar lekapan bayi pada B si ibu  betul dan penyusuan dapat berlangsung dengan baik.

5.Bagi ibu baru yang pertama kali menyusukan bayi pastinya bimbang bahawa anda tidak mempunyai susu yang cukup. Ingat bahawa perut bayi anda adalah kecil. Sekecil biji guli. Bayi anda akan mempunyai berat badan yang bersesuaian dengan umurnya. Jika anda memilih untuk memberikan susu formula apabila anda mendapati berat bayi  tidak memuaskan, maka cara ini hanya akan menyebabkan pengurangan susu ibu. Anda boleh mengambil alternatif dengan mengambil lebih makanan yang tinggi protein untuk mendapatkan susu ibu yang lebih berlemak.

 
6.Kebanyakan hospital tidak menggalakkan penggunaan puting. Puting yang diberikan terlalu awal boleh mengganggu penyusuan. .

 
7. Sebelum anda pulang ke rumah, pastikan anda tahu bagaimana untuk meminta bantuan sekiranya ada masalah berkaitan dengan penyusuan. Berbincang dengan doktor atau berjumpa dengan pakar Laktasi.
Selepas melahirkan, pastinya anda berpantang dengan baik dan betul, Teruskan penyusuan tanpa syarat agar bayi mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Shaklee menyediakan Set Berpantang dan Set Penyusuan untuk ibu-ibu yang memerlukan vitamin untuk menjamin kesihatan yang lebih optimum..
Set Berpantang Shaklee. Badan lebih sihat bertenaga


Set Penyusuan untuk kesihatan ibu dan si comel
 
Berminat mendapatkannya?? Konsultasi percuma dengan setiap pembelian produk.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday, 22 July 2013

Cara Makan Vitamin Shaklee dengan Betul

Kenapa saya makan Vitamin ni tak nampak kesannya?? Vitamin ni tak baguslah...

Salam.
Adakalanya kita sering menyalahkan sesuatu perkara oleh kerana kita tidak tahu perkara yang sebetulnya.. Ada sesetengah individu yang mengambil vitamin, tetapi tidak tahu cara memakan vitamin dengan betul. Alhamdullilah, jika anda mendapatkan vitamin dari saya @ Motherhood Store atas setiap pembelian, saya akan menerangkan kepada anda jadual dan tips makan vitamin dengan betul. Tak nak lah kita menyalahkan produk Shaklee hanya kerana cara kita memakan vitamin yang tidak betul.
 
Tips makan Vitamin Shaklee
 
1.  Energizing Soy Protien (ESP)
 Diambil pada waktu pagi sewaktu perut kosong. Ini kerana pada waktu pagi kadar metabolisme kita tinggi berbanding pada waktu lain. Maka semua asid amino dapat diserap dengan lebih berkesan. Bagi yang ingin berdiet, boleh diambil antara waktu makan. Contohnya, antara waktu sarapan pagi ke makan tengahari. Ini dapat mengelakkan kita daripada makan secara berlebihan kerana ESP membantu kita rasa lebih kenyang.
 
 
2. Alfalfa
Jangan diambil bersama dengan Vitamin E @ GLA. Vitamn E akan dihalang oleh Alfalfa dari diserap dengan baik. Alfalfa adalah serat manakala Vitamin E adalah Vitamin yang berfungsi baik jika ada lemak. Serat suka serap lemak. 


 
3.   Ostematrix (Kalsium)
Disarankan diambil sebelum tidur. Jangan diambil bersama iron (Vitalea / Multivitamin with iron Formula)
 
 4.   Sustained Release Vitamin C
Jika demam boleh diambil 2 biji sehari. Patahkan dahulu vitamin sebelum ditelan.
 
5.   Vitalea
Jangan diambil dengan minuman bersusu atau sumber kalsium lain seperti Ostematrix. Ini kerana Ostematrix akan menganggu efisiensi penyerapan zat besi dalam Vitalea.
 
6.   Vitamin Larut Lemak ( A, D, E & K)
Vitamin ini perlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Disarankan diambil selepas mengambil makanan berlemak atau berminyak.
 
7.  Jangan diambil vitamin bersama minuman berkafein atau air berkarbonat kerana akan mengurangkan kadar penyerapan supplement secara efisiensi. Jika hendak minum juga, ambil setengah jam sebelum atau selepas makan vitamin.
 
Travel kit untuk penyimpanan Vitamin
 
 8. Jika anda travel dalam tempoh masa tertentu, jangan abaikan pengambilan vitamin. Sediakan Travel Kit untuk penyimpanan vitamin anda agar vitamin tetap di makan setiap hari walaupun kita travel. Travel Kit ini biasanya di jual di farmasi dalam pelbagai bentuk dan corak pilihan.

9. Yang paling UTAMA, pengambilan air perlulah mencukupi iaitu 2-3 Liter sehari. Jangan kurang. Pengambilan air yang kurang amat menganggu penyerapan vitamin, akhirnya anda tidak mendapat hasil dari vitamin yang di makan.

Semoga tips yang saya kongsikan, sedikit sebanyak dapat membantu anda yang masih samar-samar untuk memakan vitamin dengan betul.
 
Berminat mendapatkan vitamin..
 
Salam Sayang
 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...