Thursday, 23 January 2014

Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee

1001 Kebaikan Mengapa Anda Perlu Menyertai Keluarga Shaklee...

Salam
Shaklee telah lama menapak di Dunia sejak tahun 1915 dengan mengeluarkan produk pertama Vitalized Minerals iaitu VITAMIN oleh Dr. Forest C. Shaklee.
Sehingga hari ini Shaklee semakin dikenali ramai dan pengguna-pengguna Shaklee rata-ratanya mengakui keberkesanan produk Shaklee.
Bagaimana Menjadi Ahli Shaklee

Bagaimana Untuk Mendaftar sebagai Ahli Shaklee?
 Anda boleh memilih mana-mana pakej di bawah:
  1. Pendaftaran ialah RM 65 SEUMUR HIDUP ( Jika anda pergi sendiri ke Branch untuk mengambil member kit) & tambahan RM10 untk tujuan pos member kit jika anda mahu member kit tersebut di pos kepada anda. ATAU
  2. Membuat pembelian produk Shaklee sebanyak RM660 (200 uv point) untk keahlian percuma ATAU
  3. Pembelian 2 botol Vivix untuk keahlian percuma ATAU
  4. Pembelian 3 kotak Collagen Powder untuk keahlian percuma
Apa Yang Perlu Dilakukan Jika Saya Ingin Mendaftar Sendiri Di Branch Shaklee??
Anda memerlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 830451 (Nurhanani Zawawi) jika anda berhasrat untuk bersama-sama dengan saya dalam bisnes Shaklee ini.
 
 
 
 
 
Kelebihan Menjadi Ahli Shaklee
  1. Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri. Dikenali sebagai Bonus Prestasi. Nilainya bermula dari 5% hingga 21%.
  2. Jika anda rajin berkongsi kebaikan produk Shaklee dengan saudara-mara atau teman-teman, dengan point tertentu anda akan layak menerima BONUS dalam bentuk CASH tanpa perlu ada DOWNLINE.
  3. Shaklee menawarkan CASH, CAR (Bonus Kereta) dan Convention (local & International- Umrah bagi Muslim)
  4. 2 bentuk BONUS diberikan oleh Shaklee iaitu BONUS PRESTASI dan BONUS KEPIMPINAN
  5.  
    Perbezaan Kumpulan Shaklee Kami dengan Yang Lain
  • Perniagaan berasaskan produk
  • Sistem yang HALAL
  • Belajar bagaimana membuat marketing ONLINE
  • Akan di invite ke secret group kami untuk mendapatkan tips dan teknik jualan
  • Coaching secara ONLINE dan OFFLINE
  • Offer menarik ini hanya terdapat dalam kumpulan kami sahaja.
Perlukah Kita Maintain Point Setiap Bulan?
TIDAK PERLU. Jika anda hanya nak makan sendiri sahaja atau share dengan saudara mara atau teman-teman tidak perlu maintain points. Kecuali anda mahu memulakan perniagaan Shaklee, anda perlu mendapatkan points tertentu dan maintain points tersebut.
 
RUGI ke Kalau Saya Makan Vitamin Shaklee Tanpa Menjadi Ahli Shaklee??
Sejujurnya memang RUGI. RUGI kerana point tersebut akan diberikan kepada ahli Shaklee yang menjual Shaklee kepada anda. Beliau akan mendapat cash back & segala kebaikan seperti di atas. Jika anda sudah merasakan Shaklee ini memang bagus untuk anda seisi keluarga dan diri anda sendiri jadi memang sangat berbaloi-baloi kalau anda dapat menikmati semua benefit di atas. Sudah tentunya dengan guideline yang betul dan teliti jika mendaftar di bawah SAYA.

Ingin menjana income 4-5-6 angka sebulan dengan mendaftar menjadi ahli Shaklee??
Hubungi saya: WhatsApp: 017-7724649 (Nurhanani) ATAU
Dengan ONLINE sahaja anda mampu menjana pendapatan lumayan.
Wakil pengedar seluruh Malaysia masih diperlukan!!!! Anda akan dijemput ke group Eksklusif kami di Facebook.
 
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 21 January 2014

Cara Atasi Jerawat Dan Menghilangkan Parut

Kulit Anda Bermasalah?? Segan Bila Berdepan Dengan Orang Ramai??

