Tools yang diperlukan dalam BF...
Salam
Rajinnya Mama Adam Ammar ni tulis blog.. Setiap hari update blog...hehe
Seronok plak menulis blog ni.. Anyway, semoga anda semua tak bosan membaca coretan saya yang tak seberapa. Apa yang penting, saya just nak share sedikit sebanyak ilmu yang saya tahu.. Mudah-mudahan ilmu itu dapat digunakan oleh kalian semua di masa akan datang..
Oklah, berbalik pada tajuk kita hari ini, saya sambung kembali tips menjayakan penyusuan susu ibu..
Ada banyak sebenarnya perkara yang perlu dititikberatkan dalam penyusuan susu ibu. Kepada bakal-bakal ibu, atau ibu yang sedang menyusukan anak bolehlah tengok kembali checklist peralatan yang diperlukan untuk menjayakan penyusuan bersama si kecil..
Breastpump yang baik & berkualiti
Seperti yang kalian sedia maklum, ada banyak breastpump di pasaran hari ini. Sampaikan tak tahu nak pilih yang mana satu yang sesuai, berbaloi dan yang paling penting dapat mengepam dengan selesa tanpa rasa sakit. Pada pendapat peribadi saya, lihat pada budget kita. Apa yang kita mampu beli. Ada yang mampu manual single pump, ada electric double pump & ada juga freestyle double pump. Mengikut pengalaman saya, dulu memang saya tak banyak buat research masa anak pertama tentang breastpump yang bagus & sesuai untuk saya.. Walaupun ada kawan yang telah mencadangkan certain brand untuk dibeli, tapi masa tu saya lebih fikirkan kemampuan.. Jadi breastpump pertama saya ialah
Avent Single Electric Pump
Not bad, pump ni banyak berjasa kepada saya. Saya bertahan menggunakannya sehingga 6 bulan.
Selepas 6 bulan, saya bertukar kepada
Medela Freestyle Double Pump
Woww.. Ini memang yang terbaik buat saya.. Kenapa saya bertukar kepada Medela Freestyle???
Bagi ibu yang bekerjaya seperti saya, masa yang ada untuk mengepam sangat singkat. Kita perlu mengepam sekurang-kurangnya 20-30 minit untuk sebelah B, kalau dua belah hampir sejam masa yang diperlukan untuk mengepam. Itu tak termasuk lagi nak membersihkan pam dan sbgnya..
Jadi saya memikirkan Medela Freestyle adalah yang terbaik kerana ia FREESTYLE!!! Anda tidak perlu memegang pam or botol pam. Wah, sangat selesa. Kadang sampai tak perasan tengah mengepam susu. Sambil mengepam boleh buat buku rekod mengajar atau menanda buku.. hehe.. Jimat masa kan.. Kalau kat rumah sambil mengepam pun boleh iron baju or memasak.. Pada saya, keselesaan itu penting. Ini kerana apabila kita selesa mengepam, hormon kita akan baik, dan susu akan keluar dengan lancar.
2. Bekas Penyimpanan Susu (Storage Bottle / liner)
Selepas selesai proses mengepam, susu ibu perlu disimpan di dalam bekas yang sesuai. Ada botol, plastik dengan pelbagai jenama. Kalau boleh pilihlah yang ada BPA free, demi keselamatan anak kita. Pastikan bekas penyimpanan ditutup dengan kemas dan sempurna. Takut tumpah pulak susu.. Boleh menangis tau kalau susu tumpah. Yelah, kita mengepam bukan mudah, nak dapat mood baik & tenang agar susu lancar, jadi hargailah susu itu walaupun setitik. Harus diingat juga, selepas selesai setiap sesi mengepam, ibu-ibu perlu melabel masa, tarikh susu yang telah dipam. Ini bertujuan supaya kita menggunakan dahulu susu yang paling awal di pam untuk diberikan kepada bayi sewaktu kita bekerja. Gunakan konsep FIFO (First In First Out)
3. Cooler Bag
Ini peralatan seterusnya yang perlu ada untuk menyimpan susu ibu dengan lebih sempurna. Cooler bag boleh didapati di mana-mana kedai ibu dan bayi. Adakalanya, cooler bag di sediakan bersama dengan breastpump yang kita beli, adakala perlu di beli berasingan. Kita perlu ada cooler bag kerana susu ibu perlu disimpan dalam suhu yang dingin dan cooler bag biasanya boleh bertahan lebih kurang 8 jam. Jadi bagi ibu yang bekerja, setelah pulang ke rumah perlulah memindahkan susu ibu ke dalam peti ais agar mendapat suhu yang lebih sempurna.
4. Peti Ais
Saya pasti semua rumah pasti ada peti ais kan. Samaada dua pintu satu pintu atau tiga pintu. Tak kisahlah. Yang penting susu ibu perlu dipindahkan di ruang chiller terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke ruang freezer, bagi mengelakkan perubahan suhu susu yang mendadak. Biasanya tempoh susu di ruang chiller lebih kurang 1-5 hari sebelum dipindah ke ruang freezer.
