Thursday, 18 July 2013

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Dah Kenal...Hmmmm...Terus jatuh Cinta..

 
Salam Ramadhan.
Kebelakangan ini banyak terima feedback dari customer yang dah makan vitamin Shaklee, Rata-ratanya amat berpuas hati dengan kesan positif terhadap mereka. Alhamdullilah. Saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua.. Amin..
Hari ini nak citer sikit, macam mana saya mula-mula mengenali Shaklee dan makan vitamin ni.. Selepas melahirkan anak pertama saya memang sudah menyimpan niat untuk menyusukan anak saya sepenuhnya dengan susu ibu. Maka banyaklah persiapan yang dilakukan bermula dari kelengkapan penyusuan dan seterusnya ilmu breastfeeding. Alhamdullilah pra pertama penyusuan berjaya ditempuh iaitu 6 bulan pertama menyusu sepenuhnya. Waktu tu memang dah naik kerja, so setiap hari berhempas pulas mengepam susu di tempat kerja untuk simpanan EBM anak di nursery keesokan harinya. Selepas 6 bulan, saya perhatikan susu saya semakin merosot, badan pula makin tak bermaya. Mana taknya, pulun mengepam, balik rumah nak direct feeding baby lagi, nak masak, uruskan rumahtangga dan macam2 lah kerenah birokrasi.. hehe… Mood pun tak menentu je.. setiap kali mengepam asyik fikir susu cukup ke untuk baby ni, akhirnya susu pun makin berkurangan..
Waktu tu saya ada join forum susu ibu.com. Waktu tengah mencari solusi untuk masalah saya ni, saya pun terjumpa dengan izin Allah, orang yang menjual vitamin Shaklee. Vitamin ini katanya dapat membantu tubuh si ibu lebih bertenaga dan dapat mengepam dan menyusukan baby dengan lebih baik. Bermula dengan set trial, saya mengambilnya selama sebulan. Apa yang saya perhatikan, saya lebih bertenaga. Hmmm... Memang best.. Badan tak rasa penat walaupun selepas mengepam atau menyusukan baby. Boleh buat kerja di pejabat, dan sambung pula dengan kerja-kerja di rumah. Alhamdulillah.. Terima Kasih kepada Kak Norita Idris kerana memperkenalkan dengan Shaklee dengan izin Allah. Bertitik tolak daripada itu, saya pun mencuba pelbagai lagi vitamin Shaklee yang dapat meningkatkan tahap kesihatan saya dan keluarga.
 
Antara vitamin yang saya amalkan, ESP, B-complex, Vit C, ostematrix, Vitalea, GLA/Vitamin E, Alfalfa, Meal Shake, Performance Drink & Nutriferon (seminggu sekali untuk boost immune system). Bila orang tengok mesti kata " mesti keluar duit ratus-ratus ni nak maintain makan vitamin setiap bulan?" Pada pendapat saya pula, saya lebih rela berhabis beratus ringgit untuk keperluan vitamin ini daripada keluar duit beratus ringgit apabila sudah sakit untuk keperluan ubat di hospital.. Hakikatnya, vitamin Shaklee tidak mahal dan sangat jimat. Ini kerana ada sesetengah vitamin yang boleh digunakan sehingga 3 bulan. Jadi tidak semestinya kita perlu membelanjakan ratusan ringgit pada setiap bulan. Vitamin-vitamin ini juga saya makan bersama suami tercinta. Tak naklah kita sorang je sihat.. Kesihatan suami perlu juga di jaga. Anak-anak juga tidak dilupakan. Saya akan pastikan mereka akan mengambil Meal Shake dan Omega Guard untuk meningkatkan tahap kesihatan.
Keputusan di tangan anda. Kita sahaja yang boleh mengubah cara hidup kita ke arah yang lebih sihat dan baik. Tidak salah membelanjakan sesuatu untuk kesihatan orang tersayang dan lebih baik di cegah sebelum keadaan menjadi parah.. Vitamin Shaklee adalah vitamin semulajadi. Maka ia selamat digunakan untuk semua peringkat usia.
Keluarga adalah segalanya bagi saya
Jika anda berminat mendapatkan vitamin-vitamin Shaklee untuk pelbagai kegunaan kesihatan, jangan malu-malu, jangan segan-segan, boleh berhubung dengan saya
  • Facebook: Nurhanani Hanani
  • Page: Motherhood Store
  • Whatsaap: 017-7724649
Salam Sayang
 


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...