Wednesday, 30 April 2014

Diet Wanita Hamil

"Ibu Mengandung kena makan 2 kali ganda kerana makan untuk 2 orang, Si Ibu dan bayi dalam kandungan"...

Salam
Seringkali kita dengar kan ayat di atas. Ibu hamil kena makan untuk 2 orang. Kadang-kadang ia mungkin diluahkan sekadar untuk gurauan. namun kalau ikut konsep matematik seakan-akan ada logiknya.
Hakikatnya, macam mana pula diet SEBENAR untuk ibu hamil??
vitamin shaklee wanita hamil

Ramai wanita terutama yang pertama kali hamil mengajukan pelbagai soalan mengenai makanan yang boleh dimakan dan makanan yang perlu dielakkan. Ini kerana mereka berasakan perlu makan dalam jumlah yang banyak terutama ketika lapar. Pada trimester pertama, ibu hamil cuma memerlukan 300 kalori setiap hari manakala selebihnya akan pergi kepada organ ibu sendiri.
 
Tetapi bagi ibu hamil yang mengalami alahan yang teruk sehingga tidak mampu makan dalam jumlah yang sepatutnya, mereka perlu mengatur pemakanan supaya bayi mendapat zat mencukupi dan si ibu tetap bertenaga sepanjang 3 bulan pertama.
 
Secara amnya alahan dalam jangka masa pendek tidak menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. namun bagi alahan yang sangat teruk sehingga apa yang dimakan akan muntah semula, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi manakala kesihatan si ibu akan terjejas.
Si ibu akan mengalami kekurangan air dalam badan dan pening, dahaga dan air kencing menjadi sedikit daripada biasa. Jika mengalami tanda ini anda memerlukan rawatan segera.
 
Bagi mengurangkan penghidratan, si ibu dinasihatkan minum air putih atau jus buah yang banyak bagi menggantikan kehilangan bendalir. Makan jenis makanan yang mudah dicerna seperti nasi, jagung, kentang, dan ubi serta mengelak makanan yang mengandungi kadar lemak yang tinggi atau berminyak seperti makanan bersantan atau bergoreng.  Makan sedikit tetapi secara kerap misalnya dengan mengambil biskut, roti, kurma, kismis dan buah-buahan bagi mengelakkan perut dimasuki angin dan boleh menyebabkan muntah teruk.
 
Paling penting wanita hamil perlu mengambil asid folik. Ini kerana terdapat beberapa kajian menunjukkan kepentingan asid folik untuk perkembangan saraf dan otak bayi dalam kandungan. Namun masih ramai wanita yang tidak tahu pengambilan asid folik perlu dilakukan 3 bulan sebelum mengandung. Asid folik dapat membantu menghindarkan kecacatan bayi yang dipanggil neural tube defect (NDT)
Pada Trimester kedua, kebanyakan wanita hamil semakin berselera makan. Malah ada yang menggangap mereka perlu meningkatkan jumlah pemakanan atas alasan keperluan bayi dalam kandungan. Namun sebenarnya selain meningkatkan jumlah makanan, apa yang paling penting adalah jenis makanan serta kandungan zat yang terdapat dalam makanan.
 
Kebiasaannya wanita hamil memerlukan 300 kalori sehari daripada biasa terutama semasa trimester terakhir apabila bayi membesar dengan pantas. Penambahan 300 kalori sehari perlu diperolehi daripada makanan berkhasiat supaya boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi. Ketika hamil apa yang dimakan dan diminum adalah sumber utama nutrient untuk bayi.
Set kehamilan Shaklee Sepanjang kehamilan 9 Bulan
Samaada seseorang wanita hamil atau tidak, diet yang sihat perlu merangkumi semua yang terdapat dalam pyramid makanan iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin, mineral dan air yang mencukupi.
 
Jadi jika keperluan setiap hidangan makanan setiap hari tidak mengikut piramid makanan, kita disarankan untuk  mengambil Vitamin / supplement bagi melengkapkan keperluan yang tidak cukup agar si ibu bertenaga dan bayi dapat berkembang dengan sihat.

 
Salam sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia.
Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Monday, 21 April 2014

Asid Folik Untuk Ibu Mengandung

Pentingkah Pengambilan Asid Folik kepada Ibu Mengandung?
Salam.
Bcomplex Shaklee
Asid Folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah dan juga yis dan ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan dengan asid folik.
Yang paling merisaukan, ada di kalangan ibu-ibu yang sedang hamil, namun masih tidak mengambil asid folik. Seharusnya asid folik ini diambil 3 bulan sebelum hamil dan diteruskan sehingga minggu ke-12 kehamilan.
 