Salam
Setiap kita mendambakan kulit yang sihat, bersih tanpa cela. Namun tidak semua dari kita memiliki kulit yang bersih. Pasti anda asyik membelek-belek wajah di cermin & memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi jerawat ini. Bagi anda yang mempunyai masalah jerawat dan ingin menghilangkan parut jerawat, saya akan bincangkan vitamin yang sesuai untuk anda dan yang paling penting tiada kesan sampingan.
Set Kecantikan Shaklee
Bagi yang sedang menghadapi masalah kulit berjerawat ini, jangan terus biarkan masalah anda ini berlarutan. Anda perlu berikhtiar supaya masalah ini dapat diatasi. Antara faktor yang menyebabkan masalah jerawat di kalangan wanita dan tidak kurang pula lelaki, ialah  faktor pemakanan, hormon yang tidak seimbang, kekurangan air dan stress juga boleh mempengaruhi pertumbuhan jerawat ini.


Set Shaklee untuk mengatasi masalah Jerawat:
B-Complex Shaklee:
  1. Membantu mendapatkan ton warna kulit yang lebih sekata
  2. Membantu meningkatkan seri wajah
  3. Membantu mengurangkan stress
  4. Membantu mengurangkan masalah keletihan mata
Sustained Release Vitamin C:
  1. Membantu mencantikkan wajah
  2. Melambatkan penuaan
  3. Menyekat pertumbuhan pigmen
  4. Memberi efek kulit yang lebih sekata, cerah, dan lembap.
  5. Sesuai untuk merawat jerawat di wajah dan tubuh badan.
Vitamin E:
  1. Mengurangkan kedutan, garis halus dan jerawat
  2. Mengurangkan parut jerawat dan bintik penuaan
  3. Membantu memulihkan tekstur kulit wajah
  4. Melambatkan penuaan
  5. Menyeimbangkan hormon dalam badan
  6. Mengurangkan pengeluaran sebum dari kulit wajah
ESP :
  1. Mengurangkan parut jerawat, jeragat, dan membantu proses anti-penuaan
  2. Kulit Nampak lebih halus, gebu dan berseri serta mengatasi masalah kulit kering
  3. Protein yang terbaik sebagai makanan sel dalam tubuh
  4. Membantu membaiki tisu yang rosak dan seimbangkan hormon yang tidak menentu
Adakah saya perlu mengambil semua vitamin di atas??
Jawapannya YA. Jika anda mahu kesan yang terbaik dan maksimum, semua vitamin di atas memang sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit yang sihat dan seterusnya mengatasi masalah jerawat anda.

Jika budget saya tidak mengizinkan, apakah Vitamin yang saya perlukan dahulu??
Saya mencadangkan anda mengambil ESP untuk permulaan bagi mengatasi masalah ini




Rawatlah wajah dari dalam kerana bukan sahaja penjagaan wajah di luaran penting, malah dalaman juga tidak kurang pentingnya. Bila kulit sihat pastinya hidup lebih bermakna dan ceria.
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Monday, 13 January 2014

Vitamin Shaklee Yang Membanyakkan SUSU IBU

Puan, saya nak vitamin yang memang betul-betul boleh membantu  membanyakkan susu saya..

Saya tak nak makan banyak-banyak vitamin lagipun budget saya tak banyak..

Salam
A story of Motherhood
Seronok kan bila dapat stok SUSU banyak macam ni...
 
Saya sering ditanya oleh customer mengenai Vitamin Shaklee yang boleh membantu membanyakkan susu ibu..
Sebagai jawapan, saya akan mencadangkan 3 Vitamin ini untuk mereka.
  • Ostematrix (Kalsium Magnesium) 
  • ESP (Energizing Soy Protien)
  • Alfalfa Complex
Bagaimana 3 vitamin ini dapat membantu anda dalam penyusuan SUSU IBU??? 
 1. Ostematrix Shaklee
Di dalam SUSU ibu, antara komposisi utama ialah kalsium. Kalsium sangat penting untuk membina darah, membina tulang, gigi dan saraf dalam tubuh badan manusia. Bagi ibu-ibu yang menyusu, jangan abaikan keperluan kalsium seharian anda. Jika anda kurang mengambil kalsium dalam diet seharian, maka kalsium untuk penghasilan susu ibu tadi akan diambil dan diserap dari yang sedia ada dalam tubuh badan si ibu. Jika perkara ini berlarutan, dan si ibu tidak pula menggantikan kalsium ini, maka si ibu akan mengalami risiko osteoporosis, sengal pada kaki dan tulang belakang, mudah letih serta muka nampak pucat.
 
Ada sesetengah ibu menyusu yang sedang melalui menstrual (period) akan mendapati susunya akan berkurangan. Ini disebabkan kekurangan kalsium di dalam darah yang sangat kritikal di kala badan sedang mengeluarkan darah kotor yang perlu disingkirkan. 
 
