Tuesday 29 October 2013

Manfaat Meminum Air Kosong


Malas Nak Minum Air.. Nanti Asyik Nak Ke Tandas Jee.. 

Salam.
Pernyataan di atas seringkali kita dengar bila kita perlu meminum air kosong atau air masak kosong
.
Kebaikan air mineral kosong

 
 Ada sesetengah pihak yang menganggap perkara ini remeh dan ada yang memandangnya tidak penting. Pelbagai alasan diberikan untuk tidak meminum air kosong kerana mungkin rasanya yang tidak enak atau malas untuk ke tandas jika perlu diambil dalam kuantiti yang banyak.
Hakikatnya banyak manfaat dan kebaikan yang akan diperolehi jika kita meminum air kosong.
 
  1. Membantu menguruskan badan
  2. Meningkatkan kesuburan
  3. Melancarkan system pencernaan
  4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkab kanser
  5. Perawatan bagi kecantikan
  6. Tubuh lebih segar dan sihat
  7. Menyihatkan jantung
  8. Ubat bagi penyakit strok
  9. Seimbangkan suhu badan
  10. Mencegah keletihan dan pening kepala
 
Air berfungsi menjaga proses pencernaan. Sekiranya air dalam badan kurang, usus besar akan menyerap kembali cecair dari kotoran. Keadaan ini menyebabkan berlakunya SEMBELIT atau sukar membuang air besar kerana terlalu kering.
 

 
 Bagaimana Menyukat Pengambilan Air Seharian Kita??
Di sini saya berikan panduan untuk anda menyukat pengambilan air dalam satu hari.
  • Bangun dari tidur minum segelas air
  • Selepas ke tandas minum segelas air
  • Minum segelas air sebelum masuk tidur
  • Minum segelas air setiap satu jam
  • Minum segelas air setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi (bagi ibu-ibu yang menyusu)
  • Bawa air kosong walau di mana kita berada dan ke mana kita pergi
InsyaAllah pada penghujung hari kita dapat minum lebih kurang 2 -3 Liter air sehari. Mudah kan??
 



Jika anda merasakan sukar untuk meminum air kosong kerana tiada rasa atau meloyakan, boleh cuba cara ini. Tambahkan hirisan lemon ke dalam air kosong untuk meningkatkan kesegaran dan rasa yang lebih enak dan nyaman. Saya sendiri mengamalkan pengambilan air kosong dengan lemon. Kita juga sedia maklum banyak khasiat lemon kepada badan kita. Jadi apa tunggu lagi. Amalkan pengambilan air kosong yang konsisten bagi menjamin kesihatan yang lebih baik.
 
Sejujurnya saya memang mengamalkan pengambilan air kosong 3 liter sehari. Ada yang bertanya bagaimana saya mengekalkan tubuh badan walaupun selepas melahirkan?? Ada yang berkata faktor genetik dan ada pula mengatakan tahap metabolisme yang tinggi.
 
Pada pendapat saya, jika kita ingin mendapatkan tahap metabolisme yang tinggi, meminum air masak yang banyak amat membantu. Ini kerana air masak kosong tidak mengandungi kalori, gula dan lemak dan mampu mengurangkan berat badan. Jangan lupa apabila kita ke tandas kerana meminum air kosong, ini merupakan petanda baik, kerana system perkumuhan kita berjalan lancar di samping membuang toksin dalam badan. Apabila toksin di dalam badan sudah berkurangan maka mudah segala khasiat vitamin yang kita makan dapat diserap dengan baik ke dalam badan.

Semoga panduan ini dapat menyedarkan kita semua betapa pentingnya AIR KOSONG dalam kehidupan seharian kita.
Mulakan hari ini bagi yang tidak gemar minum air kosong.. SUKAT SUKAT SUKAT pengambilan air kosong kita seharian.. Semoga anda semua lebih sihat dan bertenaga menjalani kehidupan seharian. Amin
 
Salam Sayang
 


# Sudi-sudikan LIKE PAGE saya: www.facebook.com/MotherhoodStore


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday 24 October 2013

Set Mighty 3 GEMS Shaklee

Nak Sihat?? Nak Cergas?? Nak Tenaga Segera??

Meal Shake, ESP, Performance Drink

Assalamualaikum semua.. Selamat bertemu kembali.. Dah lama rasanya tak menulis dalam blog ini.. Rindu rasanya. Hampir 2 bulan.. Hari ini Puan Nurhanani kembali beraksi...hehe.. (macam ape je bunyinya)..
Oklah. Hari ini saya nk story skit tentang vitamin favourite saya yg tak kan miss minum every morning. Iaitu ESP (Energizing Soy Protien), PD (Performance drink) & MS (Meal Shake)
Gambar kat atas ni mmg power kan.. Semua orang nak sihat, cergas and kalau boleh nak jadi macam super women. Al-maklumlah sebagai isteri dan ibu dan bekerjaya lagi kita kadangkala cepat sgt letih dan capek (bahasa Indo) setelah seharian bekerja. Set mighty 3 GEMS ini membantu anda untuk kekal cergas menguruskan kerja pejabat kemudian menguruskan kerja-kerja rumah.
Apa kata kita check out  kebaikan & manfaat setiap vitamin dalam Set Mighty 3 GEMS ini..
 
ESP (Energizing Soy Protien)
  • ESP memberikan tenaga segera di samping memberi khasiat kalsium dan B-complex.
  • Protien berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dapat membantu mengekalkan otot, membaiki tisu dan fungsi enzim dan hormone yang teratur
  • Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula dalam darah normal.
  • Membantu menyokong system imun, mengekalkan tahap kolestrol normal dan mengalakkan kesihatan jantung dan prostat.
  • Sesuai untuk ibu menyusu, ibu mengandung, lelaki dan perempuan serta warga tua.
PD (Performance Drink)
  • Membantu meningkatkan daya tahan badan dan membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan.
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting, memberi tenaga pada otot dan paras bendalir yang diperlukan bagi penghidratan yang wajar.
  • Ia bukan Milk Booster @ minuman penambah susu, sebalikya membantu tubuh kita menjaga kestabilan bendalir agar kita kekeringan.
  • Ia mengandungi formula karbohidrat unik Shaklee iaitu Opticarb yang membekalkan tenaga serta merta.
  • Opticarb ialah rangkaian karbohidrat yang memberikan kita tenaga berterusan dengan kestabilan gula dalam darah.
  • Budak demam elok diberikan PD kerana biasanya budak demam tiada selera makan dan minum maka PD membantu mencegah dehydration.
MS (Meal Shakes)
  • Minuman berasaskan susu ini digemari kanak-kanak kerana berperisa vanilla.
  • Ia membekalkan multivitamin & mineral dalam setiap hidangan yang baik untuk tumbesaran anak kita.
  • Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral penting yang perlu untuk tubuh.
  • Kaya dengan kalsium dan fibre serta protein.
  • Pilihan terbaik rendah lemak dan rendah glisemik
  • Pemakanan yang praktikan kerana penyediaan mudah dan bagus utk mereka yang "always on the go". Kandungannya lengkap dan membekalkan nutrient keperluan harian.
Mighty 3 GEMS

 Tak rugi jika anda memiliki dan mengamalkan Mighty 3 GEMS ini. Saya sudah mengamalkannya hampir 3 tahun. Meal Shakes juga saya berikan kepada anak-anak saya, Alhamdullilah kesihatan lebih bermakna.. Laburlah sedikit wang untuk diri sendiri dan orang-orang yang tersayang. Mencegah lebih baik dari merawat..
 
Semoga bertemu kembali di lain entry
Wasalam
 
Salam Sayang



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...