Mengapakah Saya Perlukan Asid Folik??
Asid Folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Spina bifida berlaku apabila pelindung yang melitupi saraf tunjang bayi tidak tertutup dengan sempurna. Ini boleh menyebabkan kerosakan saraf kekal.
Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan system saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Oleh sebab itu, adalah sangat penting untuk mengambil asid folik setiap hari pada masa itu.
Dalam trimester kedua, iaitu dari minggu ke-13 kehamilan, pengambilan asid folik boleh diteruskan untuk menyokong kesihatan anda dan bayi dalam kandungan. Dan seterusnya di teruskan ke trimester ketiga.
 
Berapakah Jumlah Asid Folik yang Saya Perlukan??

Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda MERANCANG untuk hamil. Kemudian diteruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan.
Wanita yang telah mempunyai seorang anak dengan kecacatan TIUB NEURAL (NTD) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat seorang lagi anak dengan kecacatan yang sama. Dalam kes ini, doktor akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi.


Jika anda mengambil ubat-ubatan tertentu seperti yang disarankan oleh doctor untuk mengawal epilepsi, doktor anda mungkin akan mempreskripsikan dos asid folik yang lebih tinggi. Ini kerana ubat-ubatan itu menghalang keupayaan badan untuk menyerap asid folik.
 
Bagi anda yang sedang hamil, ATAU merancang untuk hamil, pengambilan asid folik jangan diambil ENTENG.. Ikut dos yang telah ditetapkan supaya keperluan asid folik mencukupi dalam badan dan dapat mengelakkan kecacatan bayi anda.
 


SET HAMIL SHAKLEE MENGANDUNGI SEMUA KEPERLUAN VITAMIN DAN ZAT YANG DIPERLUKAN OLEH IBU-IBU HAMIL
 
Salam Sayang
 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Thursday, 17 April 2014

Atasi GASTRIK dengan SHAKLEE

Anda sedang menderita AKIBAT GASTRIK??

Salam
Siapa yang pernah rasa sakit GASTRIK pasti tahu bagaimana sakitnya. Tanda Gastrik seperti sakit pedih ulu hati, sakit belakang, migrain, sakit perut dan sakit pinggang. Pakej lengkap betul kan GASTRIK ni. Pendek kata kalau sekali dan kena GASTRIK semua kerja tak boleh nak buat.

APA ITU GASTRIK??
Tekanan (stress) atau ransangan tindak balas kimia daripada ubat atau makanan dan jangkitan bakteria boleh menyebabkan pembengkakan di kawasan permukaan perut. Pembengkakan yang timbul akibat daripada tindak balas setempat ini menyebabkan seseorang mendapat gastritis atau dikenali sebagai GASTRIK.


Vitamin SHAKLEE untuk PESAKIT GASTRIK
  • Energizing Soy Protien (ESP): merupakan protein yang mempunyai index glisemik rendah yang membebaskan glukos secara perlahan-lahan, maka asid perut akan sentiasa mempunyai makanan untuk dicernakan dan ini boleh mengelakkan masalah GASTRIK.
  • B-Complex: bertindak sebagai penenang kepada pesakit gastrik selain membantu atasi gastrik anda. B-complex juga melengkapkan keperluan harian tubuh anda yang sangat diperlukan oleh sistem saraf kita.
  • Ostematrix: membantu meneutralkan asid yang telah masuk ke dalam esofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Vitamin Shaklee lebih semulajadi dan tiada bahan sintetik, pewarna dan perisa tiruan. Beralih kepada vitamin yang dapat mencegah daripada kita terus bergantung harap kepada PAIN KILLER yang bersifat sementara SAHAJA.
 
Salam Sayang


These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Monday, 14 April 2014

TIPS Mengepam SUSU IBU

SUSU SAYA SIKIT.. MACAM MANA NAK MENGEPAM???
Salam
Bagi ibu-ibu yang bekerjaya, pastinya anda perlu menyimpan stok susu ibu untuk bekalan anak di taska atau rumah pegasuh apabila si Ibu keluar bekerja.
Namun masih terdapat segelintir ibu-ibu yang merungut dan mengatakan susu mereka sikit dan tidak berpeluang untuk mengepam dan seterusnya dijadikan stok SUSU EBM.
SET Shaklee BF

