Monday, 3 June 2013

TIPS BERJAYA DALAM BREASTFEEDING - PART 1


Salam.
Alhamdullilah telah sebulan saya mengikut suami berhijrah ke Jakarta buat sementara waktu atas urusan kerja. Ada kelapangan waktu saya menjalankan bisness online Shaklee. Alhamdullilah, saya gembira walaupun hanya duduk di rumah menjaga 2 orang anak dan keperluan keluarga. 
Saya masih menyusukan anak yang kedua berumaur 1 tahun 7 bulan. Alhamdullilah diizinkan Ilahi bekalan susu cukup untuk si cilik. Sekarang duduk di rumah lagi mudah tak perlu mengepam, basuh storage  bottle dan berbagai keperluan utk penyusuan. Direct Feeding saja.
Memang ada di kalangan ibu-ibu muda & bekerjaya  yang merasakan penyusuan susu ibu sesuatu yang leceh dan renyah. Its TRUE. Memang leceh dan banyak benda kita kena buat dan belajar. Namun jika kita sudah niat sedari bayi dalam rahim lagi, InsyaAllah, Allah akan bantu, dan jika mahu segalanya kita sanggup buat. Tak kiralah bangun pukul 4 pagi semata-mata untuk mengepam kerana nak kumpul stok susu anak.
Pendapat peribadi saya, setelah 2 orang anak lelaki saya susukan mereka, (yang pertama sehingga 1 tahun 6 bulan, yang kedua masih menyusu hingga sekarang 1 tahun 7 bulan) kita tak boleh redah je dalam BF tanpa ilmu dan tanpa bertanya pengalaman orang-orang yang dah berjaya dalam BF. Sebab, ilmu BF memang banyak dan segalanya perlu dititikberatkan.
Pertama, keperluan asas BF, cara pengendalian susu ibu di Taska/ Babysitter , pemakanan sihat untuk ibu dan pelbagai soalan-soalan yg mungkin timbul sepanjang tempoh penyusuan antaranya musim baby Gowth Spourt, susu drop dll.
 
Ini antara tips yang boleh saya kongsikan di sini:
 
1. PEMAKANAN:
Menjaga pemakanan amatlah penting dari segi nutrisinya. Ini kerana susu yang dihasilkan daripada apa yang kita makan. Maka untuk menghasilkan susu yang berkualiti, pengambilan Vitamin tidak boleh dipandang ringan. Kenapa?? Ini kerana badan ibu tadi tidak mudah letih walau seharian berkerja dan bagi ibu yang tidak bekerja perlu memastikan badan mendapat zat yang mencukupi. Ini kerana apabila ibu letih, dan tidak melakukan apa2 untuk mengatasi keletihan itu, maka semakin lama ibu akan sedar pengeluaran susu menjadi kurang disebabkan badan tidak dapat berfungsi dengan baik akibat keletihan yang terlampau.
 
 
2) MINUM AIR:
Pengambilan air yang mencukupi sering dipandang enteng oleh sesetengah ibu yang menyusu. Susu itu sendiri adalah air, maka mana datangnya susu jika bukan dari pengambilan air seharian kita. Jika anda mengamalkan vitamin, pengambilan air sekurang-kurangnya 2-3L sehari amat perlu bagi memastikan vitamin dapat diserap oleh badan dengan sempurna. Ramai ibu yang mengambil vitamin akhirnya tidak dapat pengeluaran susu yang diinginkan seterusnya menyalahkan vitamin kerana tidak berkesan. Pelbagai alasan yang diberikan, "malas ke tandaslah", "banyak sgt nak minum lah". Tapi hakikatnya apa pun vitamin yang anda ambil, air merupakan agen paling utama untuk memastikan tubuh dapat bertindak balas dengan vitamin yang diambil. Air yang diambil perlu di monitor, bukan sekadar cakap, "saya dah minum banyak air" sedangkan anda tak ingat berapa banyak air yang telah diambil. Seperti saya, saya akan sukat dalam  2L satu botol air mineral. Mudah nak pastikan berapa banyak air yang telah diambil dalam sehari. Air yang cukup penting kerana secara tidak langsung hati kita tenang dan tidak mudah stress
 
 
3) MILK BOOSTER
Perlukah Milk Booster? Milk Booster digalakkan, tetapi harus diingat makanan yang lengkap beserta keperluan air yang mencukupi perlu untuk mendapat kesan yang terbaik dari Milk Booster ini. Jika anda makan seharian tidak cukup nutrisi & pengambilan air yang tidak mencukupi, masakan mahu mendapat kesan dari pemangkin ini. Oleh kerana itu, seseorang ibu yang menyusu perlu makan makanan yang berkhasiat serta seimbang. Ramai ibu-ibu yang takut mengambil makanan yang banyak dan minum air yang banyak keranan akan menyebabkan kegemukan. Bagaimana badan dapat menghasilkan susu dengan banyak jika keperluan nutrisi tidak mencukupi? Saya mencadangkan agar ibu ibu yang menyusu meningkatkan kekerapan makan tetapi dalam kuantiti yang berpada-pada. 


4) KEKERAPAN MENGEPAM
Ibu-ibu yang berkerjaya perlu mengepam antara 2-3 jam sekali. Ini bagi memastikan walaupun ibu tidak bersama bayi, breast dapat dikosongkan sepenuhnya. Ini amat penting, agar badan dapat memberi signal kepada otak bahawa susu diperlukan lagi. Hukum Demand & Supply perlu diikuti oleh setiap ibu yg menyusu. Memang ada yang merungut, "malas nak mengepam, biarkan sehingga 5-6 jam baru mengepam sebab kuantiti susu yang di pam sama saja kalau pam 2-3 jam sekalipun" Anda harus ingat, jika anda meneruskan sikap sebegini, culas dalam mengepam, mengepam 5-6 jam sekali, lama kelamaan susu menjadi kurang, disebabkan permintaan yang kurang. Jadi tak perlulah merungat andai susu tetap kurang walau dah berpuluh vitamin anda makan.
Harus diingat, VITAMIN HANYA MEMBANTU BADAN SI IBU LEBIH CERGAS, & MOOD LEBIH BAIK BERTENAGA UNTUK MENGEPAM, TAPI JIKA ANDA MALAS UNTUK MENGEPAM, TIADA CARA LAIN UNTUK MEMBANTU.... 

5) SABAR & ISTIQAMAH
Doa, doa dan doa kepada Allah.  Si ibu perlulah sentiasa niat bahawa susu sentiasa ada. Think positive.. Jangan banyak merungut. Rezeki Allah yang tentukan. Kita hanya perlu berusaha selagi kudrat masih ada.
Ingatlah. Tiada yang lebih baik dari SUSU IBU...
Selamat Menyusu..

Susu yang pernah saya hasilkan selepas berpantang anak ke 2.
215 botol.
(Gambar sedang menyusun susu daripada deep freezer)
 
 
Set Penyusuan Shaklee banyak membantu saya dalam misi Penyusuan Susu Ibu. 
 
#credit to anakkuwiraku.blogspot.com. 
Sampai ketemu lagi
DaDa
Salam Sayang
Mama Nani... 



These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.

Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...