Wednesday, 11 December 2013

Kolostrum Untuk Bayi - Cecair Emas

"Ini Susu Rosak.. Susu Basi..."

Salam
Entry kali ni saya agak excited nak story dengan semua pembaca blog budiman..
Ramai di kalangan ibu-ibu muda yang perlukan ilmu tambahan tentang penyusuan susu ibu jika sudah menyimpan niat menyusukan si comel dengan susu badan sepenuhnya..
  


Dahulu masa melahirkan anak pertama saya agak kurang ilmu tentang penyusuan.
Oleh kerana itu, hari pertama selepas melahirkan anak, ada yang mengatakan, susu pertama yang keluar dari payudara ibu adalah "SUSU ROSAK @ SUSU BASI".. Warnanya kekuningan..
Ya!!! memang betul.. Tetapi itulah KOLOSTRUM
 


Apa itu KOLOSTRUM????
Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibody. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan amat kaya dengan Vitamin A

Sebenarnya KOLOSTRUM bukanlah SUSU BASI seperti pandangan beberapa pihak. Malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi daripada sebarang jangkitan. Oleh kerana ia bersifat Laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya Jaundice (Demam Kuning).
 
Antara kebaikan KOLOSTRUM:
  • Dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi.
  • Dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan Vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata bagi bayi. Bersesuaian dengan firman Allah yang bermaksud:
Pada kejadian kamu sendiri, serta (pada kejadian) segala binatang melata yang bertebaran, terdapat juga tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah), bagi kaum yang menyakininya,
(Al-jathiyah : 4)
  • Kandungan terpenting kolostrum ialah sejenis PROTIEN yang dinamakan SEKRETORI IMMUNOGLOBULIN A (SlgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibody di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam system pertahanan tubuh badan (system immunity) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.
  • SlgA adalah sejenis antibody yang terdapat di dalam kolostrum dengan jumlah yang sangat tinggi. Kira-kira 80-90% daripada immunoglobulin di dalam kolostrum dan susu terdiri daripada SlgA.
  • Kepekatan boleh menigkat setinggi 12g/L di dalam kolostrum dan serendah 1g/L di dalam susu matang. Oleh itu, disebabkan beberapa proses yang perlu dilalui oleh SUSU FORMULA, maka tiada kandungan SlgA di dalam SUSU FORMULA. 
Kolostrum biasanya hadir pada hari pertama sehingga ketiga selepas kelahiran bayi. Pengeluaran Kolostrum yang sedikit ini sudah cukup untuk menampung saiz perut bayi pada awal-awal kelahiran.
Bayi hanya memerlukan 60ml-100ml dalam tempoh 24 jam selepas kelahiran. Purata pengambilan Kolostrum dalam tempoh 24 jam ialah 37ml. Kandungan susu ibu juga akan meningkat dalam tempoh 36 jam berikutnya dan akan terus bertambah seiring dengan keperluan bayi. 
Jangan terus panic ye wahai kaum ibu dengan mengatakan susu tiada di awal kelahiran. Teruskan menyusu bayi anda dengan perasaan gembira dan penuh rasa kesyukuran.
Tidak dinafikan juga, susu ibu terutama KOLOSTRUM merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. Rahim ibu boleh dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran.
Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 
 

Dakap, peluk & susukan lah bayi anda sejurus selepas kelahiran. Biar bayi dapat mengalami kehangatan dalam dakapan ibu buat pertama kali & merasakan KOLOSTRUM yang memberi 1001 kebaikan buat si comel. Berikan yang terbaik buat bayi anda kerana mereka berhak mendapat yang terbaik dari ibunya..
 
Happy Breastfeeding....

Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...