Stok susu IBU customer yang mengamalkan set BF Shaklee 

Di sini saya ingin kongsikan tips-tips mengepam yang dicadangkan agar dapat membantu si Ibu untuk menyimpan stok EBM (Express Breast Milk).
  1. Membantu Refleks Pengeluaran Susu ( Let-Down)
Seiranya anda mengepam jauh dari bayi, rakaman video keletah bayi atau gambar-gambar bayi akan membantu!. Kebanyakan telefon bimbit dan PDA mempunyai fungsi rakaman yang benar-benar dapat membantu.
Tips Praktikal yang lain ialah:
  • Perlahan-lahan mengurut payudara dengan pergerakan pusingan kecil selama lebih kurang seminit. Urut sel-sel penghasilan susu dan saluran-saluran dengan memicit kuat pada payudara menggunakan bahagian leper jari ke arah dada, dimulakan dari atas. Gerakkan jari-jari dalam pergerakan pusingan, tumpukan pada satu tempat pada satu masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain. Pusing di sekeliling payudara ke arah aerola sambil anda mengurut. Pergerakan ini serupa dengan yang digunakan untuk pemeriksaan kendiri payudara.
  • Usap payudara dari kawasan di atas payudara ke arah puting, gunakan sentuhan lembut. Teruskan pergerakan dengan usapan untuk membantu anda relaks yang seterusnya akan menstimulasi refleks pengeluaran susu ibu.
  • Goncang sedikit payudara sambil mebongkok sedikit badan ke hadapan untuk membenarkan gravity membantu dalam pengeluaran susu. Letakkan tuaman tuala panas selama 10 minit sebelum mengepam (sekiranya ia praktikal).
  • Stimulasikan hujung-hujung puting dengan jari yang bersih selama beberapa minit sebelum mengepam.
  • Minum segelas air sebelum dan selepas mengepam untuk mengekalkan bendalir dalam badan.
  • Untuk penyusuan pertama pada waktu pagi (ketika ini susu anda sedang banyak) susui bayi dengan sebelah payudara dan pam yang sebelah lagi. Apabila selesai (iaitu setelah bayi berhenti menelan dan sekadar menghisap) anda boleh tukarkan bayi ke payudara sebelah lagi dan susui selama 10- 15 minit dan sekali lagi sambil mengepam payudara sebelah yang baru selesai anda susuinya. Anda mungkin akan mengalami let-down kedua, usah bimbang stimulasi tambahan bermakna lebih banyak susu kemudiannya.
  • Simpan susu yang diperah di dalam peti beku. Jika bayi berasa lapar lebih awal dari penyusuan biasa, susuinya terus dan JANGAN MENGEPAM untuk sesi penyusuan berikutnya.
  • Jika bayi anda mempunyai Jadual Penyusuan yang tetap, Pam kedua-dua payudara selama 15 minit separuh masa antara penyusuan pertama dan penyusuan kedua hari tersebut.
  • Simpan susu ibu yang diperah sebagai STOK. Susui bayi seperti biasa bagi sesi penyusuan keduanya. Dia akan berasa lapar lebih awal daripada biasa, jadi susui dia lebih awal juga bagi penyusuan ketiga.

 
Bagi anda yang mengalami masalah penyusuan susu ibu, boleh mencuba Set Penyusuan Susu Ibu Shaklee.
Set ini dapat membantu anda lebih bertenaga, menstabilkan mood anda sewaktu mengepam, melancarkan pengaliran susu ibu, susu lebih pekat dan berkualiti serta membekalkan zat dan nutrisi yang kurang dalam tubuh badan si Ibu.

Apa pun, dalam penyusuan susu Ibu, jika konsep "Supply and Demand" dipenuhi, InsyaAllah anda dapat menyusukan bayi anda sehingga 2 tahun.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Saturday, 5 April 2014

Set Diabetes Shaklee


Salam.
Ramai orang ingat dia sihat...
Yang paling menakutkan bila ramai yang tidak suka dan takut untuk melakukan pemeriksaan kesihatan. Natijahnya, mereka akan terlantar sakit kerana penyakit yang dihidapinya, sudah pada tahap yang serius.

Salah satu penyakit yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia ialah kencing manis atau Diabetes.
Jadi bagi anda yang takut dan malas untuk melakukan pemeriksaan, pantau tanda-tanda yang sering terjadi kepada pesakit kencing manis.
 