Antara kelebihan lain Ostematrix Shaklee ialah:
  • Mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan symptom sengugut
  • Mengurangkan kekejangan, retensi, mudah meradang dan kemurungan

2. Energizing Soy Protien Shaklee (ESP) 
Protien merupakan antara komposisi utama dalam susu ibu. Protien merupakan makanan sel. Sel tidak mengenali makanan seperti roti canai, tahu atau nasi, tetapi sel hanya memerlukan protein iaitu dari sumber makanan yang diambil. Protien berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu dalam badan. Ia membantu mengawal atur keseimbangan bendalir dalam badan. Pembinaan hormon, enzim dan antibodi memerlukan protein. Protien juga dapat membantu mengawal keseimbangan asid bes untuk mengangkut nutrient dan sumber tenaga. 
 
Protien sangat sensitif. Ia wujud pada suhu badan kita dan mudah termusnah pada suhu yang tinggi. Jadi jika memasak sumber protein seperti ikan dan di goreng pada suhu yang tinggi, maka banyak protein yang telah musnah semasa proses memasak itu sendiri. Oleh kerana itu adalah sangat penting kita mengambil ESP Shaklee sebagai sumber protein yang asli.
 
3. Alfalfa Complex
Vitamin ini penting untuk penghasilan susu ibu dan memang dikenali sebagai MILK BOOSTER.
Ia mempunyai 1001 khasiat yang sangat berguna untuk ibu-ibu menyusu. Alfalfa Complex membantu memekatkan susu dan susu ibu lebih berlemak. Anak akan mudah merasa kenyang dan tidur lebih lama.
(Namun keberkesanan untuk setiap ibu nyata berbeza. ada yang hanya memerlukan 2 biji Alfalfa sehari sudah menampakkan hasilnnya namun tidak kurang juga yang memerlukan pengambilan 4-6 biji sehari baru menampakkan hasilnya).
Alfalfa juga dapat membantu sistem perkumuhan (lawas) dan pembuangan angin dalam badan. Bayi akan susah kembung jika si ibu mengambil alfalfa. Pengambilan vitamin ini perlu pengambilan air yang seimbang dengan kuantiti alfalfa yang diambil. The more we take, the more we have to drink.
 
Pengambilan Vitamin ibu menyusu merupakan salah satu usaha kita untuk meneruskan penyusuan bersama si manja. Jika anda konsisten dan mengikut jadual pemakanan vitamin yang betul, InsyaAllah anda akan mendapat hasilnya..
 
Salam Sayang


 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Thursday, 9 January 2014

Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee

Bukan Sekadar Krim BIASA

Salam
Saya baru saja menggunakan Herbal Blend Multi-Purpose Cream.
Apa yang saya suka, krim ini memang pelbagai guna. Sebelum bercerita panjang, jom kita kenali Herbal Blend ini dahulu.
Herbal Blend
Apa itu Herbal Blend Multi-Purpose Cream??

Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana dapat membantu melembutkan kulit kasar & pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. Krim ini terasa dingin bila di pakai dan bermentol serta yang paling baik ia tidak berminyak.
 
Diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi seperti daun sage, horse, chestnut yarrow & rosemary yang amat menenangkan.

Herbal Blend disediakan dalam tiub 4oz yang sangat tahan lama.

Kegunaan Herbal Blend Multi-Purpose Cream
  • Melembutkan kulit kasar, tumit pecah, kulit kering
  • Merawat eczema
  • Merawat dari gigitan nyamuk
  • Merawat luka pada puting ibu menyusu
  • Ubat untuk luka dan melecur
  • Ruam lampin dan ruam peluh pada bayi
  • Mengatasi lemak berlebihan
  • Menghilangkan parut termasuk parut campak
  • Memberi kelegaan semasa ketidakselesaan akibat demam
  • sebagai losyen untuk kegunaan harian
Keistimewaan Herbal Blend
  • Terasa dingin pada kulit
  • Diekstrak dari herba semulajadi
  • Tidak berminyak
  • Mudah diserap
  • Aroma yang amat menenangkan
  • Mudah digunakan dan mudah di bawa
  • Sesuai untuk semua golongan
  • Dijamin berkesan
  • Halal
  • Tanpa Steroid
Apa yang Membuatkan saya JATUH CINTA dengan HERBAL BLEND???
Pada asalnya, anak saya yang kedua mengalami alahan pada kulit sehingga timbul bintik-bintik terutama pada kawasan pelipat. Anak saya memang tidak selesa dan sering mengaru kawasan tersebut. Pelbagai jenis krim dari pelbagai jenama telah digunakan. Namun kesannya hampa.
 
