Monday, 14 April 2014

TIPS Mengepam SUSU IBU

SUSU SAYA SIKIT.. MACAM MANA NAK MENGEPAM???
Salam
Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, pastinya anda perlu menyimpan stok susu ibu untuk bekalan anak di taska atau rumah pegasuh apabila si Ibu keluar bekerja.
Namun masih terdapat segelintir ibu-ibu yang merungut dan mengatakan susu mereka sikit dan tidak berpeluang untuk mengepam dan seterusnya dijadikan stok SUSU EBM.
SET Shaklee BF

Stok susu IBU customer yang mengamalkan set BF Shaklee 

Di sini saya ingin kongsikan tips-tips mengepam yang dicadangkan agar dapat membantu si Ibu untuk menyimpan stok EBM (Express Breast Milk).
  1. Membantu Refleks Pengeluaran Susu ( Let-Down)
Seiranya anda mengepam jauh dari bayi, rakaman video keletah bayi atau gambar-gambar bayi akan membantu!. Kebanyakan telefon bimbit dan PDA mempunyai fungsi rakaman yang benar-benar dapat membantu.
Tips Praktikal yang lain ialah:
  • Perlahan-lahan mengurut payudara dengan pergerakan pusingan kecil selama lebih kurang seminit. Urut sel-sel penghasilan susu dan saluran-saluran dengan memicit kuat pada payudara menggunakan bahagian leper jari ke arah dada, dimulakan dari atas. Gerakkan jari-jari dalam pergerakan pusingan, tumpukan pada satu tempat pada satu masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain. Pusing di sekeliling payudara ke arah aerola sambil anda mengurut. Pergerakan ini serupa dengan yang digunakan untuk pemeriksaan kendiri payudara.
  • Usap payudara dari kawasan di atas payudara ke arah puting, gunakan sentuhan lembut. Teruskan pergerakan dengan usapan untuk membantu anda relaks yang seterusnya akan menstimulasi refleks pengeluaran susu ibu.
  • Goncang sedikit payudara sambil mebongkok sedikit badan ke hadapan untuk membenarkan gravity membantu dalam pengeluaran susu. Letakkan tuaman tuala panas selama 10 minit sebelum mengepam (sekiranya ia praktikal).
  • Stimulasikan hujung-hujung puting dengan jari yang bersih selama beberapa minit sebelum mengepam.
  • Minum segelas air sebelum dan selepas mengepam untuk mengekalkan bendalir dalam badan.
  • Untuk penyusuan pertama pada waktu pagi (ketika ini susu anda sedang banyak) susui bayi dengan sebelah payudara dan pam yang sebelah lagi. Apabila selesai (iaitu setelah bayi berhenti menelan dan sekadar menghisap) anda boleh tukarkan bayi ke payudara sebelah lagi dan susui selama 10- 15 minit dan sekali lagi sambil mengepam payudara sebelah yang baru selesai anda susuinya. Anda mungkin akan mengalami let-down kedua, usah bimbang stimulasi tambahan bermakna lebih banyak susu kemudiannya.
  • Simpan susu yang diperah di dalam peti beku. Jika bayi berasa lapar lebih awal dari penyusuan biasa, susuinya terus dan JANGAN MENGEPAM untuk sesi penyusuan berikutnya.
  • Jika bayi anda mempunyai Jadual Penyusuan yang tetap, Pam kedua-dua payudara selama 15 minit separuh masa antara penyusuan pertama dan penyusuan kedua hari tersebut.
  • Simpan susu ibu yang diperah sebagai STOK. Susui bayi seperti biasa bagi sesi penyusuan keduanya. Dia akan berasa lapar lebih awal daripada biasa, jadi susui dia lebih awal juga bagi penyusuan ketiga.

 
Bagi anda yang mengalami masalah penyusuan susu ibu, boleh mencuba Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee.
Set ini dapat membantu anda lebih bertenaga, menstabilkan mood anda sewaktu mengepam, melancarkan pengaliran susu ibu, susu lebih pekat dan berkualiti serta membekalkan zat dan nutrisi yang kurang dalam tubuh badan si Ibu.

Apa pun, dalam penyusuan susu Ibu, jika konsep "Supply and Demand" dipenuhi, InsyaAllah anda dapat menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...