Gejala atau tanda-tanda Diabetes yang sering terjadi ialah:
  • Dehidrasi
  • Rasa haus yang terus-menerus
  • Peningkatan kekerapan kencing
  • Selalu sakit kepala dan loya
  • Kelelahan
  • Penurunan Berat badan
  • Gangguan penglihatan
  • Penyembuhan luka yang lambat
Jom kita lihat Vitamin Shaklee yang sesuai untuk pesakit Diabetes atau Kencing Manis.
  • VIVIX - meruakan supplemen anti-penuaan yang terbaik di dunia. Ia juga dapat membantu memelihara kesihatan jantung, otak, sistem imun, perlindungan anti-oksidan, peningkatan tenaga, kesihatan dan kesejahteraan
  • Selain VIVIX, boleh juga mencuba TOTAL WELLNESS program Shaklee iaitu: ESP, Vitamin C, B-complex & Vitalea.
  • Bagi mengawal Gula Dalam Darah boleh juga mencuba: GLA COMPLEX, B-COMPLEX dan ZINC.

Fungsi SET SUGAR CONTROL:
  • GLA COMPLEX : menghalang komplikasi Diabetes. Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula dalam darah yang tinggi.
  • B-COMPLEX: menukarkan makanan kepada tenaga iaitu dengan menukarkan lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga sekaligus mengurangkan masalah keletihan
  • ZINC: membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin seterusnya memperbaiki Diabetes.
Jadi apa tunggu lagi, hadiahkanlah Vitamin Shaklee untuk ayah bonda yang menghidap Diabetes atau kencing manis dan perlu mengambil insulin setiap masa. Cegah sebelum parah. 

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang

Thursday, 3 April 2014

Tempoh Berpantang Yang Sihat dengan SHAKLEE

Salam
Alhamdullilah hampir seminggu menjalani tempoh berpantang bersama anak ketiga saya..
Ada di kalangan kita yang tidak suka tempoh berpantang. Ini kerana waktu berpantang sepatutnya kita berehat setelah bertarung nyawa untuk melahirkan bayi. Namun disebabkan jadual harian telah berubah dek kerana kehadiran si Comel, makanya tubuh si Ibu tidak dapat berehat dengan sebaiknya.
 

Bagi diri saya, Ahamdullilah SET BERSALIN SHAKLEE banyak membantu saya sepanjang tempoh berpantang. Walaupun berjaga malam untuk menyusukan bayi, namun badan kembali segar keesokan harinya. Luka jahitan juga cepat baik di samping dapat menguruskan 2 orang anak dan hal rumahtangga yang lain.
 
Antara kebaikan SET BERPANTANG SHAKLEE

  1. Set bersalin/berpantang Shaklee boleh diambil sejurus selepas bersalin.
  2. Boleh diambil untuk Si Ibu yang bersalin normal atau pembedahan
  3. Membantu Si Ibu pulih dengan cepat dari luka bersalin / luka Episiotomi
  4. Membantu menambah darah dan memberi tenaga.
  5. Membantu tenangkan ibu, elak bentan dan meroyan
  6. Selamat untuk ibu dan bayi yang menyusu.
 

SET ASAS BERPANTANG
  • Vitalea - Mengandungi keperluan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa. Oleh kerana ibu banyak kehilangan darah, ibu perlu makanan yang sihat serta nutrisi yang lengkap bagi menggantikan darah yang hilang. Mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukan sel darah merah.
  • B-Complex- Menukarkan makanan kepada tenaga. Menjadikan si ibu yang berpantang kurang letih dan lebih bertenaga. Melawan tekanan / stress. Mencegah anemia.
  • Zinc kompleks - Mempercepatkan pemulihan luka samaada bersalin normal atau pembedahan. Penting untuk ibu berpantang pulih sepenuhnya. Kandungannya banyak terdapat dalam ikan haruan. Selain protin, ikan haruan kaya dengan zinc. Mempertingkatkan system imun. Membantu masalah kedinginan selepas bersalin.
  • Sustained Release Vitamin C - Peningkatan system imun. Mencantikkan kulit. Kebiasaanya ibu berpantang mengalami wajah yang agak kusam. Melambatkan penuaan serta menyekat pembentukan pigmen punca utama jeragat. Mempercepatkan pemyembuhan luka jahitan.


Jadikan tempoh berpantang sebagai momen yang terindah anda bersama si comel. Kurangkan stress dan ketidakselesaan sepanjang tempoh ini. InsyaAllah, dengan set BERPANTANG SHAKLEE badan si ibu lebih sihat, bayi juga lebih ceria mendapat sepenuhnya susu IBU.
 
Untuk pembacaan lanjut tentang set berpantang SHAKLEE, KLIK SINI
*Misi seterusnya: Mula mengumpul STOK SUSU (EBM) untuk Baby Ahmad Rahimi.
 
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease. Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia & Indonesia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com Whatsapp/SMS/CALL: 017-7724649. Shaklee ID : 830451 COD: Gombak, Batu Caves & Ampang
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...