Tetapi setelah mencuba Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee ini, Alhamdullilah sangat bersyukur, alahan dan bintik pada pelipat telah kurang 80% hanya tinggal parut yang sedikit. Saya baru sahaja menggunakan Krim ini seminggu lebih sahaja. Namun kesannya sangat baik. Saya memang tidak akan menggunaka krim yang lain kecuali Herbal Blend. Begitu juga kepada diri saya. Saya gunakan di kawasan tumit kaki yang agak kasar. Tumit kaki sudah lembut dan tiada lagi rekahan.
 
Memang Krim ini sangat saya syorkan untuk kegunaan seisi keluarga. InsyaAllah anda akan merasa kebaikannya..

Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Wednesday, 8 January 2014

10 tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu

Selamat Datang ke Dunia Penyusuan SUSU IBU...

Salam
Penyusuan Susu Ibu
 

Bagi ibu-ibu yang sudah mempunyai anak samaada satu, dua atau tiga orang mungkin sudah tidak asing dengan penyusuan susu ibu. Namun bagi mereka yang baru atau bakal menjadi ibu, ilmu penyusuan harus di cari sejak si bayi masih dalam kandungan lagi. Persediaan mental fizikal ilmu yang baik dan banyak harus selari dengan niat yang sudah tertanam untuk menyusukan susu ibu kepada si manja anda.
 
Hari ini saya nak share 10 Tips Menjayakan Penyusuan Susu Ibu
 
1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari, Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih 4-5 jam. Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika anda sedang memerah, berhenti mengepam. Susukan bayi anda dan kemudian sambung semula sesi pemerahan susu. Percaya kepada konsep BEKALAN & PERMINTAAN. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu yang dihasilkan. kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormone PROLAKTIN banyak dihasilkan ketika ini.

    2. Jangan Tunggu Sehingga Payudara Penuh

Ada sesetengah ibu yang suka menunggu sehingga payudaranya penuh sebagai tanda bahawa bayinya perlu disusukan. Itu satu konsep yang SALAH!! Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan labih banyak susu. Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain lebih singkat. Ini bermakna, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi ( ketika anda beranggapan bahawa payudara "kosong") bayi akan lebih memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.
 
      3. Minum Banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun sesi pemerahan susu. Anda digalakkkan minum 3 Liter air iaitu kira-kira 13 cawan air setiap hari.
 4. Fikir BAYI, Fikir SUSU BANYAK
Ketika anda menyusukan bayi, belailah bayi dengan penuh kasih sayang. Amalan ini dikenali sebagai GROOMING. Langkah ini tanpa disedari akan merangsang penghasilan susu ibu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu. Sewaktu anda ingin memulakan sesi mengepam, anda bolehlah melihat foto anak anda atau video comel anak anda sambil berselawat & berzikir Ya Mattin.
 
 
5.Berdisiplin
 
Berdisiplin ketika sesi merah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Apabila tiba hujung minggu, kebanyakan ibu-ibu yang bekerja akan kerap "ponteng" sesi pemerahan. Ini kerana masa hujung minggulah waktu yang paling sesuai untuk membuat stok.

6. Tandem Pumping
Latih diri untuk menyusu dan memerah serentak menggunakan pam payudara elektrik. Di samping anak dapat menyusu, kita juga dapat mengumpul stok dengan lebih banyak. Masa pun dapat dijimatkan.
 
7. Teknik Marmet
Jadikan teknik marmet sebagai amalan wajib kerana telah terbukti ia boleh menghasilkan lebih banyak susu. Menggunakan pam hanya 60% - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. Jadi selepas sesi pemerahan menggunakan pam jangan terus cuci corong, buatlah perahan susu menggunakan tangan. Sangat-sangat membantu untuk mengosongkan payudara dengan lebih sempurna. Jika menggunakan pam anda mendapat 3-5oz sebelah payudara, menggunakan teknik marmet anda boleh menambah menjadi 4-5oz. Walaupun Nampak sikit, tetapi masih terdapat perbezaannya.
 
