Saturday, 6 July 2013

Kenapa Berat Lambat Turun Atau Susah Nak turun??


Saya dah cuba macam-macam... Tapi susah betul nak dapat berat Ideal...

Salam
Ayat di atas selalu kita dengan kan, bagi mereka yang menghadapi masalah berat badan. Sape tak nak cantik kan, slim ala ala model. Tapi janganlah kurus sangat. Wanita terutamanya, antara yang prihatin isu ini. Kadang boleh jadi super sensitive tau, bila kita sebut bab kurus vs gemuk
Tips turun berat badan
 
 Ramai yang menghadapi masalah dalam proses penurunan berat badan. Oklah, tak payah berleter panjang, jom kita tengok beberapa faktor yang menyebabkan kegagalan dalam ber diet.
 
1.   Kekurangan pengambilan Air Kosong
 
kurus dengan set Shaklee 
 


Ramai di kalangan kita kurang untuk minum air kosong. Air di sini bukan air  manis ye. Kopi, teh, berkarbonat.. No No No.. Bukan minuman bergula. Tetapi air kosong.. Lagi besar badan kita, lagi tinggi BMI kita lagi banyak air kosong yang perlu diminum. As simple as that.
Jika BMI anda dalam kategori OBES, anda perlu minum 6 Liter air dalam sehari. Apabila kita banyak minum air kosong maka banyaklah body fat akan hilang. Seronok kan.
Ayat yang selalu kita dengar: " Malaslah nak minum air banyak, nanti asyik ke tandas je"
Memang itulah point nya banyak ke tandas. Bila kita selalu membuang air kecil, dari situlah bermulanya proses penurunan berat badan / penurunan lemak bawah badan kita. Mudah je. Minum air, body fat turun, berat pun turun. Tapi, janganlah pulak kita minum air 6 Liter sehari dalam masa sejam, sebab nak cepat. Pengambilan air dalam sehari biarlah seimbang. Sebagai contoh:
 
6-10 a.m : 2L
10 - 2 p.m: 2L
2 - 7p.m : 2L
7- 9 p.m : 2L

Ini hanya contoh. Anda boleh menyusun waktu pengambilan air mengikut kesesuaian masing-masing.

2.   Pengambilan Makanan Ringan / Junk Food

Cantik je tersusun kan... Tapi inilah yang merosakkan diet kita

Pada saya, junk food ni atau makanan ringan ini merupakan silent killer untuk mereka yang dalam proses menurunkan berat badan. Kenapa??? Sebab ia berlaku tanpa kita sedar. Memanglah kekadang tu kita ni nak mengunyah, saya pun termasuk sama. Terutama waktu menonton tv, bersembang. Sekali- sekala tidak mengapa but not everyday, just in a small quantity. Tapi bagi mereka yang sedang ber diet dan masih belum mencapat target berat ideal, just say NO to junk food and unhealthy snacking.
 
Macam mana nak menyelesaikannya??
Tukar kepada healthy snack. Contohnya, buah-buahan, yogurt dan lain-lain makanan berkhasiat..


Memanglah mula-mula tu rasa tak biasa, rasanya tak sesedap junk food kan, tapi lama-lama bila dah banyak kali makan dan jadikan rutin, mesti sedap.. InsyaAllah..

3.   Konsisten
 
Ini adalah kunci segalanya.. Konsisten. Bukan sahaja dalam penurunan berat badan , malah apa sahaja yang kita lakukan perlulah konsisten dan istiqamah, barulah Nampak hasilnya.. Nak kurus bukanlah mudah, Bukan cakap hari ini esok dah kurus. Bukan sehari, dua hari, seminggu. Tidak.. Perlu serius. Ulang, ulang, ulang dan ulang. Benda yang sama jika kita buat berulang kali, hasilnya akan kita capai satu hari nanti. Sebagai contoh pengambilan air. Kalau kita perlu mengambil air 6 L sehari maka lakukan setiap hari. Jangan hari pertama 6L (sebab bersemangat), hari kedua 5 L (sebab sibuk) hari ketiga 3L (sebab travel, susah nak minum air) hari keempat back on track 6 L. Jadi kalau tak turun jugak berat, jangan salahkan sesiapa. Sebab kita sendiri tak konsisten. Badan pun boleh confius dengan kita.
 
4.   Senaman
Honestly, saya pun bukan yang rajin bersenam. Tapi memandangkan ada banyak kebaikan bila bersenam, so saya dah mulakan. "Sibuk, tak de masa lah..." Luangkan lebih kurang 20 minit dalam sehari untuk beriadah. Ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan, antaranya:
  • Berenang
  • Jogging
  • Aerobik
  • Berbasikal

Mungkin ada banyak senaman ringkas lain yang boleh dibuat dalam proses menurunkan berat badan, Apa yang penting, KONSISTEN ye.. Jangan hari ni buat, esok tak buat. Supaya kita dapat lihat hasilnya nanti.
 
5.   Jangan Berlapar
Ramai antara kita yang dalam proses ber diet, terus skip makan setiap hari. Anda perlu makan seperti biasa, tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Pilih makanan yang lebih banyak protein, vitamin dan fibre berbanding lemak dan karbohidrat. Ini kerana badan masih memerlukan tenaga untuk membakar kalori dan lemak.  Hindari minuman manis. Protien juga boleh memberi sumber tenaga selain karbohidrat. Jadi jangan tahan lapar. Menurut pakar kesihatan, Kevin Zahri kalau nak turun berat badan 70% ialah diet yang kita makan 30% senaman. Maka lihatlah nisbah ini. Diet dalam pemakanan penyumbang utama dalam menentukan berjaya atau tidak kita dalam menurunkan berat badan.
 
6.   Makan Lewat Malam
Makan selepas 8 malam menyebabkan kita mendapat banyak kalori dan indeks masa tubuh yang tinggi. Jika kita nak makan juga, pilih makanan yang kurang gula dan rendah lemak.
 
7. Kurang Tidur
Tidur yang kurang dari 5 jam sehari menyebabkan berat sukar untuk turun. Semakin kurang tidur semakin tinggi nafsu untuk makan. Oleh itu, dapatkan tidur secukupnya untuk memperbaiki organisme badan.
 
8. Makan Dalam Pinggan Besar
 
Memanglah nampak remeh je. Hanya pinggan. Tapi ini juga antara faktor menyebabkab kita akan berpotensi mengambil makanan yang banyak. Gunakan pinggan yang kecil. Pinggan kecil akan memberikan ilusi bahawa makanan yang di ambil sudah cukup. Mulai hari ini, tukar style makan kita ye, kalau nak dapat berat ideal. 
 
 Memandangkan bulan puasa yang dah tak lama lagi, elok sangatlah kalau nak start ber diet. Puasa juga dapat merehatkan organ badan di samping mencuci usus agar lebih sihat.
 
Ini antara set diet Shaklee untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan.
 
Semoga panduan tadi dapat menjadi inspirasi untuk anda yang ingin menurunkan berat badan, Saya doakan semoga anda Berjaya..
 
Salam Sayang
 
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...