Selamat Datang ke Dunia Penyusuan SUSU IBU...
Salam
Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai anak samaada satu, dua atau tiga orang mungkin sudah tidak asing dengan penyusuan susu ibu. Namun bagi mereka yang baru atau bakal menjadi ibu, ilmu penyusuan harus di cari sejak si bayi masih dalam kandungan lagi. Persediaan mental fizikal ilmu yang baik dan banyak harus selari dengan niat yang sudah tertanam untuk menyusukan susu ibu kepada si manja anda.
Hari ini saya nak share 10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari, Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika anda sedang memerah, berhenti mengepam. Susukan bayi anda dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu. Percaya kepada konsep BEKALAN & PERMINTAAN. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu yang dihasilkan. kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormone PROLAKTIN banyak dihasilkan ketika ini.
2. Jangan Tunggu Sehingga Payudara Penuh
Ada sesetengah ibu yang suka menunggu sehingga payudaranya penuh sebagai tanda bahawa bayinya perlu disusukan. Itu satu konsep yang SALAH!! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan labih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain lebih singkat. Ini bermakna, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi ( ketika anda beranggapan bahawa payudara "kosong") bayi akan lebih memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun sesi pemerahan susu. Anda digalakkkan minum 3 Liter air iaitu kira-kira 13 cawan air setiap hari.
4. Fikir BAYI, Fikir SUSU BANYAK
Ketika anda menyusukan bayi, belailah bayi dengan penuh kasih sayang. Amalan ini dikenali sebagai GROOMING. Langkah ini tanpa disedari akan merangsang penghasilan susu ibu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Sewaktu anda ingin memulakan sesi mengepam, anda bolehlah melihat foto anak anda atau video comel anak anda sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
5.Berdisiplin
Berdisiplin ketika sesi merah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Apabila tiba hujung minggu, kebanyakan ibu-ibu yang bekerja akan kerap "ponteng" sesi pemerahan. Ini kerana masa hujung minggulah waktu yang paling sesuai untuk membuat stok.
6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan memerah serentak menggunakan pam payudara elektrik. Di samping anak dapat menyusu, kita juga dapat mengumpul stok dengan lebih banyak. Masa pun dapat dijimatkan.
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana telah terbukti ia boleh menghasilkan lebih banyak susu. Menggunakan pam hanya 60% - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi selepas sesi pemerahan menggunakan pam jangan terus cuci corong, buatlah perahan susu menggunakan tangan. Sangat-sangat membantu untuk mengosongkan payudara dengan lebih sempurna. Jika menggunakan pam anda mendapat 3-5oz sebelah payudara, menggunakan teknik marmet anda boleh menambah menjadi 4-5oz. Walaupun Nampak sikit, tetapi masih terdapat perbezaannya.
8. Menyusu / Mengepam lebih lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah oayudara mahupun mengepam. Biakan bayi menyusu sebelah bahagian sehingga dia puas sebelum menawarkannya menyusu di sebelah payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara yang sebelah lagi, dia akan hanya mendapat (foremilk), di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dalam 15 - 20 minit untuk sebelah payudara. Apstikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi @ selepas memerah bagi merangsang otak untuk menghasilkan susu seterusnya dengan lebih banyak. Mengepam lebih lama juga boleh mendapatkan LET DOWN 2-3 kali. Tak percaya cuba buat..
KONSISTEN + DISIPLIN + ISTIQAMAH
9. Penyusuan di Waktu Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat baik kerana ia merangsang peningkatan susu ibu. Ini kerana pada waktu malam anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan di waktu malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu ibu.
10. Urutan
Teknik urutan yang betul pada payudara akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit pada puting. Untuk itu,anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.
Semoga 10 panduan di atas dapat membantu anda dalam memulakan penyusuan susu ibu dan bagi yang telah menyusu, teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. InsyaAllah.
Selamat menyusu buat semua IBU-IBU TERSAYANG...
Salam Sayang
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp: 017-7724649.
Shaklee ID : 830451
No comments:
Post a Comment