8. Menyusu / Mengepam lebih lama
Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah oayudara mahupun mengepam. Biakan bayi menyusu sebelah bahagian sehingga dia puas sebelum menawarkannya menyusu di sebelah payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara yang sebelah lagi, dia akan hanya mendapat (foremilk), di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori yang mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dalam 15 - 20 minit untuk sebelah payudara. Apstikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi @ selepas memerah bagi merangsang otak untuk menghasilkan susu seterusnya dengan lebih banyak. Mengepam lebih lama juga boleh mendapatkan LET DOWN 2-3 kali. Tak percaya cuba buat..
KONSISTEN + DISIPLIN + ISTIQAMAH
 
9. Penyusuan di Waktu Malam
Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat baik kerana ia merangsang peningkatan susu ibu. Ini kerana pada waktu malam anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan di waktu malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu ibu.
 
10. Urutan
Teknik urutan yang betul pada payudara akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit pada puting. Untuk itu,anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam dengan air suam.
Semoga 10 panduan di atas dapat membantu anda dalam memulakan penyusuan susu ibu dan bagi yang telah menyusu, teruskan penyusuan susu ibu sehingga 2 tahun. InsyaAllah.
Selamat menyusu buat semua IBU-IBU TERSAYANG...
 
Salam Sayang

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451

Tuesday, 7 January 2014

Makan Vitamin Tetapi Tiada Kesan???

Saya dah amalkan Vitamin Shaklee, Tetapi tak Nampak Kesan Pun... Makin Teruk Adalah...

Salam
Entry pertama untuk Tahun 2014..
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014. Doa saya semoga semua pembaca blog saya sentiasa dalam RAHMAT ALLAH sentiasa.Amin..
 
Pernahkah anda semua mengalami situasi di mana telah mengamalkan pengambilan Vitamin Shaklee, namun kesannya hampa??
Bila dikaji semula tempoh pengambilan Vitamin Shaklee, ada yang baru seminggu ada yang 3 hari memang tidak akan nampak kesan yang ketara.
 
Memang sudah menjadi lumrah manusia, semuanya inginkan kesan yang cepat dan pantas. Tetapi tahukah kita bahawa badan dan sistem dalaman kita memerlukan masa untuk menjalankan tugas menyerap semua vitamin. Ia bukanlah suatu tugas yang mudah. Lebih-lebih lagi jika badan kita bertoksin dan memerlukan lebih masa untuk bertindak balas dengan pengambilan vitamin.  
Bagi anda yang baru-baru mencuba dan mengamalkan vitamin, harap bersabar dengan pengambilan vitamin. Harus faham, kesan vitamin ke atas tubuh kita adalah secara perlahan-lahan dan lembut.
 
Ada beberapa perkara yang perlu di ambil perhatian bagi yang baru mengamalkan vitamin dalam diet seharian anda.
  • Healing crisis @ krisis penyembuhan
Healing crisis merupakan proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semua sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan akan mengalami tanda atau symptom yang membuatkan rasa tidak selesa dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.



Mengapa Heling crisis selalu terjadi selepas pengambilan makanan tambahan atau supplement??
Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrient itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan. Dan tindak balas ini akan meransang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.
 
Sebagai contoh, anda mengalami ruam pada kulit dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyaktoksin.
 
Cuba bayangkan jika badan kita seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis dan akan keluar daripada dinding paip tersebut keadaan ini menyebabkan anda tidak selesa. Tetapi selepas karat itu berjaya disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih bersih dan baik seperti baru.

Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezaannya.
Sebagai contoh:
  • Tenaga bertambah
  • Pergerakan system usus yang lebih baik
  • Pembuangan air besar bertambah lancar
  • Kulit bertambah lembap
  • Dan lain-lain kesan yang positif
Namun jika anda TIDAK MERASAI PERUBAHAN, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  • Tidak mengamalkan vitamin setiap hari (Tidak konsisten, kejap makan, kejap tidak)
  • Tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  • Pengambilan air kosong yang kurang
  • Takut kepada krisis penyembuhan lalu terus berhenti mengambil vitamin
  • Pemakanan seharian yang tidak teratur dan sempurna serta gaya hidup yang tidak sihat
  • Mengalami masalah emosi
  • Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh lebih panjang untuk sembuh
Satu perkara yang ingin saya kongsikan di sini, sudah menjadi amalan masyarakat hari ini,
"bila sudah sakit baru mahu mencari penawar". Ini tidak boleh diaplikasikan pada supplement natural atau semulajadi. Ini kerana supplement bukan untuk menyembuhkan penyakit tetapi untuk menjaga tubuh badan kita dari serangan penyakit. Usaha mana yang mampu, selebihnya Allah yang menentukan. Adalah lebih baik kita mengamalkan vitamin ini sewaktu kita masih sihat agar dapat mengelakkan penyakit yang lebih kronik. 
 
Salam Sayang
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp: 017-7724649. Shaklee ID : 830451
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...