Bagi yang menggunakan peti ais satu pintu, susu ibu boleh disimpan di bahagian freezer selama 2 minggu sahaja. Selepas itu, susu dah kira expired. Susu yang sudah expired berbau masam dan pastinya memudaratkan buat si kecil.
Bagi mereka yang menggunakan peti ais dua pintu, susu ibu boleh bertahan selama 3 bulan di bahagian freezer. Sewaktu anak pertama saya menggunakan peti ais dua pintu untuk menyimpan susu ibu. Setelah mendapat anak kedua, saya bertukar kepada Deep Freezer.
Mula-mula macam takut tengok deep freezer yang besar gabak ni nak simpan susu ibu. Saya anggap deep freezer ni sebagai motivasi saya untuk terus mengumpul stok susu yang lebih banyak sewaktu pantang. Alhamdullilah selepas pantang saya berjaya mengumpul 250 botol stok EBM untuk anak saya. Opss lupa, deep freezer boleh bertahan selama 6 bulan untuk menyimpan susu ibu.
4. Sterilizer & Warmer
Ini jenama yang saya gunakan "Little Bean". Harga pun berpatutan, Ada yang kata tidak perlu dua peralatan ini. Terpulang pada pendapat masing-masing. Bagi saya, saya akan menggunakan setiap hari sterilizer ini untuk memastikan semua storage bottle saya dibersihkan dengan sempurna. Jika kekangan masa, anda boleh menggunakannya seminggu sekali bagi memastikan semua botol penyimpanan di nyahkuman. Manakala warmer pula, saya akan bekalkan kepada pihak nursery untuk digunakan apabila mereka ingin memanaskan susu ibu sebelum diberikan kepada bayi. Warmer ini mudah kerana suhu untuk memanaskan susu sudah ditunjukkan di situ, hanya perlu menghidupkan suis dan memutarkan ke arah label botol susu. Apabila lampu sudah terpadam menandakan susu telah siap dipanaskan untuk diberi kepada bayi.
5.
Nursing Pillow
Kebiasaanya, nursing pillow ini digunakan bagi menambah keselesaan sewaktu menyusukan bayi. Saya gunakannya sewaktu dalam pantang sehingga bayi berumur 4 bulan. Mungkin ada di kalangan ibu baru yang agak kekok menyusukan bayi, maka nursing pillow ini membantu agar si ibu dan bayi dalam keadaan selesa. Jangan lupa pastikan lekapan bayi pada B adalah betul bagi memastikan pengeluaran susu adalah baik.
6. Nursing Cover
Apabila kita berada di luar dan perlu menyusukan bayi, kadangkala tak sempat nak mencari nursing room, maka NIP (nursing in public) lah jawapannya.. Bagi memastikan kita dapat menyusu dengan baik tanpa perlu membuka apa yang tidak sepatutnya, nursing cover dapat membantu.Adjustlah keadaan agar bayi dapat menyusu dengan sempurna menggunakan nursing cover.
7. Buku Panduan Menyusu
Ada banyak buku panduan menyusu di pasaran. Cubalah dapatkannya bagi ibu-ibu yang baru mengenali dunia penyusuan. Bagi ibu-ibu yang ingin meneruskan penyusuan, kadangkala putus harapan atas sebab-sebab tertentu, mungkin buku panduan ini dapat membantu anda terus bersemangat di samping menambah pengetahuan yang baru.
Ini merupakan buku pertama yang saya miliki sewaktu menyusukan anak pertama. Walaupun buku ini nampak simple, tapi segala info penyusuan ada di dalamnya terutama kepada ibu-ibu yang bekerjaya..
Buku yang terakhir saya miliki. Dari pengasas Mom Little Ones, Puan Rita Rahayu.
Ibu-Ibu juga boleh mengikuti kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu @ forum-forum penyusuan di internet bagi mendapatkan bantuan tentang penyusuan
Semua ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka.. Susu Ibu meruakan susu terbaik di dunia. Jadi kenapa menidakkan hak untuk anak. Selagi ada kudrat, susuilah anak anda kerana terlalu banyak faedah dan maanfaat untuk ibu dan anak.
Semoga checklist di atas dapat membantu anda dalam dunia penyusuan. Maaf jika ada kekurangan, saya doakan semua ibu-ibu yang menyusu akan berjaya di dunia & akhirat. AMIN....
Salam Sayang
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure or prevent any disease.
Penghantaran Shaklee ke seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut untuk keahlian / pembelian produk atau jana pendapatan dari rumah boleh berhubung dengan kami melalui
Email Yahoo: nurhanani_zawawi@yahoo.com
Gmail: nurhanani6478@gmail.com
Whatsapp: 017-7724649.