Alhamdullilah....Congratulations For Your New Born Baby!!!
Salam
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas 9 bulan tinggal di alam Rahim. Justeru, ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua kurang memberi perhatian ialah tatacara atau adab memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik..
Antara Yang Perlu di beri Keutamaan Ialah:
- Seeloknya memandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu ini fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air suam.
- Mulakan dengan lafaz 'Bismillah'.
- Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
- Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membantu pengaliran darah bayi menjadi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi baru lahir.
- Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan-lahan supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga bayi. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
- Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan bayi, hati berzikir, YA LATIF, YA HADI
- Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selsema atau jangkitan kuman.
- Siraman yang terakhir dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi pada usia ini, kerana bimbang ia akan melambatkan proses 'gugur' tali pusat.
- Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala bersih dan lembut. Cara mengelap dimulai dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah dan boleh mengakibatkan masalah paru-paru lemah.
Banyak perkara yang perlu kita pelajari bagi menguruskan bayi yang baru lahir. Terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjadi IBU BAPA..
InsyaAllah, banyak lagi tips yang akan saya kongsikan tentang kelahiran bayi baru pada entry akan datang...
Salam Sayang.
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
No comments:
Post a Comment